Wednesday, June 23, 2010

Tiket pulang sudah ditempah | Simon incharge for Ghana Showdown

Skuad Jerman telah menempah tiket untuk pulang ke Jerman . Ini berita benar . Sebelum perlawanan terakhir menentang Ghana , Skuad Jerman telah menempah tiket kapalterbang lebih awal untuk pulang ke tanah air jika dan hanya jika mereka gagal ke pusingan seterusnya . 

 ye , dah sampai | adakah mereka akan tersenyum sebegini ketika pulang atau muram seperti Ribery

Ini bukanlah kerana tidak yakin dengan kemampuan skuad kendalian beliau , namun mereka enggan untuk berada lebih lama di Afrika Selatan jika kandas ke perlawanan berikutnya disebabkan jadual penerbangan di sana sarat dengan penumpang . Mereka juga telah menempah tiket bertarikh selepas last 16 , selepas suku akhir , selepas separuh akhir dan selepas akhir . Perkara ini dijelaskan berlaku kerana mereka takut terbeli tiket dari ulat tiket yang menjual tiket palsu kerana terdesak nak balik awal .

Loew juga membuat keputusan mengejut untuk tidak berlatih di Soccer City , Johannesburg tetapi memlih berlatih Velmore Grande World Cup HQ mereka . Dan mereka akan travel sejauh 75KM sebelum perlawanan . Adakah ini satu lagi strategi rahsia Loew dan pasukan Jerman ?

Perlawanan terakhir kumpulan D akan menemukan Ghana dan Jerman . Kevin-Prince Boateng dan Spirit of Ballack . Juga memberi peluang Cacau untuk mula beraksi di barisan kesebelasan utama . Perlawanan yang  menjadi buah mulut sebelum bermulanya Piala Dunia ini malangnya akan diadili oleh Carlos Simon dari Brazil .

nah amek angpau Gong Xi Fatt Chai | Simon loves his cards , very much

Carlos Simon mempunyai reputasi sebagai pengadil penuh skandal di luar negaranya mahupun didalam negara beliau sendiri . Di Brazil , beliau dikenali sebagai Sheriff kerana melayangkan kad seperti mengacukan pistol !
Rekod beliau mengadili pasukan Jerman adalah ketika mengadili perlawanan piala dunia 2006 antara Jerman dan Sweden apabila melayangkan kad merah pada Teddy Lucic dengan senyuman terukir di bibir . 

Carlos Simon yang diragui keberkesanan beliau walaupun di tanah air sendiri pernah di larang mengadili apa-apa perlawanan selama enam minggu pada 2009 kerana disyaki memanipulasi perlawanan dan terdapat banyak kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan beliau tersebar di internet .
Macammana FIFA boleh lepaskan beliau mengadili Piala Dunia , hanya mereka saja yang tahu .

Selepas Spaniard memberi bahana kepada Jerman , kini nasib pasukan Jerman terletak pula di tangan Brazilian . Have mercy on Ghana and Germany for the sake of football .

0 comments:

Post a Comment