Thursday, June 24, 2010

Kepusingan Mesti Menang setelah menang

Mungkin strategi kerajaan Malaysia dengan menyiarkan hiburan live dan percuma seperti yang telah ghua tulis [post] boleh membuahkan hasil dalam industri bola sepak negara . 

Kumpulan D telah ditutup tirai dengan Jerman berada di tempat pertama manakala Ghana di tempat kedua . Keputusan ini hasil jaringan Aril AF7 yang berjaya merembat Jabulani dengan cukup sempurna dan memberi tiga mata berharga buat pasukan Jerman . Istimewa .

Ghua perasan ghua best | Aril AF , penyumbang kemenangan pasukan Jerman menentang Ghana

Apa yang lebih istimewa adalah Juara kumpulan D akan bertemu naib juara kumpulan C , England . Perang Klasik , dendam dan darah . Senjata nampak dan mainan minda .

Seperti dijangka , Loew menggunakan formasi yang sama , 4-3-2-1 dengan menempatkan Cacau di posisi Klose yang mendapat kad merah pada perlawanan menentang Serbia . Bahagian pertahanan kiri pula menyaksikan Badstuber digantikan Jerome Boateng . Satu keputusan bijak setelah ramai yang mengkritik kelemahan bahagian ini dan Jerome membalas kepercayaan Loew dengan permainan offensive minded yang menarik .

Brilliant play :
D : Kapitan Lahm , Jerome
M : Lazy Podolski , Muller , Aril AF
A : -

Flop : 
D : Mertesacker
M : -
A : -

Top Flop :
D : -
M : -
A : HeavyButt Cacau

Seorang Brazil tua seperti Cacau mempunyai Top Acceleration yang tinggi tetapi Top Speed yang rendah . Loew sepatutnya meletakkan Gomez ataupun Kiessling di posisi Klose . Dan memasukkan Cacau pada minit ke 65 ke atas , ketika pasukan lawan sedang letih atau leka dengan nyanyian Aril AF di atas padang .

Man of the match :
Kingson 

Apapun , tahniah Jerman . Takziah Heliza .

5 comments:

  1. perang dunia kedua bakal meletus...rk siap nak gune propaganda dah..lu ingat gua tak de mind games ? haha

    btw,heliza milikku..seswai untukku..pegilah ko dengan aril mu itu...lala

    ReplyDelete
  2. pening aku bace title entri ko ni rk...

    "kepusingan mesti menang setelah menang"

    pusing ligat aku dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Mesut Ozil- Fabregas nombor dua.

    ReplyDelete
  4. Abis perasan la si aril ni dia duk kene kata ngan korg sume haha :D

    Kembang semangkuk karang dia ni hehe..

    Pape pn, ak still congrats sbb jerman ngan ghana p knockout same2, england vs jerman, USA vs Ghana.

    ReplyDelete
  5. terbaekkk wokkk!!

    aril sokong brazil dow...aritu mmg aku kutuk ar brazil die kan


    PP

    ReplyDelete