Sunday, May 30, 2010

review frenly : Lapar .

Jerman meneruskan rentak cemerlang dalam frenly setelah mengalahkan Team Lapar dalam aksi persahabatan yang berkesudahan 0-3 milik Jerman . Skuad pagi tadi dikepalai oleh Klose .

Separuh masa pertama menyaksikan , bakat muda penyerang Jerman , Ozil gagal meyerlah apabila tidak berjaya menyempurnakan 3 hantaran cantik Khedira khas untuknya . Mungkin budak ni gabra lagi , budak-budak lah katakan .

Separuh masa pertama yang cemerlang tamat dengan Jerman mendahului 0-1 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Podolski pada minit ke 5 perlawanan .

Masa rehat diisi sepenuhnya oleh player dengan menjamah nasi lemak sambal belacan dan disudahkan dengan minuman oren sebagai penambah tenaga . Dimaklumkan Amid tak dapat datang kerana masalah Visa .

Separuh masa kedua bermula hambar apabila player sudah mula menunjukkan reaksi ceret-beret akibat pengambilan oren . Seperti dijangka , Ozil dikeluarkan dan diganti oleh Pak Cacau yang kemudiannya menjaringkan gol ketiga Jerman .

Khedira juga dikeluarkan untuk memberi peluang Aogo menunjukkan taring , malangnya taring keluar sedikit saja , gusi masih ada rasa gatal-gatal .

Kemudian , Jansen , Gomez , Marin , Barstuber dimasukkan untuk menggantikan player yang tak tahan sangat nak ke WC* . 

Marin menunjukkan aksi cemerlang dan berjaya membuktikan ketinggian bukan penghalang apabila bermain bolasepak seakan-akan gabungan seluruh pemain dalam Skuad The Legendary Samba . Dipercayai ini adalah hasil tabiat makan Biskut Tiger sebelum masuk ke padang .

Perlawanan tamat dengan jaringan oleh Podolski , Cacau dan Gomez .

Melihat aksi cemerlang 2nd Skuad , memberi petanda awal kepada pasukan-pasukan di WC** nanti , " Tiger Biscuit , revealed the Tiger in you " .

Trochowski pula dilihat meninggalkan stadium dengan kesan tembakan di telinga . Ni mesti Arnold punya kerja , padan muka .

3 comments:

  1. jerman terbaik,tak de m.ballack,jerman boleh hidup,kaw2 punye

    ReplyDelete
  2. perancis tak de ker ? aku sokong france

    ReplyDelete
  3. samir khedira main cantik beb,he should be a germany captain

    ReplyDelete