Showing posts with label Kem Espana. Show all posts
Showing posts with label Kem Espana. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

JERMANG vs ESPANYUI :: yang pengabisan

bak kata Ahmad Nisfu!! ini yang pengabisan!!!



ye game Jermang vs Espana ni, betul-betul yang pengabisan. Betul-betul dah macam final. Ibarat peretemuan buku dengan ruas. Gua, sebagai seorang penyokong yang berwibawa, seperti biasa dengan penuh tawakkalnya, aku berserah bulat-bulat kepada bebudak Espana untuk berusaha, dan selebihnya kita hanya mampu berharap dan berdoa supaya Espana layak ke final.


Aku tak suka percaya kepada ramalan Octopus yang sangatla syirik-khurafat-dan kalau dibuat makan tu konfem tak sedap. Apa yang penting, aku ingin Espana menang. Sekiranya Espana menang, aku sangat harap Lerisa Riquelme akan eksiden dilanggar lori najis, atau apa sahaja malapetaka yang menimpa beliau agar niatnya yang tak suci , lagi tak murninya iaitu, berbogel-bogelan di khalayak ramai akan terbantut!!! --- oh ye anak-anak sekalian adalah sangat tidak wajar mendoakan sesuatu yang buruk ke atas orang lain. hih-hi!!


Aku sangat lah bengkek dengan nirelwof yang dah lama balik kampung tanam kuaci ke hape, sampai satu entry pasal Espana pon dia tak post. Dah la dunia perblogan e-blogger ni agak sewel semenjak, dua menjak ni. Ni mesti aura si Puyol dengan Podolski la ni, sampai blog pun sewel-miring-asthma!! Aku tak tahu la nak menonton kat mana game ni. Alih-alih duduk sorang2 depan laptop je la. Cesc!! Ada Kufaz dengan Bujang Bahagia pun tak guna. Dah dua puluh lapan belas ratus kali aku ajak dating, haram sorang pun tak datang jumpa aku naik helikopter!! Cesc!! Memang la ah!sengal lu orang ni. Hahahahah!! Dah la sekarang ni semua game live 2.30 pagi. Semi finals membawak le sampai ke Final ........... Mata aku pun naik lebam je, dah jadik macam mamat kat bawah ni





ini la paul Bearer , manager si Under Taker
amacam? ada iras-iras PP tak??


Aku cuak!! Cuak!! Cuak!! Sapa yang sakit jantung tu, cepat-cepat la standby medical equipments ke hape -hape je larh!! Takut something happen kan,  during the match. 

Okek, Jom kita tengok game ni yer. Entry kali ni aku malas nak cakap apa-apa, or lebih-lebih pasal game. Sebab betul-betul UNPREDICTABLE .......... Siot!


Viva Espana.
Nak jumpa HOREN kat Final!!
Aminnn!!


peace out.
Wassalam

Tuesday, July 6, 2010

Gian nak bogel

Paraguay dan peminat Larissa Riquelme hampa selepas Sepanyol berjaya menang dengan jaringan Villa . Harapan peminat lebur kerana mereka tidak dapat menyaksikan Larissa berjoging bogel . What a waste .

Terbaru , Larissa yang masih berkabung katanya akan striptease jika Spain berjaya menang ke atas Jerman dalam pusingan separuh akhir . Ini memberi harapan kepada pengikut Piala Dunia kali ini . Sudah pastinya seluruh dunia akan memberi sokongan kepada Sepanyol berbanding penyokong setia Jerman . Majoriti yang banyak , mungkin Sepp Blater , Pengadil dan Pundits juga akan memihak kepada Sepanyol . 

Sementara itu , kita pasti tidak ingin mendengar Maradona membuat keputusan berbogel jika Oranje menang ke atas Uruguay . Tak tahu lah kalau Yui nak tengok Maradona berbogel !.

