Showing posts with label Kem Deutsher Fußball. Show all posts
Showing posts with label Kem Deutsher Fußball. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Penutup tirai dengan Real Football Game

Ghua sekali lagi tersalah predict bahawa Jerman akan menang besar , tapi 3-2 is quite good , isnt it ? 
Pasukan Jerman untuk edisi kali ini telah bertambah matang . 2 kekalahan sebelum ini dengan keputusan 1-0 bagi kedua-dua lawan ( Serbia dan Sepanyol ) jelas menampakkan skuad kali ini kurang dapat bermain di bawah tekanan terutama ketika ketinggalan . Manakala rekod 4-0 ( Australia) 1-0 ( Ghana ) 4-1 ( England ) dan 4-0 ( Argentina ) disebabkan skuad ini berjaya mencari gol pendahuluan .

Perlawanan semalam Jerman sekali lagi didepan hasil jaringan Mueller setelah penjaga gawang sensasi , Muslera memuntahkan bola percubaan Scheweni . Namun Uruguay kembali menyamakan kedudukan hasil counter attack dan finishing yang baik dari Cavani sebelum Diego Forlan menjaringkan gol kelima beliau untuk Piala Dunia 2010 . 

Jerman ketinggalan . Namun hasil hantaran jauh dari Boateng berjaya singgah dikepala Jansen sebelum menerjah gawang . Gol penentuan pula dijaringkan Sami Khedira yang menggantikan Ballack untuk piala dunia kali ini setelah kecelaruan berlaku di dalam kotak penalti Uruguay . Forlan hampir berjaya menjaringkan gol peribadi keenam dan menyamakan kedudukan namun percubaan beliau terkena palang . Tamat , 3-2 .

Perlawanan ini ghua klasifikasi sebagai Perlawanan Bola Sepak Sebenar . Pergerakan menyerang yang baik dari kedua-dua pihak , pergerakan bertahan yang konsisten juga buat kedua-dua pasukan . Selain itu , Uruguay dan Jerman menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi , tiada kekasaran yang bahaya dan motivasi yang tinggi . Berlaku sedikit kesilapan antara kedua-dua pasukan serta pengadil dan penjaga garisan . Kedua-dua pasukan ada yang baran dan asik tak puas hati . Sempurna .
Dan yang paling penting , tiada sebarang lakonan di atas padang .


MOTM : Mueller
Flop : Jansen
Top Flop : Cacau

Lepas ni ghua akan rumuskan aksi Jerman untuk edisi kali ini dan it will be the last post about Jerman .

Saturday, July 10, 2010

Paul last World Cup , So Long Mr Octopus

The cute Paul will retire from football after this World Cup . The two years and a half old Octopus is reaching his top lifetime . Octopus are known can live for only 3 years . Paul however never having sex even once . Its good to see Paul mate before he die . And for the football 'people' , Paul will be long remembered and become a legend of its own league . So long Pauly .

His two last predictions picks Germany and Spain to win their game respectively . Uruguay and Oranje will lose , says Paul .
Die Mannschaft were hit by flu and fitness . But in the bright sight , wonder-kid with legendary ' Gerd Mueller ' name's and jersey number's on his back , Thomas Mueller are available for the third place match late today . 
They are still in disappointment after lose to Spain but as a Die Mannschaft , they never quit . And that what makes Germans , Germans !



Preduction ghua for this match :
Klose will score goals and Germany will win with a huge margin . Not because they are facing Uruguay BUT because they are simply Die Mansschaft .

Thursday, July 8, 2010

Spain Juara Piala Dunia 2010

Ghua dah cakap , Larissa Riquelme punye pasal , Sepp Blater , PENGADIL , dan pundits mesti sokong Spain . Perlawanan yang cukup berhati-hati oleh kedua-dua pasukan . Ianya seimbang dengan keputusan bangsat oleh pengadil tapi still sepanyol hanya jaringkan gol melalui sepakan penjuru .

Ia memberi bukti bahawa , Sepanyol is not better than Jerman . Tapi ya , pemain Sepanyol lebih bagus dari barisan pelakon Oranje . Sepanyol deserve to win kerana berjaya membawa taktikal pertahanan sebiji bas . Dah lama tak tengok taktikal ni digunakan . Kali terakhir dilihat masa Maurinho menjadi manager Chelsea . Masa dekat Inter Milan pun , tak berapa nak jadi . Klasik . Teringat aku dekat The Special One .

