Tuesday, July 6, 2010

Salam dari Buenos Aires....

Mukadimah...
ketika menulis warkah ini, saya bahawasanya sudah selamat tiba di Buenos Aires, iaitu bandar terletak di hemisfera selatan, timur banda acheh kerana ingin mendapatkan scoop khas mengenai pasukan Argentina.. Sayangnya... sampai ke sudah saya menunggu,tapi tiada khabar berita kerana di Argentina juga,seluruh argentina sedang heboh dengan berita MKK baru bergelar bapa. Oleh itu disini saya coretkan juga preview dan review mengenai Separuh Akhir yang bakal berlangsung

----------------------------------------------------------
preview 1 : Horen lawan Forlen..


air horen sesungguhnya telah dibuktikan sebagai benda yang sedap di buat jus dan dibuat minum. Tapi realitinya team bola sepak horen terkenal dengan janji dan omong-omongnya yang persis si buah horen. kelihatan enak dan lazat serta manis. tapi bila digigit, Ia rasa masam. Lalu jadilah macam ulasan oren yang kat dalam gambar tu yang mana horen tu amatlah masam lalu tak sanggup nak terus menelan sepah oren yang maha berkhasiat tu.

di atas kertas, Horen nampak berkeyakinan dan pilihan bookie-bookie seluruh dunia untuk melayakkan diri ke final. tetapi dalam bola sepak kita tak boleh Write Off mane2 pasukan hatta Honduras sekalipun. Ini disebabkan Uruguay telah menjadi sebuah pasukan yang solid dimana rekod dlm WC2010 tertulis Uruguay tidak pernah tewas(walaubagaimanapun horen lagi baekk arr sebab semua diorang menang). Uruguay mempunyai semangat untuk bangkit dan boleh menukar taktik dengan cepat malah boleh adapt taktik baru dengan terbaekk. Ini terbukti dalam game menentang S.Korea dimana diorang dapat switch dari taktik menyerang kepada bertahan dan kepada menyerang semula. Game ni berlangsung pagi karang.dan aku dijangka terlepas menonton live sebab rasanya menonton mimpi lagi syok.. sebab mimpi random.. kadang2 seronok kadang2 tak....

Player to watch: Arjen Robben, Wesley Sneijder, Diego Forlan dan F.Muslera
Prediction: Horen 2 Uruguay 0
-------------------------------------------------------

Preview 2: Espana lawan Nazi

yes!! the Nazi has fallen. and so is the germans. Dengan harapan menggunung melihat larissa riquelme juging bogel dengan hanya mengecat badannya, Sepanyol harus menang game ni..
aku malas nak review pasal germans coz seblom ni aku dah review dah. so rasanya its the same old story.
Spain..yer aku tak penah review team Spain. walaupon dalam beberapa forum di internet aku telah declare sebagai fan tim spain, tapi aku rasa team ni boring gile taun nih. mungkinkah disebabkan Jesus Navas jarang beraksi dan David Villa dan David Silva blah dari Valencia menyebabkan aku rasa murung dengan team nih(yer saya juga menyokong pasukan Valencia).
apa pong.. Spain must have their tacticals well planned sebab Jerman telah membuktikan mereka adalah Giant that Kills other Giants.. game ni berlangsung pagi esok dan aku akan menonton game ni sebabnya esok tu aku cuti.hahaha..

Player to Watch: Thomas Muller(aku rasa die ni suspended kan?), Mesut Ozil, David Villa dan Andres Iniesta
Prediction: tough to call. But performance wise, Germany 2 Spain 1

Bila hadek Navas nak main nih?? aritu main sekejap je

--------------------------------------------------------
Review 3: Mari sambung hayat BLOG ini
pertama sekali, jutaan terima kasih kepada pemilik blog ini iaitu KC kerana sudi menerima aku sebagai commentator aka writer dalam blog nih.. hahaha finally aku rasa aku jumpe something yang aku sangat minat nak tulis.(blog sendiri pon dah berkurun tak hapdate). dengan World Cup semakin berakhir di sini aku bersetuju dengan beberapa pendapat co-writer yang mencadangkan KC mewujudkan blog Kampung LIGA.

iaitu BLOG yang menggabungkan semua entry dari liga-liga bolasepak antarabangsa.. macam yui bleh tulis pasal tim sengal. tim chelski da ade KC. aku pon bleh tulis pasal Chelsea plak.. tapi priority aku kepada INTER MILAN.. so kat situ dah ade aku selaku wakil serie A.hehehe. yang2 lain2 pon mesti berminat jugak kan???

Moga KC boleh pertimbangkan cadangan ini sebab aku yakin kita boleh setaraf dengan blog bolasepak yang hebat2 macam contohnya s*k*rn*t. kan kan??

sekian, salam dari Bogota, Uruguay. saya pelaung pulau melaporkan untuk Warta Pulau Carey...

9 comments:

  1. jesus navas oghang pilah? bia bona ekau ni jang.. den ni ha dok senaling ulang alik kek ulu maasop x jumpo pon dongan dio.. hahaha~

    ReplyDelete
  2. yeah.. saya setuju dgn cadangan anda juga supaya KC buat satu blog KAMPUNG LIGA... saya nak tulis pasal chelsea serta Selangor FC.. haha.. terbaek? atau ter'balik'?

    ReplyDelete
  3. haha..pelaung pulau...aku handle liga super..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bujang : aku nak handle liga kampung kubur dan Estetku Permai United!!!

    kufaz : terbelahak !!

    ReplyDelete
  6. haha..moga2 KC setuju mewujudkan blog sedemikian... aku juga mahu menulis pasal nogori sombilan.hahaha

    ReplyDelete
  7. cadangan pasti akan diluluskan oleh pihak jabatan tertinggi KC....

    mungkin 2/3 hari lagi dalam proses untuk membuat blog tersebut pasal bulan 8 ni aku dah "lenyap"

    ReplyDelete
  8. kau lenyap? kau gi mana!!
    mesti gi bertapa ....... tak pun lepak pondok mengaji kitab!!

    ReplyDelete