Saturday, June 26, 2010

Viva Espana

hola.

aku rasa sakit di kaki yui dah berkurang sbb dapat tgk match live di kaca televisyen dan bukan lagi di screen lappynye. tambahan plak Kem Espana mng dan layak ke pusingan kalah mati.

pembetulan utk mr KC, kemenangan smlm meletakkan Spain sbg JUARA kumpulan H dan akan bertemu portugal selaku NAIB JUARA kumpulan G. Chile yg dah kene sunat dgn spana selaku NAIB JUARA kumpulan H akan lawan BRAzil yg jadi JUARA kumpulan G. hehehe. pasukan ranking kedua (SPAIN) akan lawan pasukan ranking ketiga (PORTUGAL) dunia. should be an exciting match.


komen ttg game smlm? tak byk komen la sbb Spain dah menang. gol villa tu mmg terbaik la. instict of a true predator. tabik spring la kat ko. klu 1st game hari tu ko main camni kan best. tp takpe. pengalaman mendewasakan kita. bangkit dari kekalahan lebih dramatik dari plain performance. hehehe.

gol iniesta pun hasil gerakan menarik dari villa nih jugak. so mmg layak la dia dapat man of the match. a goal and an assist. performance player lain pun tak kurang hebatnye kecuali fernando torres. dia masih struggle lagi. akhirnye terpaksa dikeluarkan pada 2nd half dan dgantikan dgn balak-tak-jadi yui. iaitu Cesc Fabregas. kononnya torres ngadu sakit otot pada 2nd half. sbb tu dia kene tukar. harap2 lawan portugal nnt dia bleh perform lebih baik.

Xavi the general and xabi alonso mmg control midfield smlm. cuma awal2 2nd half tu diorang tertdo jap. mamai kot. tu yang chile boleh score goal tu. poor pique. deflection kene kepala lutut dia menyebabkan gol itu. but no worries. midfield still controlled by our man. hehehe.

next game lawan portugal. midfield kene lebih mantap lagi. torres perlu cari sentuhan pembunuh dia. xabi alonso terhincut2 gak smlm tapi takpe sbb midfield kita semuanye mantap2. mungkin boleh bagi balak-tak-jadi yui. iaitu Cesc Fabregas start the game nnt. hehehe.

apa2 pun, tahniah kepada semua kem yg melayakkan diri ke pusingan kedua. kepada kem yg gagal layak, kita jumpa lagi di rio de janeiro pada 2014 nnt.

adios amigos. viva espana.

yariba yariba andree!!!

kapitan espana suh pique ngan puyol pi bilik persalinan utk elakkan kontroversi. hahahaha

Cili Tak Pedas Sangatpun.!!!

YEAY !!! Akhirnya kite tak jumpe jugak team buasil , geng.!

Kanak-kanak ribena tengah meraikan kejayaan memakan chili padi....Diorang tak sedar selepas ini mereka akan berhadapan dengan abang jambu batu di majlis kenduri second round.

Friday, June 25, 2010

spanar hidup lawan chili sunat

hola.

nak preview ke tak nak. preview ke tak nak.. preview ke tak nak.. preview ke tak nak.. preview ke tak nak. nak preview ke?

tak yah la kan? aku rasa kite tgk je la perlawanan2 terakhir peringkat kumpulan malam nih. malas nak buat preview nnt jadi hampeh. masih lagi terkejut dgn persembahan mantap Slovakia menumbangkan juara dunia Itali malam tadi. Mr Shankly, please accept my condolences for your camp.




Espanar vs Chilie

spain perlu mng klu nk layak...chili hanya perlu seri...swiss pun kene mng klu nk layak. honduras dah out. klu spain and swiss mng, diorang akan ade 6 mata termasuk chili. ini bermakna swiss akan menjadi pasukan pertama dalam sejarah piala dunia gagal layak ke pusingan kedua walaupun mng 2 drpd 3 perlawanan peringkat kumpulan.

so, may the best team win.

Tuesday, June 22, 2010

Spain melantun balik

hola.

seperti dijanjikan, Kem Espana melantun semula dgn kemenangan 2-0 ke atas Honduras. peluang untuk layak ke pusingan kedua semakin cerah. kedua2 gol dijaringkan oleh David Villa yg terlepas peluang hatrik sbb miss penalti. ape daa. scoring 2 great goals but miss from penalty spot? only the best can afford that.

actually aku just tgk 30 minit terakhir jer. so. no further comments. hehehe.

gol kedua Villa

'mcm tu la nk score gol!!', kata villa kepada torres

p/s: kem espana tak pernah hilang keyakinan ke atas kem mereka. hahahah

Saturday, June 19, 2010

Masalah Spain, France dan England adalah taktik

salam dunia.

malas nak citer panjang. aku copy paste dari blog aku jer. hehehe.