Torres ada peluang lagi nak skor , dont blow it dude . Leave the blowing to the fans and Vuvuzelas .

Paul pula mengekalkan rekod 100% setakat ini berbanding 80% pada 2006 . Impressive , banyak training ini sotong miang .

Fair match ended professionally . Just like the Matadors and Nazis . With Respect , Congratulation  to Spain for becoming the World Cup 2010 Champion .
Lawan Oranje tu pelengkap jadual saja .

: adakah ghua akan kata ni last entri ? TIDAK ! : haha

Wednesday, July 7, 2010

Messi di Perlawanan AKHIR WC2010 .

Nasib baik bukan Peraguay yang pergi semifinal . Ghua takut jadi macam Serbia pulak . Nak jadi cerita Paul pulak dok kate Sepanyol menang , tapi dak Loew pasti tak leka , takkan nak repeat match Serbia lagi . Yang pasti , ia akan memberi semangat ekstra , macam kopi tongkat ali keluaran orang kampung .

Bagi ghua , match pagi nanti adalah Final . kalau Sepanyol menang , Sepanyol Juara WC . kalau Jerman menang , Jerman juara kali ke empat . Oranje bukan boleh pakai pun , nak berlakon masuk anak wayang la !

Sepanyol memang satu pasukan yang ghua respek . Sebelum WC bermula pun , ghua bersama kerabat asik bercakap tentang kebolehan Sepanyol untuk memenangi WC . Tapi dekat kedai kopi saja lah , mana ada can nak ada kamera , jurumekap mahupun pengerusi majlis .
Jika Messi adalah simbol taraf dunia , maka Sepanyol dibarisi dengan 11 orang Messi . Tu tak termasuk yang dibangku simpanan .  Dari penjaga gawang hinggalah ke gawang lawan , penuh dengan Messi saja . Kalau satu Messi boleh dikekang dengan 2 orang pemain lawan , macamana nak kekang 11 orang Messi ?

Jerman pula dibarisi pemain muda yang tak berapa terkenal . Lepas WC baru lah ada kelab Eropah nak bida . Sebelum WC , langsung tak dikenali . Messi-less .
Tapi satu yang bagusnya dengan pasukan yang tiada Messi adalah mereka bersama . Unity , siapa yang layan wwe mesti tahu dengan The NEXUS seven . Lepas ni tujuh orang akan lawan satu orang . NEXUS Seven lawan Cena . Cena ni kira macam Messi jugaklah . Lebih kurang la macamtu . Die Mannshaft . The Team !

Persamaan England , Argentina dan Sepanyol adalah , WR tak score , Messi tak score , Torres juga tak score lagi . Persamaan lain adalah , Gerrard , Higuain dan Villa tamak-bola-tak-nak-bagi-member . Satu lagi persamaan adalah mereka adalah pasukan bertaktik menyerang dan menguasai bola .Kami sukakannya !

Walau apa pun , ghua hanya boleh yakin 70% untuk match ini . Seperti yang ghua kata , game malam ni Final . dan ghua respek sama pasukan Sepanyol . Viva Messiah . LOL !

Man to Watch : 
Xavi , Villa , Casillas
Scheweni , Aril AF , Ballack .

Tuesday, July 6, 2010

Gian nak bogel

Paraguay dan peminat Larissa Riquelme hampa selepas Sepanyol berjaya menang dengan jaringan Villa . Harapan peminat lebur kerana mereka tidak dapat menyaksikan Larissa berjoging bogel . What a waste .

Terbaru , Larissa yang masih berkabung katanya akan striptease jika Spain berjaya menang ke atas Jerman dalam pusingan separuh akhir . Ini memberi harapan kepada pengikut Piala Dunia kali ini . Sudah pastinya seluruh dunia akan memberi sokongan kepada Sepanyol berbanding penyokong setia Jerman . Majoriti yang banyak , mungkin Sepp Blater , Pengadil dan Pundits juga akan memihak kepada Sepanyol . 

Sementara itu , kita pasti tidak ingin mendengar Maradona membuat keputusan berbogel jika Oranje menang ke atas Uruguay . Tak tahu lah kalau Yui nak tengok Maradona berbogel !.

Monday, July 5, 2010

Mampus Maradona nak kene cari duit setel hutang Ah Long

Ghua salah la predict . CIS . Messi pun sama rupanya dengan Rooney . Hebat tetapi Goalless . Dengar cerita Demichelis dah apply kerja mengepam bola sepak di Kampung Krreinew di bahagian utara Afrika Selatan . Ye lah , beliau kan takkan dapat hidup kalau balik ke Argentina .

