Semalam lantang saja mulut pembaca berita Tv3 mengatakan Korea Utara memalukan rejim Asia kerana tunduk 7-0 dengan Portugal . Masa awal-awal haritu pengulas sukan RTM selamba saja melabelkan Australia menghina institusi bola sepak Asia setelah tunduk 4-0 pada Jerman .
Bercakap ikut sedap mulut , badan boleh binasa . Mereka tak sedar kah bahawa Malaysia sendiri memalukan kelompok negara Asia dengan prestasi hampeh dan ranking dunia yang tidak dapat mencapai angka 99 ?
Malaysia yang kini ditangga ke 146 dunia , dan tangga 27 AFC belum pernah mendapat tempat ke Piala Dunia , malah nak dapat tempat untuk Qualify pun tidak merasa . Piala AFC pula masih belum pernah dimenangi oleh mana-mana kelab dari Malaysia . Ya , dengan rekod yang cantik ini memang wajar untuk kita BANGGA dengan Malaysia .
Lazim kita dengar Malaysia tunggu jadi host baru boleh bermain untuk World Cup . Persoalannya , mampukah Malaysia untuk menjadi host ?
Dengan keadaan padang yang tidak baik , bola melantun-lantun walaupun hanya memberi bola leret .
Tempat duduk yang masih bercampur-campur , tiada tempat duduk tunggal sepenuhnya beserta nombor .
Kawalan kesalamatan yang longgar .
Disiplin rakyat Malaysia terutamanya peniaga yang ikut tekak dia saja .
Sistem kamera di stadium yang masih ditakuk zaman James Wong .
Dan juga ketiadaan penyokong tuan rumah yang pasti akan menyokong negara-negara eropah ataupun paling tidak negara-negara Asia di sebelah Timur .
Adakah Malaysia layak untuk semua ini ?
Dan adakah media Malaysia layak untuk mengatakan negara-negara Asia lain memalukan Zon Asia kerana tumpas pada negara lain pada saingan Piala Dunia , yang mana masih belum ada pintu terbina hasil usaha gigih Malaysia untuk pasukan Malaysia ?
Ini belum kira aduan rakyat terhadap kuasa besar media terrestrial yang dikuasai Media Prima dan Radio Televisyen Malaysia yang menutup peluang rakyat menonton bola sepak secara percuma dan live . Yang ada cuma hiburan percuma dan live . Nak suruh Faizal Tahir jadi pemain bola posisi pertahanan belah kanan skuad kebangsaan kah ? atau Scha Al Yahya main bola posisi penyerang kedua dibelakang Liyana Jasmay ?
Ghua tinggalkan post ini dengan perkataan bersambung untuk luols tambah dan mungkin juga ghua sendiri akan sambung lagi ...
akan bersambung ...
betul jugak tu.
ReplyDeletestuju bro..president FAM sila letak jawatan!!...
ReplyDeletepergh panas betul artikel ni..
ReplyDeletetp kelakar bila pengulas di astro arena asyk menyebut wayne rooney asia untuk striker korea utara tu..
sebut jerla nma dia.mungkin akan lebih bangga..huhu..
dia tak tau nama striker tu...
ReplyDeletehahaha...
panas nih...pengulas sukan skrg byk ckp ikut sedap mulut...
bukan ikut fakta...especially yg amatur mcm kat rtm or tv3..kat astro arena tu aku rasa ok sket...
ade sekali tu aku dgr mcm translate komentator espn pun ade...hehehe..
kire ok la tu...
bukan panas,tapi baguslah artikel ni...betul cakap rk...malaysia xmenitik beratkan isu bola sepak kite sekarang...hanya kaya dengan hiburan dan muzik...tu pasal kebanyakan penyokong bola sepak malaysia sering sahaja mengkritik bola sepak malaysia,kate itulah,kate inilah.,,.
ReplyDeletetapi hakikatnya betullah...pemain bola negara kite semuanya berbakat tapi dari segi disiplin dan personaliti diorang tak jage...satu persoalan hangat dari aku, pemain bola sepak kite pada era 2000-2009, diorang main bola untuk ape ? untuk negara atau untuk glamer ?
tu pasal banyak gosip artis sekarang dikaitkan dengan pemain bola sepak...