why big teams stumble in world cup

spain kalah 0-1 kepada switzeland
france kalah 0-2 kepada mexico
england seri 0-0 dengan Algeria

apa masalahnya? himpunan player2 yang team2 nih ada antara yang terhebat dan terbaik. tapi kenape diorang boleh kalah kepada team yang rankingnye lebih teruk daripada diorang? nasib ke? well, we made our own luck. hehehe.

ok. ini satu lagi pandangan peribadi aku. kekalahan (dan keserian) team2 nih adalah kerana tactical deployment yg tak bape berkesan. so, salah coach la kan? hehehe.

aku amik contoh spain dulu. del bosque guna formation 4-5-1. busquets sbg defensive midfielder, xavi dan xabi sbg center mid yg menggerakkan permainan spain, david silva sbg winger dan iniesta sbg fake winger. kenape? sbb iniesta selalu potong masuk dalam. silva plak akan tgk kedudukan iniesta. klu iniesta kat kiri, silva pegi kanan dan begitu la sebaliknya. pada aku, taktik ni tak sesuai dipraktikkan. klu nk main sorang striker, kene ada 2 true winger mcm navas dgn pedro. baru la boleh feed villa yg main sorg2 kat atas tu. atau pun main sorg attacking mid yg support villa. villa takleh main sorang2 kat atas tu. nnt dia tension xdpt bola. tu yg dia main solo tu. sbb dia terpaksa turun ke mid utk dptkan bola. pada aku, spain lebih sesuai main 4-4-2 atau 4-4-1-1.

france pulak kalah sbb byk sbb. hehehe. aku tak tgk sgt game nih so aku komen berdasarkan citer dari member dan pembacaan aku. kenape raymond domenech tak bawak karim benzema dan samir nasri padahal diorang antara top performer dgn club diorang? kenape domenech tak start dgn thierry henry padahal gol 'hand-ry' lah yg melayakkan france ke world cup? kenape henry tak main padahal dia adalah captain france? evra cuma vice captain je. (sila betulkan klu aku silap). kenape evra beria menafikan ada disharmony dlm kem france? aku rasa mmg ada yg tak kene ngan france nih. masalah dalaman la nih. dgr citer most player france tak suka yohann gourcuff and gallas. aku tak tau kenape. klu korang tau, sila la bgtau. dari segi tactical plak, kenape letak ribery blkg striker padahal ribery diketahui lebih effective di bahagian winger? dan kenape letak anelka sbg right winger padahal dia seorang striker berbisa? govou?? tak bagus mana pun. kenape dia boleh main tapi henry tak main? aku syak nih personal problem raymond domenech. harap2 laurent blanc dpt selesaikan isu2 nih lps wc nnt.

england. bukan team favourite tapi team yg popular. mungkin yg paling popular. kenape? maybe sbb keglamoran EPL itu sendiri. masa game england lawan algeria nih pun aku rasa tactical capello tak bape berkesan. england ade 3 center mid yg power gila. gerrard dan lampard serta gareth barry. tapi barry lebih kepada defensive midfield manakala gerard dan lampard adalah attacking midfield. striker england yg betul2 da bomb cuma rooney jer. yg lain suam2 kuku jer. aku tak bape setuju bile capello letak gerrard main left wing than rooney support heskey. pada aku, heskey patut dikorbankan dengan meletakkan joe cole sbg left wing. lampard dan gerard sbg attacking mid yg bergilir2 support rooney sbg lone striker. aaron lennon atau shaun wright philip should stick to the right wing. so, the best formation for england adalah 4-5-1.

itu lah pandangan aku ttg 3 team nih. team germany aku tak komen sbb aku tak tgk game lawan serbia. lg pun aku rasa tactically diorang takde masalah. diorang kalah sbb main 10 org and podolski miss the penalty.

ulasan aku nih berdasarkan prinsip use your best player at their best position.

sekian, terima kasih.

p/s: baru aku perasan aku tak sentuh pasal itali. the forgotten team. sori azurri.