It was a trashing , sorry but its the damn truth . Loew tidak sembang kosong bila berkata beliau dah nampak kelemahan pasukan Argentina . Luols perasan tak ? Ghua perasan . Empat-empat gol dari bahagian kanan penjaga gawang . Yes , there were !

Kesilapan Argentina ghua rasa bukan pada pemain . Barisan pemain memang dah kaw-kaw dah , series kalau Cambiasso main pun belum tentu boleh menang kalau yang melatih adalah Pri-Madona . Sifirnya mudah , beliau adalah paderi yang asik berdoa-doa bukannya Jurulatih yang memikirkan soal taktikal dan strategi . 

This should be a classic but it ruins by the name of the owner of the hand of God .

cantik tasbih bro | Diego keep praying and praying and praying

-------

ini ulasan peribadi ghua buat match suku akhir : 

Saturday, July 3, 2010

Jerman sukakan Argentina

Kami adalah Golden Degeneration .
Kami bukan bodoh , go to hell you Kaizer .
Ghua taknak bagi JC main dengan WR - Capello
Kami ada WR yang tak skor-skor pun lagi .
England masih dengan misi balas dendam lama , sejak 1966
ini adalah sedutan keegoan yang berlaku di kem England , tapi kami di kem Jerman sukakannya . England terkenal dengan permainan pantas dan formasi menyerang , dengan dibarisi pemain ternama dan tua . Kami sukakan pemain ternama . Dan kami juga sukakan pasukan yang HEBAT untuk ditentang .

legend


Kami tak pernah kalah lagi . 
Kami ada pemain terbaik dunia .
Ghua nak pakai jersey dan kalahkan sendiri Jerman - Maradona
Kami ada LM yang tak skor-skor pun lagi .
Argentina masih dengan misi balas dendam setelah tewas pada sepakan penalti pada 2006 .
Ghua kuat dan setakat Schweni apalah sangat . Kalau ghua jadi Terry , ghua pasti takkan hidup kalau balik kampung - Demichelis .
Jerman dah menang round of 16 tapi kitorang lagi kuat dari Jerman - Teves .

berikut pula adalah reaksi berlagak pasukan Argentina , tapi kami sukakannya . Argentina digeruni oleh pelbagai pihak dan dilihat sebagai kuasa besar dunia masa kini , kami sukakannya .  Argnentina terkenal dengan permainan pantas dan formasi menyerang . Kami memang sukakan pasukan ternama dengan pemain ternama . Dan kami sukakan pasukan HEBAT untuk ditentang .
 
legend

Argentina dilabel sebagai seteru untuk Brazil kerana tahap mereka adalah seperti dewa . Brazil dikatakan sebagai pengembang bola sepak dengan Arthur Friedenreich adalah pemain Brazil yang mencipta sepakan Swing dan merevolusikan Bola Sepak . Manakala Argentina pula mempunyai 'tuhan' dalam pasukan mereka .

 
legend

Kedua-dua pasukan ini dijangka akan bertemu di final WC2010 tetapi Brazil mengundur diri terlebih dahulu . Adakah Argentina sudah takda mood sebab Brazil dah undur diri ?

Prediction : 
Argentina : Demichelis akan buat mistake . Messi akan BERJAYA menjaringkan GOL .
Jerman : Loew menyanyi lagu biarlah rahsia .

There arent do any mistakes yet . But i spot their weaknesses . Let it be the secret between me and my players . - Loew
 
legend

p/s: Ghua ingin lihat permainan dipanjangkan sehingga sepakan penalti .

Monday, June 28, 2010

Spirit of 1966 : Klasik rematch 2010

30 July 1966 . 
England dan Jerman terikat 2-2 dan perlawanan ke masa tambahan . 11 minit sebelum habis masa tambahan pertama , Geoff membuat percubaan dan ... bola melantun dan belum melepasi garisan gol . 
penjaga garisan dari USSR yang baru ditumpaskan oleh Jerman telah memberi gol kepada pasukan England . 
Dan ketika menghampiri masa tamat , England berjaya menjaringkan satu gol penutup .

26 Jun 2010
Separuh masa pertama hampir tamat , England baru usai menjaringkan gol perapat jurang . Lampard mencuba membuat jaringan dan ... bola melantun dan melepasi garisan gol .
penjaga garisan dari Uruguay telah menidakkan jaringan tersebut . 
Dan baki perlawanan  menyaksikan Jerman menjaringkan dua lagi gol penutup .

