Monday, May 17, 2010

Ballack Tidak Bermain World Cup ?

Chelsea telah berjaya merangkul Piala FA England pada hari Sabtu lalu . Kemenangan 1-0 hasil daripada jaringan bintang Ivory Cost , Didier Drogba membolahkan Chelsea merangkul gelaran berganda musim ini . Pada penghujung separuh masa pertama perlawanan , bintang Ghana kelahiran Jerman , Boateng telah mengasari kapten Jerman , Michael Ballack . asakan keras dengan bentesan ke arah kaki kanan Ballack memberikan layangan kad kuning kepada Boateng , dan kepada Ballack pula , beliau terpaksa dikeluarkan 5 minit sejurus sebelum tamatnya separuh masa pertama . 5 minit !

Melihat semula ulangtayang kekasaran tersebut , tidak syak lagi Boateng sengaja melakukan kekasaran tersebut . Ghana berada bersama Jerman dalam kumpulan D untuk Piala Dunia Afrika Selatan . Walapun Jerman mempunyai ramai pemain berkaliber , tapi bayangkan jika England tanpa Terry ataupun Lampard/Gerrard . Bayangkan Argentina tanpa Mascherano . Spain tanpa Fabregas . Slovakia tanpa Skrtel . uruguay tanpa Forlan . Ghana tanpa Essien . France tanpa Tangan .




Bentesan keras dari belakang tersebut sepatutnya diberi layangan kad merah , walaubagaimanapun kad kuning kedua untuk Boateng 'dilayangkan' tatkala beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti menentang Petr Cech setelah Dindane dijatuhkan oleh Juliano ' Mr Last Match ' Belletti . Its KARMA .

Kapten Jerman itu dijadualkan untuk pemeriksaan semalam tetapi disebabkan BENGKAK pada kakinya yang sangat teruk , ia ditangguhkan dan mungkin ia akan dijalankan pada hari ini . Ballack pernah mengalami kecederaan yang hampir sama pada 2007 dan ia mengambil masa selama lebih kurang lapan bulan untuk beliau kembali fit .

Ia merupakan a big blow for Deutscher Fußball memandangkan hanya tinggal 25 hari saja lagi untuk pembukaan Piala Dunia . Kami dari kem pasukan Jerman mendoakan agar kecederaan Ballack tidaklah seteruk yang dibayangkan dan beliau dapat kembali menyepak bola seperti biasa . 

mit oder ohne Ballack, Deutschland wird bis zur endgültigen gehen.

4 comments:

  1. siaplah kalau aku jumpe boateng ni,name cam tong sampah dah

    ReplyDelete
  2. he3 ganti ngan hardi jaafar ok gak ni

    ReplyDelete