Apa beza kekalahan Spain dengan keserian England yang tak bape nak berseri tu?

salam dunia.

mari kita lihat perbezaan di antara 2 perlawanan ini iaitu kekalahan Spain kepada Swiss dan keserian Algerian bersama England. ini bukan pandangan menegakkan benang yg basah lencun atau yang sewaktu dengannya. dari segi keputusan, of coz la seri is better than kalah. sbb seri dapat 1 mata and kalah dapat telur ayam. itu fakta. bukan auta. hehehe.

dari segi persembahan keseluruhan perlawanan plak mcm mana? dalam game Spain vs Swiss, Spain main hensem dowwh. free flowing football, nice and accurate passes dan mcm2 lagi la pujian yg sewaktu dengannya. kalau ade pun player yg tak perform aku rasa ade 2-3 org je. antranya ialah David Villa, David Silva and Iniesta. overall mmg spain main ok. possesion and attacking football. diorang kalah sbb takleh score. tu je.

cuba bandingkan plak ngan persembahan England lawan Algeria tu. aku rasa Algeria play better football than England. pemain england serba tak menjadi hari nih. ade je silap kat mana2. almost every player made mistakes. nasib baik back pass john terry tu tak smpt dikejar. kalau tak? lu pk la sendiri. aku rasa ashley cole je yg main bagus untuk england smlm. pemain algeria ramai yg bagus2. especially boughera, ziani, belhadj, mat mour, yebda and boudebouz (betul ke aku eja nih?)

ape2 pun, masih ade harapan utk Spain dan England layak ke pusingan seterusnya kalau diorang perbaiki corak permainan diorang.

sekian, terima kasih.

Thursday, June 17, 2010

Report: Spain vs Swiss

salam dunia.

Spain 0 Switzerland 1


[pic dari soccernet]


satu dunia tidak menyangkakan keputusan ini. kejutan terbesar world cup setakat ini. tahniah buat swiss. cuba lagi utk espana. swiss menang sbb hardwork dan nasib. spain kalah sebab:

  1. villa main mcm taik
  2. villa nak main solo
  3. villa kurang semangat kerjasama sbb dia sorg main striker
  4. torres lmbt dimasukkan
  5. lps torres masuk baru villa tak main solo tp dah terlambat
  6. navas pun lambat dimasukkan
  7. cesc fabregas tak main
  8. bukan subkhidin yg jadi refferee
keseluruhan perlawanan dikuasai oleh spain tapi gagal diterjemahkan dgn gol.aku marah ngan villa nih. harap2 dia berubah la lps nih. nak kene suruh pak del bosque sound dia sket nnt.

kepada kem lain, gelak la sementara korang boleh. Kem Espana akan bangkit bagaikan phoenix bangkit dari abu. muahahahaha.

p/s: Kem Espana tetap setia dan tidak akan tukar kem walaupun diberikan habuan lumayan. hehehe.

Wednesday, June 16, 2010

Prebiu Spain vs Swiss

salam dunia.

dear yui, im back. hahahaha.

pada malam ini kem Espana akan turun bagi perlawanan pertama mereka utk edisi World Cup kali ini. untuk pertama kalinye Kem Espana akan beraksi di WC sebagai calon juara pilihan ramai setelah memenangi Euro 2008 dan mempamerkan rekod cemerlang di peringkat kelayakan dan perlawanan persahabatan. cuma kalah sekali dalam 48 perlawanan membuktikan kehebatan mereka.

cik yui kita dah bagi prediction ttg barisan kem Espana yang akan melanyak barisan Swiss malam nih. so, no need for me to repeat that. thanx cik yui. lets hope fabregas and torres will come off the bench and score for us. hehehe.

switzerland tak pernah menang dgn kem Espana dalam 18 perlawanan. 15 perlawanan terakhir menentang Espana berakhir dgn kekalahan. kali ini pasukan Swiss yg diketuai oleh pakcik Ottmar Hitzfeld akan menentang pasukan Espana yang terkuat pernah dikumpulkan. aku tak rasa Swiss mampu buat ape2. walaupun track record pakcik ottmar nih agak mengagumkan tapi pasukan Espana skrg lebih2 mengagum dan mengaumkan. hehehe.

masalah kem swiss:
kapten pasukan swiss, Alexander Frei dan Valon Behrami mungkin tak beraksi sbb injured. harapkan Blaise Nkufo yg menang Eredivisie ngan FC Twente hari tu. umur dah 35 tahun. boleh ke harap? Philip Senderos?? dulu kat Arsengal. pastu pindah2. skrg aku tak tau dia kat kelab mana. tp 2nd half of last season asyik injured jer. boleh ke main/tahan Villa/Torres??

masalah kem Espana: 
ramai sgt pemain hebat. pening gak kepala del bosque tu nk pk. patut la nmpk makin kurang rambut dia. huhuhu. goalkeeper (bukan ballpicker), defender dan striker mungkin takde masalah sgt. sbb mmg nmpk sgt sape pilihan utama. tang midfield yg problem sbb semua player hebak2 belaka. kalau Espana tak main winger, kami ada fabregas, xavi, iniesta, xabi alonso, sergio busquets. kalau nak main winger, kami ada david silva, jesus navas, juan mata, pedro. byk tul pilihan kan? pilihan hebak2 plak tu. hehehe.

prediction:
Spain 4 (*2)
Switzeland 0 (*24)

*ranking dunia semasa.

p/s: aku kemalasan nak meletakkan sebarang gmbr. huhuhu.