Klasik .


Back to football , first gol Klose adalah ofside . Volley Lampard adalah satu gol . Dont blame us , blame FIFA and Sepp Blater .

England , dikepalai oleh Arsene Wenger telah berjuang untuk membawa video teknologi seperti yang digunapakai oleh sukan ragbi kedalam sukan bola sepak . FIFA telah bersetuju namun , Sepp Blater berkeras untuk hanya menggunakan teknologi ini di Brazil2014 .

Seperti mana jaringan ofside Drogba dan tangan Macheda dibenarkan ketika rival match EPL 2009/2010 dan keriangan dikongsi kedua-dua penyokong pasukan , ia tetap akan menjadi satu dari Skandal of the Tournament . 
Tahun ini saja , kita telah disajikan dengan dua skandal . France , dan juga match round of 16 antara Jerman V England . Itu belum kira assist tangan dari Henry untuk sesi kelayakan .

Ia akan menjadi satu pendebatan yang kasar jika keputusan berakhir dengan 2-1 . Namun dalam usaha sesebuah pasukan mencari kemenangan , pertahanan perlu juga diambil kira , Terry dan Upson adalah solid fullback , tetapi masih membuka ruang kepada Klose dan Podolski . Ashley Cole masih cemerlang dengan forward run tapi apa ada pada Johnson dan Barry .

Keputusan Capello mengeluarkan Milner adalah tidak patut . Joe Cole patut masuk dan biarkan Gerrard bermain diposisi Defensive Midfielder dan menjadi playmaker , keluarkan Barry . Dua Offensive Midfielder ( Lampard dan Gerrard ) tidak bermakna jika Defensive Midfielder rapuh . Biarkan Joe Cole bermain dibahagian kanan , dan Milner disebelah kiri . Tetapi Capello tidak melakukannya .

Rooney adalah target man dan pasti akan didikat kemas , dan meletakkan Defoe sebagai second striker adalah tepat namun , jika semua bola Gerrard nak rembat saja , tak guna . Masih ingat bagaimana Barcelona menang first game bertemu Arsenal dalam saingan Liga-liga Juara Eropah ? Messi diikat kemas tetapi Barca masih boleh menang , terima kasih kepada Xavi , playmaker Barca .

Kerapuhan taktikal England sudah dibaca molek sejak bermulanya saingan peringkat kumpulan . Ia tidak boleh dinafikan lagi . 

Neuer : Yes , it was a goal ! <link>
Global British Newspaper : would it be such a difference ? >link>

p/s : Cepat betul orang kita melenting , ini blog bola atau blog agama ? Want to speak religiously , stop posting and commenting here . Football player tak tutup aurat , Arak sebagai penaja dan banyak post-post bergambar gadis disini , ghua tak nampak pun . " lu Islam ke ?" dekat ruangan komen . Bila pasukan kegemaran menang takde pun ghua nampak " alhamdulillah " dekat ruangan komen . Orang Islam saja ke yang boleh cakap pasal bola ? Main bola pula bagaimana ?
Chill . Enjoy the beautiful of football .

p/s : Bos , apa kata lu terus je tulis kat KPD ni , lu takde tak bes lah . banyak lagi team yang tak bertuan ni , kamon la . Its Football .

Hukum karma

hola.

this is what happen in the World Cup Final 1966. Its the third 'goal' 'scored' by Geoff Hurst.


bezakan dgn gol lampard tak score mlm td. hukum karma?? huhuhu.

Sunday, June 27, 2010

BOOOM !

Perang bermula , serangan demi serangan dirangka . Jerman dengan strategi tersusun dan kawalan emosi penuh disiplin . Mengambil kira setiap pandangan siapa sahaja yang terlibat . Tali barut , berikat mahupun musuh nyata . Berupaya memberi kawalan sepenuhnya .


Serangan tentera Loew , fiung !


BOM !




BOOM !


Capello sudah resah , tetapi ego masih menebal . Prebet JC tidak mahu digandingkan dengan Koperal WR kerana ia hanya akan mencalar maruah beliau . 
Koperal WR terpaksa berfikir sendiri , dan kamikaze adalah jalan terbaik untuk tanahair nya . 
SERANGAN , dan ...



Tidak meletup . 

Capello pulang dengan ego , maruahnya tidak tercalar tetapi terburai . Diberitakan Queen telah mengarahkan kawalan bersenjata untuk menanti kepulangan askar-askar mereka . Peluru khas telah ditempah untuk Capello .

