Wednesday, June 23, 2010

Preview England Versus Slovenia( Hidup Atau Mati ? )

Maafkan aku jika sebelum ini aku sangat berlagak dengan mengatakan group C ini "sangat kacang" bagi England.Tapi aku silap, kerana group inilah group yang sangat menyeksakan kepada aku dan juga team England sepanjang WC dianjurkan.

Kem London Bridge sekarang ini mempunyai banyak masalah.Kemarahan fans(tanya Rooney), ketumpulan striker(tanye rooney jugak) serta berlaku konflik di bilik persalinan dan jugak bench.Tidak lupe jugak sibuk untuk menyelesaikan krisis yang melanda sekarang ini kepada Capello dan anak2 buahnya.

Dan hanya kemenangan ke atas Slovenia malam ini sahaja mampu menyelesaikan segala konflik yang berlaku kepada England dan seterusnya menyelamatkan maruah negara three lions ini di WC.

Hanya kurang 2 minggu yang lepas, England -- : yang memiliki pemain yang berbakat,glamer dan antara faveret team juara WC 2010 ini sekelip mata berubah menjadi sebaliknya.Slovenia, team yang faveret utama untuk "pack beg home first" sudah mengungguli carta kumpulan C sekarang ini.

Slovenia :
-Sejak clash dengan Yugoslavia pada tahun 1991, Slovenia baru 2 kali tampil di pentas WC.Di WC 2002, diorang gagal.Dan sekarang ini, mereka cuba dan tiada masalah untuk menyekat England.Mereka memerlukan seri sahaja untuk match malam ini untuk mereka melayakkan diri secara automatik ke second round dan mencipta sejarah yang gemilang.

Mari aku terangkan masalah yang dihadapi oleh kem England sekarang ini.Dari segi loyal, semua pemain still lagi tiada masalah dengan manager.Berbeza dengan ape yang dihadapi oleh kem France semalam.
Tetapi yang menjadi masalah utamanya ialah dari segi pemilihan pemain dan juga sistem/formasi yang diterapkan oleh Capello sekarang ini.

Aku masih heran kenapa dan mengapa Joe Cole still tak main lagi dalam match menetang Algeria hari tu.Melihatkan 2 match sebelum ini, di bahagian attacking sangat lemah.Lupakan sahaja soal goalkeeper kerana masalah itu sudah lama diselesaikan lebih2 lagi aku tidak risau sangat dengan kelibat David James yang sudah menjadi 1st goalie ketika ini menggantikan "kejambuan" Robert Pink.

Sudah beberapa kali aku cakap, Capello perlu menurunkan Joe Cole jika terdapat keadaan yang buruk berlaku dalam di atas padang.Sudah2lah mempercayai kelibat Rooney ataupun Heskey.Turunkan sahaja Defoe di bahagian serangan.Gunalah sistem formasi 4-4-2 yang mana di bahagian tengah Gerrard dan Lampard menjadi master of playmarker.Dan James Milner/Michael Carrick menjadi mdf defensif.Satu lagi posisi tu boleh disharekan oleh Joe Cole untuk bergerak di bahagian attacking midfielder.Joe Cole pemain yang sangat talented dan mampu melakukan something player lain yang tak mampu buat.Still remember goal hebatnya pada wc 2006 ketika menetang Sweden ? Magical From Joey.

Tapi adakah Capello akan mempedulikan ape yang aku terangkan semua ini ?

Dan adakah die jugak mempedulikan ape yang difikirkan oleh pemain2nya itu ?

Tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT sahaja.

Yang pasti ialah manager dari Itali ini berjanji akan melakukan perubahan yang drastik.Dia akan memasukkan beberapa pemain yang kurang menyinar, dan menggantikan dengan beberapa player yang top form di EPL tetapi gagal di WC 2010 ini.

Aku mahu melihat adakah perubahan drastik yang dilakukan oleh Capello ini sukses membenam cabaran Slovenia malam ini.

Capello masih belum lagi menunjukkan perwatakannya yang sebenar dalam 2 match sebelum ini.The Loyal Skipper, Stevie G akan lebih bergerak ke hadapan untuk membantu penyerang malang, Rooney.Dengar cite, Joe Cole akan mengisi posisi di bahagian attacking mdf dan Heskey berada di bench.Cantik habis.!

Jamie Carragher yang menggantikan posisi Ledley King, tidak akan turun bermain malam ini kerana dikenakan match ban suspen.Posisiny itu bakal diambil oleh Matthew Upson.

INFO MENGENAI TEAM SLOVENIA
 -Slovenia datang ke WC kali ini sebagai salah satu team dari 8 pasukan yang lemah.Namun sape yang berani menyebut mereka golongan seperti itu sekarang ini ? Dan ramai pihak akan berani membuat prediction untuk WC kali ini banyak team hebat bakal kalah dan terus tersingkir awal.

-Meraka bakal turun malam ini tanpa 2 tonggak utama iaitu Nejc Pecnik dan Marko Suler.

-Formasi yang mereka gunakan utnuk match malam ini ialah formasi faveret aku iaitu 4-4-2.


Bagaimana pulak dengan team England kesayangan aku ini ?

Capello akan memainkan formasi 4-5-1 dengan Joe Cole bakal tampil kali pertama dalam wc 2010 kali ini.Heskey akan diletakkan di bench dan Rooney bermain keseorangan di bahagian hadapan.Jamie Carragher dikenakan match ban suspension dan digantikan dengan Upson.


(4-4-1-1):
-James, Upson,Terry,Ashley Cole
-Lennon,Barry,Joe Cole
-Gerrard
-Rooney

Harap maaf jugak kerana untuk match malam ini tiada lagi prediction yang akan dibuat oleh aku.Aku sudah serik.Harap maaf.!

P/S : Jika anda masih ingat memori WC 1986 dan 1990, kem England mengalami sedikit kesukaran di groupstage tapi akhirnya mereka berjaya juga melepasi kesukaran itu dan mara ke pusingan seterusnya.Bagaimana pulak dengan WC 2010 ini ? Lu fikirlah sendiri....

 Ape yang bermain di fikiran anda sekarang ini,Capello ?

1 comment:

  1. idea formation england ko sebijik cam aku..tapi apsal capello tanak gune stail camni.kan senang.\

    PP

    ReplyDelete