Wednesday, June 9, 2010

Spain 6 Poland 0

gmbr ini utk yui.

salam dunia.

ini bukan aksi gay. ini adalah cara puyol meraikan cesc fabregas slps beliau menjaringkan gol keempat kem Espana dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi. Kem Espana menang 6-0.ke atas Poland. gol2 Espana dijaringkan oleh David Villa, David Silva (2bijik), Cesc Fabregas, Fernando Torres dan Pedro.

Fernando Torres?? hahahah. he's back in business. walaupun dimasukkan sbg pemain gantian kepada David Villa, Torres berjaya menjaringkan 1 gol. ini membuktikan dia sudah bersedia utk memenangi Piala Dunia 2010 bersama Kem Espana.

skrg ni pak Del Bosque suka main sorang striker jer. samada torres atau villa, kedua2 nya mampu menjaringkan gol untuk espana. bila Espana main dgn sorg striker, peluang utk Cesc bermain bersama Xavi di bahagian midfield lebih cerah. sblm nih, cesc selalunye akan dimasukkan sbg pemain gantian kepada Xavi. dgn Xavi, Cesc dan Iniesta di tgh padang, pasti midfield espana lebih kreatif mencipta peluang gol utk torres atau villa.

walau bagaimanapun, iniesta dikeluarkan pada minit 39 dalam perlawanan itu kerana disyaki mengalami injury. tp pak Hierro (Pengarah Sukan Sepanyol) ckp iniesta dikeluarkan sbg langkah berjaga2. iniesta sendiri mintak dikeluarkan sbb dia ada rasa sikit tegang kat peha. takut thigh injury dia berulang. harap2 budak putih nih tak injured la yer. huhuhu

goalkeepers vs ballpickers

salam dunia.

aku tak tau la korang ade baca ke tak pasal bende nih. klu takde, anggap je la aku bocorkan rahsia perbualan aku ngan casillas nih. hahahaha. KC jgn kecik hati yer. ini namanya perang psikologi. hahahah.

aku simpulkan je la ape yg casillas ckp. malas nak quote2. hehehe.

GK Espana: Iker Casillas, Victor Valdez, Jose Reina
GK England: Robert Green, Joe Hart, David James (aku benci rambut dia jugak)

goalie Espana semua main top club europe. semua main champions league. semua hebat2. dah biasa game2 besar. game penting. bukan setakat hebat dalam liga, tp kat eropah jugak.

goalie England?? hmmm. semua kelab bottom table kot. tak main europe plak tu. siap ade sorg tu main utk kelab yg dah kene relegate lagi. huhuhu. walaupun reina tu main utk liverfool, still better dari ketiga2 keeper kem england.

walaupun defend england ade kapten marvel JOHN TERRY dan midfield maestro FRANK LAMPARD, aku rasa diorang pun kurang kondifen ngan keeper2 england nih. lain la klu PETER CECH. tak gitu KC?? heheheh


bola bola api yg dulunya kecil dah menjadi besar

ouh hoi macam tengah karaoke lagu Achik Spin dengan Siti Nordiana la pulak!!


 


"Sedap la budak Yui ni nyanyi!!"
gambar ni aku ambik kat bharian.com


Bila mamat ni cakap, “Ya...England berada dalam kedudukan terbaik memenangi Piala Dunia. Sudah pasti. Bukankah mereka seperti Sepanyol? "


Aku kena faham betul-betul maksud yang tersirat.


Dia sebenarnya nak cakap. "SEPANYOL hebat. WC2010 SPAIN yang punya."
Tetapi adat orang berbudi bahasa, tak mau lah bangga-riak-ujub-takabur. Mesti lah dia bagi hint. Tambah-tambah depan reporter. Terpaksalah jadi *plastic!!


plastic - meaning: capable of being shaped or molded a.k.a HIPOKRIT la bai!!