Nothing personal , its just pure business .

Thursday, June 24, 2010

Kepusingan Mesti Menang setelah menang

Mungkin strategi kerajaan Malaysia dengan menyiarkan hiburan live dan percuma seperti yang telah ghua tulis [post] boleh membuahkan hasil dalam industri bola sepak negara . 

Kumpulan D telah ditutup tirai dengan Jerman berada di tempat pertama manakala Ghana di tempat kedua . Keputusan ini hasil jaringan Aril AF7 yang berjaya merembat Jabulani dengan cukup sempurna dan memberi tiga mata berharga buat pasukan Jerman . Istimewa .

Ghua perasan ghua best | Aril AF , penyumbang kemenangan pasukan Jerman menentang Ghana

Apa yang lebih istimewa adalah Juara kumpulan D akan bertemu naib juara kumpulan C , England . Perang Klasik , dendam dan darah . Senjata nampak dan mainan minda .

Seperti dijangka , Loew menggunakan formasi yang sama , 4-3-2-1 dengan menempatkan Cacau di posisi Klose yang mendapat kad merah pada perlawanan menentang Serbia . Bahagian pertahanan kiri pula menyaksikan Badstuber digantikan Jerome Boateng . Satu keputusan bijak setelah ramai yang mengkritik kelemahan bahagian ini dan Jerome membalas kepercayaan Loew dengan permainan offensive minded yang menarik .

Brilliant play :
D : Kapitan Lahm , Jerome
M : Lazy Podolski , Muller , Aril AF
A : -

Flop : 
D : Mertesacker
M : -
A : -

Top Flop :
D : -
M : -
A : HeavyButt Cacau

Seorang Brazil tua seperti Cacau mempunyai Top Acceleration yang tinggi tetapi Top Speed yang rendah . Loew sepatutnya meletakkan Gomez ataupun Kiessling di posisi Klose . Dan memasukkan Cacau pada minit ke 65 ke atas , ketika pasukan lawan sedang letih atau leka dengan nyanyian Aril AF di atas padang .

Man of the match :
Kingson 

Apapun , tahniah Jerman . Takziah Heliza .

Wednesday, June 23, 2010

Tiket pulang sudah ditempah | Simon incharge for Ghana Showdown

Skuad Jerman telah menempah tiket untuk pulang ke Jerman . Ini berita benar . Sebelum perlawanan terakhir menentang Ghana , Skuad Jerman telah menempah tiket kapalterbang lebih awal untuk pulang ke tanah air jika dan hanya jika mereka gagal ke pusingan seterusnya . 

 ye , dah sampai | adakah mereka akan tersenyum sebegini ketika pulang atau muram seperti Ribery

Ini bukanlah kerana tidak yakin dengan kemampuan skuad kendalian beliau , namun mereka enggan untuk berada lebih lama di Afrika Selatan jika kandas ke perlawanan berikutnya disebabkan jadual penerbangan di sana sarat dengan penumpang . Mereka juga telah menempah tiket bertarikh selepas last 16 , selepas suku akhir , selepas separuh akhir dan selepas akhir . Perkara ini dijelaskan berlaku kerana mereka takut terbeli tiket dari ulat tiket yang menjual tiket palsu kerana terdesak nak balik awal .

Loew juga membuat keputusan mengejut untuk tidak berlatih di Soccer City , Johannesburg tetapi memlih berlatih Velmore Grande World Cup HQ mereka . Dan mereka akan travel sejauh 75KM sebelum perlawanan . Adakah ini satu lagi strategi rahsia Loew dan pasukan Jerman ?

Perlawanan terakhir kumpulan D akan menemukan Ghana dan Jerman . Kevin-Prince Boateng dan Spirit of Ballack . Juga memberi peluang Cacau untuk mula beraksi di barisan kesebelasan utama . Perlawanan yang  menjadi buah mulut sebelum bermulanya Piala Dunia ini malangnya akan diadili oleh Carlos Simon dari Brazil .

nah amek angpau Gong Xi Fatt Chai | Simon loves his cards , very much

Carlos Simon mempunyai reputasi sebagai pengadil penuh skandal di luar negaranya mahupun didalam negara beliau sendiri . Di Brazil , beliau dikenali sebagai Sheriff kerana melayangkan kad seperti mengacukan pistol !
Rekod beliau mengadili pasukan Jerman adalah ketika mengadili perlawanan piala dunia 2006 antara Jerman dan Sweden apabila melayangkan kad merah pada Teddy Lucic dengan senyuman terukir di bibir . 

