Dunia dikejutkan dengan kekalahan Jerman kepada Serbia semalam , tetapi dengan rekod kekalahan Sepanyol kepada Swiss dan kekalahan Perancis kepada Mexico menunjukkan bahawa tiada yang tidak boleh berlaku pada Piala Dunia tahun ini .
Cemuhan pentas piala dunia tahun ini dimulakan dengan kebenaran penggunaan Vuvuzela yang rata-rata memberi tekanan kepada para penonton pertandingan . Tidak cukup dengan itu , bola Jabulani pula dikritik hebat oleh para pemain dalam skuad negara-negara ternama . Kita telah disajikan dengan pelbagai kesilapan penjaga gawang pada piala dunia tahun ini .
Kita juga masih belum dihiburkan dengan jaringan dari bola mati kecuali dari Uche untuk skuad Nigeria yang mana ia boleh dikira sebagai kesilapan penjaga gawang membaca pergerakan bola .
Kemudian kita dikejutkan dengan jumlah kad kuning dan kad merah yang berlambakan dipasaran . 86 kad kuning termasuk kad kuning kedua dan tiga(3) kad merah telah dilayangkan setakat ini . Mangsa terbaru adalah skuad Jerman dan Serbia . Pengadil dari Sepanyol , Alberto Undiano Mallenco telah melayangkan sembilan (9) kad kuning dalam perlawanan yang dilihat adil dan saksama .
Kesan kebingungan pengadilan wakil Sepanyol ini memberi kesan kepada skuad Jerman kerana terpaksa bermain 10 orang sebelum tamatnya separuh masa pertama apabila Klose dilayangkan dua kad kuning dengan kedua-dua cabaran yang dilakukan oleh beliau adalah tidak merbahaya . Selain Klose , Ivanovic , Kolarov , Khedira , Lahm , Subotic , Vidic dan Schweinsteiger juga dilayangkan kad kuning .
Namun peluang Jerman untuk menyamakan kedudukan selepas Vidic of Manchester United menggunakan taktik keji menampan bola menggunakan tangan telah diadili dengan pemberian sepakan penalti apabila Podolski gagal menyempurnakan sepakan tersebut . Sepakan penalti , 60% skills 40% luck .
concentrate , we will face ghana after this | Shweni menenangkan Pols selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti
After all , Serbian needs the Spaniards to win against Germany . Try harder Die Mannschaft .
------
Berita lain menyaksikan Skuad England mengutip mata kedua selepas 2 perlawanan apabila gagal menjaringkan gol didalam perlawanan menentang Algeria . Nasib baik Algeria juga tak jaringkan gol . Pundits sebelum perlawanan letak 3-0 memihak kepada England . Diorang ingat Algeria macam My-Team ke ?
"Nice to see your own fans booing you, that's what loyal support is" - Wayne Rooney