Villa menamakan Wayne, Gerrard dan Lampard sebagai wakil English yang terbaik.



Hurm ...... macam bersaing hebat je SPAIN dengan ENGLAND ni nanti.

Okek. Takpe. 3 hari lagi!!


Kita tengok. Kita lihat. Kita kena jadikan mata kita mirip mata anak panda. Lebam Hitam. Berjaga 2,3,4 pagi.


Haih!


Peace Out.
Wassalam.
♀♂

Friday, June 4, 2010

47-44-2-1

Salam dunia.

confuse?? tajuk itu bukan formation atau strategi perlawanan bola sepak mahupun american football jauh sekali ragbi apatah lagi bola keranjang. hahahaha. angka itu adalah rekod perlawanan antarabangsa Kem Espana.

kemenangan 1-0 ke atas korea selatan dalam perlawanan persahabatan pada tgh malam semalam (waktu malaysia) melebarkan lagi rekod kem Espana di pentas antarabangsa. dalam 47 perlawanan terakhir termasuk perlawanan semalam, Kem Espana menang 44 perlawanan, seri 2 perlawanan dan hanya kalah 1 kali sahaja, iaitu kepada team USA pada separuh akhir Piala Konfederasi yg lalu. mantap tak?? heheheh.

Spain 1 Korea Selatan 0
walaupun menang menerusi jaringan minit2 akhir (minit 86) oleh Jesus Navas, itu sudah ckp utk Kem Espana. apa yg penting? KEMENANGAN!! janji menang. kalau main cantik bergaya pun tapi tak menang, apa gunanya, kan? hehehe. 

navas malu2 kucing dipuji rakan 
[pic taken from soccernet.espn.go.com]

kali ini, pak Del Bosque memilih untuk memulakan perlawanan dgn pemain2 yg jarang membarisi kesebelasan utama Spain, kecuali Cesc Fabregas. so, 1st half berakhir dgn 0-0. mula2 masuk 2nd half, 1 pertukaran je dibuat. Victor Valdez diberi peluang beraksi kali pertama di peringkat antarabangsa menggantikan Pepe Reina yg lepak je kat pintu gol hampir sepanjang separuh masa pertama. permainan Espana berubah apabila muka2 familiar mula masuk pada minit 58. Xavi, Xabi Alonso, David Villa dan Pedro. baru lebih bermakna permainan Kem Espana.

so far, prestasi pasukan pilihan juara WC nih ala kadar je. mungkin masih dalam mood friendly nnt. tak sabar nak tunggu perlawanan pembukaan nnt di mana aku pasti Kem Espana akan membaham Switzerland. hehehe. tunggu je laaa.

p/s: ada team pilihan kalah laa malam tadi. huhuhu.

Wednesday, June 2, 2010

Casillas Terbaik

Salam dunia.

dalam friendly match Spain lawan Arab Saudi hari tu ada bbrp pihak yg *tuuuttt* telah mengutuk dan menyalahkan Iker Casillas kerana melakukan kesilapan dan memberikan peluang kepada team Saudi menjaringkan gol. what the *tuuutt*!!

Victor Valdes sendiri pun backing Casillas tau. dia akui Casillas adalah seorang goalie yg hampir perfect. kebolehan dan skill yg dia ada mmg mantap dan meyakinkan. sbb tu la dia jadi pilihan utama sepanjang bbrp tahun kebelakangan nih. 

org yg kutuk2 tu berpikiran singkat and maybe rabun warna kot. *tuuutt*. *tuuutt*. main ckp lepas jer. *tuuutt*. diorang tak tau ke Casillas tu antara penjaga gol terbaik dunia skrg nih? in fact, semua goalkeeper kem Espana adalah antara yang terbaik di Eropah dan di dunia iaitu Victor Valdes dari Barcelona dan Jose Manuel Reina dari Liverfool. walaupun diakui liverfool agak kurang menyerlah, mereka akan lebih teruk klu takde Reina. huhuhu.

[imej dari pakcik google]
 what?? tak puas hati?? mai laa!!!

p/s: beberapa perkataan terpaksa di'censored'kan oleh Lembaga Penapis Kampung kerana kurang sesuai utk dipaparkan kepada umum.