Carlos Simon yang diragui keberkesanan beliau walaupun di tanah air sendiri pernah di larang mengadili apa-apa perlawanan selama enam minggu pada 2009 kerana disyaki memanipulasi perlawanan dan terdapat banyak kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan beliau tersebar di internet .
Macammana FIFA boleh lepaskan beliau mengadili Piala Dunia , hanya mereka saja yang tahu .

Selepas Spaniard memberi bahana kepada Jerman , kini nasib pasukan Jerman terletak pula di tangan Brazilian . Have mercy on Ghana and Germany for the sake of football .

Saturday, June 19, 2010

Jerman tumpas pada Sepanyol didalam aksi menentang Serbia

Dunia dikejutkan dengan kekalahan Jerman kepada Serbia semalam , tetapi dengan rekod kekalahan Sepanyol kepada Swiss dan kekalahan Perancis kepada Mexico menunjukkan bahawa tiada yang tidak boleh berlaku pada Piala Dunia tahun ini .

Cemuhan pentas piala dunia tahun ini dimulakan dengan kebenaran penggunaan Vuvuzela yang rata-rata memberi tekanan kepada para penonton pertandingan . Tidak cukup dengan itu , bola Jabulani pula dikritik hebat oleh para pemain dalam skuad negara-negara ternama . Kita telah disajikan dengan pelbagai kesilapan penjaga gawang pada piala dunia tahun ini .


Kita juga masih belum dihiburkan dengan jaringan dari bola mati kecuali dari Uche untuk skuad Nigeria yang mana ia boleh dikira sebagai kesilapan penjaga gawang membaca pergerakan bola .

Kemudian kita dikejutkan dengan jumlah kad kuning dan kad merah yang berlambakan dipasaran .  86 kad kuning termasuk kad kuning kedua dan tiga(3) kad merah telah dilayangkan setakat ini . Mangsa terbaru adalah skuad Jerman dan Serbia . Pengadil dari Sepanyol , Alberto Undiano Mallenco telah melayangkan sembilan (9) kad kuning dalam perlawanan yang dilihat adil dan saksama . 

Kesan kebingungan pengadilan wakil Sepanyol ini memberi kesan kepada skuad Jerman kerana terpaksa bermain 10 orang sebelum tamatnya separuh masa pertama apabila Klose dilayangkan dua kad kuning dengan kedua-dua cabaran yang dilakukan oleh beliau adalah tidak merbahaya . Selain Klose , Ivanovic , Kolarov , Khedira , Lahm , Subotic , Vidic dan Schweinsteiger juga dilayangkan kad kuning .

Namun peluang Jerman untuk menyamakan kedudukan selepas Vidic of Manchester United menggunakan taktik keji menampan bola menggunakan tangan telah diadili dengan pemberian sepakan penalti apabila Podolski gagal menyempurnakan sepakan tersebut . Sepakan penalti , 60% skills 40% luck .


concentrate , we will face ghana after this | Shweni menenangkan Pols selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti

After all , Serbian needs the Spaniards to win against Germany . Try harder Die Mannschaft .
 ------
Berita lain menyaksikan Skuad England mengutip mata kedua selepas 2 perlawanan apabila gagal menjaringkan gol didalam perlawanan menentang Algeria . Nasib baik Algeria juga tak jaringkan gol . Pundits sebelum perlawanan letak 3-0 memihak kepada England . Diorang ingat Algeria macam My-Team ke ?

"Nice to see your own fans booing you, that's what loyal support is" - Wayne Rooney

Mencari perhatian Dunia

Bila FIFA menggunakan Jabulani yang hampeh , dunia memberi perhatian kepada FIFA dan Jabulani .

Bila Vuvuzela dibenarkan , dunia memberi perhatian kepada Vuvuzela .

Bila Spain kene tibai 0-1 , dunia terus memberi perhatian kepada mereka .

Bila France kene pukul 0-2 , dunia memberi perhatian kepada mereka . 

Bila Brazil hampir-hampir dimalukan Korea Utara , dunia memberi perhatian kepada kedua-dua negara .

Bila Argentina menang dua game pertama , dunia buat derk je .

Jadi Jerman inginkan perhatian juga , kami ingin juga . Sekarang , kami dah dapat perhatian tersebut , gembira rasanya .

