Ghua sekali lagi tersalah predict bahawa Jerman akan menang besar , tapi 3-2 is quite good , isnt it ?
Pasukan Jerman untuk edisi kali ini telah bertambah matang . 2 kekalahan sebelum ini dengan keputusan 1-0 bagi kedua-dua lawan ( Serbia dan Sepanyol ) jelas menampakkan skuad kali ini kurang dapat bermain di bawah tekanan terutama ketika ketinggalan . Manakala rekod 4-0 ( Australia) 1-0 ( Ghana ) 4-1 ( England ) dan 4-0 ( Argentina ) disebabkan skuad ini berjaya mencari gol pendahuluan .
Perlawanan semalam Jerman sekali lagi didepan hasil jaringan Mueller setelah penjaga gawang sensasi , Muslera memuntahkan bola percubaan Scheweni . Namun Uruguay kembali menyamakan kedudukan hasil counter attack dan finishing yang baik dari Cavani sebelum Diego Forlan menjaringkan gol kelima beliau untuk Piala Dunia 2010 .
Jerman ketinggalan . Namun hasil hantaran jauh dari Boateng berjaya singgah dikepala Jansen sebelum menerjah gawang . Gol penentuan pula dijaringkan Sami Khedira yang menggantikan Ballack untuk piala dunia kali ini setelah kecelaruan berlaku di dalam kotak penalti Uruguay . Forlan hampir berjaya menjaringkan gol peribadi keenam dan menyamakan kedudukan namun percubaan beliau terkena palang . Tamat , 3-2 .
Perlawanan ini ghua klasifikasi sebagai Perlawanan Bola Sepak Sebenar . Pergerakan menyerang yang baik dari kedua-dua pihak , pergerakan bertahan yang konsisten juga buat kedua-dua pasukan . Selain itu , Uruguay dan Jerman menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi , tiada kekasaran yang bahaya dan motivasi yang tinggi . Berlaku sedikit kesilapan antara kedua-dua pasukan serta pengadil dan penjaga garisan . Kedua-dua pasukan ada yang baran dan asik tak puas hati . Sempurna .
Dan yang paling penting , tiada sebarang lakonan di atas padang .
MOTM : Mueller
Flop : Jansen
Top Flop : Cacau
Lepas ni ghua akan rumuskan aksi Jerman untuk edisi kali ini dan it will be the last post about Jerman .
ghua tu binatang ape?
ReplyDeleteghua spesis kutu .
ReplyDelete