Monday, May 31, 2010

Laporan tertunda

salam dunia.

last week boss suh aku pi cover friendly match antara Spain ngan Arab Saudi kat Austria. oleh sbb tak biasa terbang jauh2, aku jatuh sakit. demam campur jet lagged lagi. doktor bagi MC seminggu. sbb tu la report nih tertunda. huhuhu. sori boss.

berbalik kepada perlawanan persahabatan tadi, Spain seperti dijangka dapat mengalahkan Arab Saudi 3-2. gol2 spain dijaringkan oleh David Villa, Xabi Alonso dan Fernando Llorente. walaupun dikejutkan dgn gol awal dan gol2 penyamaan Arab Saudi, team Spain tak cepat menggelabah. berjaya mendapatkan gol penyamaan, gol pendahuluan dan akhirnya gol kemenangan.

imej dari pakcik google

mmg la org ckp lawan Arab Saudi tu kacang. tapi ini perlawanan persahabatan. diorang tak main 100%. main mcm training jer. pastu buat substitution smpi 6 orang. mengganggu rentak juara gak la. tp diorang recover dan dpt kemenangan. so, jgn pandang enteng pada barisan sepanyol ini. hehehe.

fernando torres dah start training last week. pemain2 spain teruja sbb star player diorang dh makin sembuh. harap2 torres dapat main 1st match world cup lawan swiss nnt. friendly2 lps nih bagi si llorente tu je pun takpe. cari pengalaman. hehehe.

cesc fabregas tak main dlm game nih. maybe tak cukup fit lagi kot. aku harap pak del bosque akan try victor valdes dalam friendly seterusnya. klu tak silap aku, next friendly lawan south korea dgn peru. we'll see.


p/s: Xavi ckp England is second best team after Spain. Spain vs England in the Final?? hmmmm.

Wednesday, May 26, 2010

Espana favoritas

Salam Dunia.

selaku pemenang Euro 2008 dan sekarang menghuni tangga ke-2 ranking dunia, memang tak salah untuk melabelkan pasukan Spain sebagai favourite utk memenangi WC2010. malah prestasi semasa sepanjang tempoh kelayakan dan perlawanan persahabatan juga boleh diambil kira. skuad Spain skrg antara yang terbaik dan termantap pernah dilahirkan.

tapi itu semua hanya anggapan org luar. sbb Spain tak nak pun diconsiderkan sbg favourite. diorang kalau boleh nak jadi underdog jer. sbb diorang tak nak nnt over confidence plak. nnt tak pasal2 jadi mcm Confederations Cup hari tu. tiba2 kalah ngan USA. hampeh tul.

tapi takpe. sejarah takkan berulang kali ini. sbb diorang dah sedar awal2. Spain akan berjaya keluar dari badi wc yg lepas2. Spain akan menang. who will win the World Cup 2010??


SPAIN!! SPAIN!! SPAIN!!

p/s: sori la kem2 lain. tahun ni Kem Espana akan berpesta. heheheh.

Friday, May 21, 2010

Spain's Final Men

Salam dunia.

aku bernasib baik smpt attend press conference kat madrid smlm. pak del bosque mengumumkan 23 pemain Espana yg akan terbang ke Afrika Selatan dalam masa tak smpi 3 minggu dari hari ini. Del Bosque ckp bukan senang nak singkirkan 7 orang dari senarai asal tapi dia terpaksa jugak. so, yg kene singkir tu pun terpaksa la terima jugak. sape suruh perform gitu2 jer last season. kan dah kene lupakan harapan nak main kat wc. hmmm. nasib badan. here is the final  23-men Squad of Espana:

Goalkeepers: Iker Casillas (Real Madrid), Jose Reina (Liverpool), Victor Valdes (Barcelona).
Defenders: Raul Albiol (Real Madrid), Alvaro Arbeloa (Real Madrid), Joan Capdevila (Villarreal), Carlos Marchena (Valencia), Gerard Pique (Barcelona), Carles Puyol (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid).
Midfielders: Xabi Alonso (Real Madrid), Sergio Busquets (Barcelona), Cesc Fabregas (Arsenal), Andres Iniesta (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao), David Silva (Valencia), Xavi Hernandez (Barcelona).
Forwards: Jesus Navas (Sevilla), Juan Manuel Mata (Valencia), Pedro Rodriguez (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Liverpool), David Villa (Barcelona).



dari senarai 30 pemain yg diumumkan hari tu, ada bbrp org yg mmg tak penah main utk Spain. dan dalam 23 senarai akhir ini, ade 3 org uncapped player akan berpeluang meraih cap pertama mereka di wc. mereka ialah javi martinez dari athletic bilbao dan 2 pemain barcelona iaitu pedro dan valdez. well, they truely deserve it.