Alberto Undiano Mallenco pun inginkan perhatian juga . Tahniah Alberto Undiano Mallenco , kini ghua memberi perhatian kepada lu . 

Padan muka Klose kena kad kuning kedua . Kesian dekat Klose kena kad kuning pertama .

Schmuck , lu taknak komen blog ghua ke ? fiwit ~

*****

Kami jeles dengan Group F yang berkongsi 1 mata , maka kami di Group D ingin berkongsi 3 mata , malam esok Socceroos menang lawan The Black Star . Percayalah !

Friday, June 18, 2010

Over Konfiden Memakan Diri Sendiri,Deutsche.!

Jangan salahkan red card Klose, jangan juga salahkan kesengalan Podolski, dan jangan membenci goalie Serbia kerana Jerman kalah disebabkan over konfiden.Untuk keterangan lanjut, sila tunggu posting dari RK, takpun sila hubungi Joachim Loew di no. ini 01996969690 (no handset Loew ni pelik dari biase...trylah call)

WC 2010 kali ni telah mencatat sedikit sejarah cemerlang,gemilang dan terbilang kerana jumlah red card lebih banyak dari sumbangan gol....

Monday, June 14, 2010

Cikgu Din kebanggaan kita .

Ghua dengar cerita prediction dekat sokkabar , Tv dan Radio meletakkan Jerman menang 2-1 . Ingat Neuer macam Rob Hijau ke ?

Sebelum luols baca seterusnya , baik rujuk dekat half time team-talk yang ghua luahkan . Jumpa tak ? 
Khedira played a better football , so did Oezil and Schweni . And Cacau enter the game as a World Cup scorer . Marin juga berpeluang untuk bermain walaupun hanya 10 minit .

Separuh masa pertama macam biasa , negara-negara berperang ditambah dengan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu akan mengguna taktik membaca taktik lawan . Dan , ia seperti biasa , membosankan . Jerman didepan pada minit ke lapan hasil jaringan Podolski yang diluru bola cantik oleh Muller . Selepas itu Klose mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang sebelum beliau menjaringkan gol kesebelas Piala Dunianya hasil hantaran lintang jauh oleh Kapten Lahm . 2-0 .

Second half bermula panas bila Neill melutut Klose . Selepas itu beberapa siri keganasan menyaksikan Tim Cahill berjaya menjadi pemain pertama didalam edisi WC2010 mendapat STRAIGHT Red Card . Tahniah .

Jerman terus kedepan hasil jaringan Mueller , pemain berusia 20 tahun dengan penampilan pertama di World Cup . Sepakan sempurna oleh beliau , tiang dan gol . Tahniah .

Cacau masuk padang menggantikan Klose , dan Oezil yang bersyukur bukan beliau yang dikeluarkan telah mencucuk bola kepada Cacau dan hasilnya , GOAL ! . tahniah .

Mario Gomez masuk menggantikan Oezil dan perlawanan kembali seimbang 10 lawan 10 .

Marin masuk walaupun sudah terlambat . Masa tambahan 3 minit dan PRITT . 4-0 .

Pembukaan haritu , Afrika selatan lawan Mexico , Cikgu Din jadi fourth official kan ... Agak-agak dapat gelaran Datuk tak lepas ni ?

Jerman dan Australia-half time team talk

Its half time now , and i want to see Marin playing in the second half . Khedira , please show your true class , do not just intends to score , passing is your highest quality . 
And Oezil , we are not playing for friendly anymore , show me that you are qualified as Loew thought so . Cacau is ready and roaring to go . focus ! 

Is Scheweni there on the field?

Friday, June 11, 2010

The End of Boateng's Brothers

Piala Dunia nanti schedulenye malam-malam . Sekarang pulak musim hujan . Sejuk . Sebagai persediaan untuk duduk selesa di depan Astro ... with HD , pakailah sarung ini ...

 
aksesori untuk lelaki | hand-custom made , preorder ?

*******

Perselisihan faham Boateng's Brothers telah sampai kemuncak . Bila diorang ni jumpa haritu , Kevin-Prince sangkakan yang Jerome akan backup dia dan menyalahkan Ballack . Jerome yang bukan lagi budak-budak balas balik yang Kevin-Prince patut dapat kad merah . 

Kevin-Prince terus hangin ." Lu buat cara lu , ghua buat cara ghua . Lu ada famili lu , ghua ada famili ghua . "
Jerome balas . " Scheißkerl "

dan mereka telah tiada lagi apa-apa ikatan . 