torres dan fabregas turut tersenarai walaupun diorang masih belum pulih sepenuhnya. tapi team medical Spain dah bagi green light dan percaya dua org star nih bleh perform time world cup nnt. senarai pemain yg lain takde apa isu sgt kecuali Marcos Senna yg disingkirkan walaupun menjadi antara nadi kemenangan Spain masa Euro 2008. well, maybe villareal tak perform baik sgt season lepas kot. so performance senna pun agak terjejas laa.

harapan Spain utk mencatat rekod lebih baik pada wc tahun nih agak cerah kalau semua perform mcm Euro 2008. pencapaian terbaik Spain di wc cuma tempat ke-empat pada edisi 1950. lps2 tu paling jauh penah pegi pun setakat quarter final jer. so, harap2 tahun ni dpt mengakhiri voodoo itu dan menang wc buat pertama kalinya. Viva Espana!!!

Ilusión es mi camino, Victoria mi destino
(Hope is my road, victory my destiny)

Tuesday, May 18, 2010

Pemain Spain nak pindah randah

salam dunia.

world cup tak start lagi. lagi 24 hari. vicente del bosque pun tak nak umum lagi 23 pemain terakhir yg akan ke afrika. so, mari kita lihat pemain2 espana yang sedang hangat menjadi rebutan kelab2 ternama eropah skrg.

Fernando Torres
[pic ihsan pakcik Google]

pemain liverfool ni kemungkinan besar akan pindah lps wc nnt. sbb liverfool tak layak main champions league season dpn. antara kelab yang berusaha keras ialah Chelsea dan Manchester City. ada laporan ckp pak Roman sedia bayar smpi $130 juta utk dptkan Torres. Man City mungkin boleh match offer tu tapi Man City tak mampu offer champions league football. kalau Torres meletup kat wc nnt, harga dia pasti lebih mahal. so, baik beli sblm wc. hehehe

Francesc Fabregas
[pic ihsan pakcik Google]

Fabregas ni byk injured je season nih. dia mmg datang daripada akademi barcelona sblm pindah ke arsenal masa umur 16 tahun. skrg dia nak balik ke barcelona semula. maybe sbb dia rindukan spain kot. dia nak future dia ditentukan sblm wc nih. berita terbaru mengatakan barcelona akan buat tawaran kepada arsenal dalam minggu ini.

David Villa
[pic ihsan pakcik Google]

telah menjadi bahan spekulasi perpindahan sejak bbrp season lepas dan kelab yg paling byk dikaitkan dengan pemain Valencia ini ialah Chelsea. namun skrg nih ada plak report yg kata si Villa nih nak main kat Barcelona pulak. so tunggu je la ape yg akan terjadi nnt.

p/s: susah gak nak cari news pasal spain skrg. hehehe



Thursday, May 13, 2010

Get well soon

salam dunia.

mungkin itulah yang diharapkan jurulatih Spain, Vicente Del Bosque bila dia masukkan player yg injured dalam skuad 30 org dia. Fernando Torres, Francesc Fabregas dan Andres Iniesta antara watak penting yang membolehkan Spain mencatat rekod menang semua perlawanan dalam kempen kelayakan yg lalu. so, it is understandable la kenape Del Bosque sanggup ber'gamble' dgn menyenaraikan diorang. harap2 diorang sempat la sembuh sblm WC nnt. 

cik Torres mmg selalu injured main ngan Liverfool tu. cik Fabregas tu pun injured lama gak kat Arsengal tu. klu dia sempat fit sblm WC kira ok la. sbb dia ni kira a good cover to both Xavi and Iniesta selaku midfield duo utama Spain. Torres and Fabregas gak yakin diorang akan sembuh sblm WC nnt. Iniesta pun nmpknya dah sembuh lps berjaya mengharungi latihan tanpa apa2 masalah baru2 nih. 

so, maybe gamble Del Bosque tu berbaloi gak walaupun ade rumours yg Torres mungkin tak cukup fit utk main perlawanan pembukaan nnt. kite tunggu je laa.

torres sanggup training 6 jam sehari utk kembali fit.

diorang nih jarang main sama. maklumlah spain ramai center midfield yg power dan mantop.

*image dari pakcik google

p/s: will fabregas still be wearing the no. 10 shirt?? hmmmm