Jerome blah balik rumah , singgah McD beli Milo .
Kevin-Prince pakai but , masuk padang , sepak orang .

Waca ! | Cara melepaskan marah . Dont try this .

Thursday, June 10, 2010

Seks bukan mainan kami .

Sori bos , ghua buat part time .. carik duit lebih sikit . tu yang takde masa . Aritu ghua apply kerja di Reader's Digest . Ghua kene setel satu survey . 

Keputusannya memberangsangkan nafsu sukan . Hanya 5 peratus saja yang memilih untuk berasmara bersama pasangan masing-masing ataupun pasangan rakan mereka seperti tabiat bekas kapten England . 95% lagi memilih untuk berasmara dengan astro ---- with HD . "mak , ada dua mat saleh".

Dan 52% berkata kecemasan seperti nak bersalin saja akan menghalang mereka dari menonton Bola Sepak , dan dari semua tu , 5% kata , mereka akan gamkan diri mereka ke Televisyen . Kalau dah gam kat TV , macamna nak tengok TV ? hmm
 
38% pula berkata mereka tak minat bola sepak tetapi lebih suka kepada gosip-gosip artis kahwin ahli politik , ahli politik kahwin lari dan tak kurang juga mereka yang prihatin lebih berminat kepada isu judi bola sepak dari bola sepak itu sendiri .

Namun , jika Jerman berjaya dalam edisi kali ni , dijangka ia akan menghangatkan suasana bilik tidur : 4 tahun lalu diberitakan selepas sembilan bulan WC tamat , bandar-bandar dan kampung-kampung di Jerman dibanjiri oleh bayi yang baru lahir . Dapat No 3 , banjir . Cuba bayangkan BILA menang tahun ni , mahu tenggelam Jerman dengan bayi . 
Anak adalah anugerah Tuhan . Jangan sia-siakan . Jangan dibuang . Kalau dibela , mungkin boleh ganti Santokh Singh , kurang-kurang pun , Hasbullah Awang .
Kalau ingin membuang sampah , sila buang didalam tong sampah yang disediakan . Jagalah kebersihan negara kita .


barisan skuad tahun ni | Yang takde adalah defender Andreas Beck . Cuba lagi ya .

Sunday, May 30, 2010

review frenly : Lapar .

Jerman meneruskan rentak cemerlang dalam frenly setelah mengalahkan Team Lapar dalam aksi persahabatan yang berkesudahan 0-3 milik Jerman . Skuad pagi tadi dikepalai oleh Klose .

Separuh masa pertama menyaksikan , bakat muda penyerang Jerman , Ozil gagal meyerlah apabila tidak berjaya menyempurnakan 3 hantaran cantik Khedira khas untuknya . Mungkin budak ni gabra lagi , budak-budak lah katakan .

Separuh masa pertama yang cemerlang tamat dengan Jerman mendahului 0-1 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Podolski pada minit ke 5 perlawanan .

Masa rehat diisi sepenuhnya oleh player dengan menjamah nasi lemak sambal belacan dan disudahkan dengan minuman oren sebagai penambah tenaga . Dimaklumkan Amid tak dapat datang kerana masalah Visa .

Separuh masa kedua bermula hambar apabila player sudah mula menunjukkan reaksi ceret-beret akibat pengambilan oren . Seperti dijangka , Ozil dikeluarkan dan diganti oleh Pak Cacau yang kemudiannya menjaringkan gol ketiga Jerman .

Khedira juga dikeluarkan untuk memberi peluang Aogo menunjukkan taring , malangnya taring keluar sedikit saja , gusi masih ada rasa gatal-gatal .

Kemudian , Jansen , Gomez , Marin , Barstuber dimasukkan untuk menggantikan player yang tak tahan sangat nak ke WC* . 

Marin menunjukkan aksi cemerlang dan berjaya membuktikan ketinggian bukan penghalang apabila bermain bolasepak seakan-akan gabungan seluruh pemain dalam Skuad The Legendary Samba . Dipercayai ini adalah hasil tabiat makan Biskut Tiger sebelum masuk ke padang .

Perlawanan tamat dengan jaringan oleh Podolski , Cacau dan Gomez .

Melihat aksi cemerlang 2nd Skuad , memberi petanda awal kepada pasukan-pasukan di WC** nanti , " Tiger Biscuit , revealed the Tiger in you " .

Trochowski pula dilihat meninggalkan stadium dengan kesan tembakan di telinga . Ni mesti Arnold punya kerja , padan muka .