Showing posts with label jesus navas oghang pilah. Show all posts
Showing posts with label jesus navas oghang pilah. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Salam dari Buenos Aires....

Mukadimah...
ketika menulis warkah ini, saya bahawasanya sudah selamat tiba di Buenos Aires, iaitu bandar terletak di hemisfera selatan, timur banda acheh kerana ingin mendapatkan scoop khas mengenai pasukan Argentina.. Sayangnya... sampai ke sudah saya menunggu,tapi tiada khabar berita kerana di Argentina juga,seluruh argentina sedang heboh dengan berita MKK baru bergelar bapa. Oleh itu disini saya coretkan juga preview dan review mengenai Separuh Akhir yang bakal berlangsung

----------------------------------------------------------
preview 1 : Horen lawan Forlen..


air horen sesungguhnya telah dibuktikan sebagai benda yang sedap di buat jus dan dibuat minum. Tapi realitinya team bola sepak horen terkenal dengan janji dan omong-omongnya yang persis si buah horen. kelihatan enak dan lazat serta manis. tapi bila digigit, Ia rasa masam. Lalu jadilah macam ulasan oren yang kat dalam gambar tu yang mana horen tu amatlah masam lalu tak sanggup nak terus menelan sepah oren yang maha berkhasiat tu.

di atas kertas, Horen nampak berkeyakinan dan pilihan bookie-bookie seluruh dunia untuk melayakkan diri ke final. tetapi dalam bola sepak kita tak boleh Write Off mane2 pasukan hatta Honduras sekalipun. Ini disebabkan Uruguay telah menjadi sebuah pasukan yang solid dimana rekod dlm WC2010 tertulis Uruguay tidak pernah tewas(walaubagaimanapun horen lagi baekk arr sebab semua diorang menang). Uruguay mempunyai semangat untuk bangkit dan boleh menukar taktik dengan cepat malah boleh adapt taktik baru dengan terbaekk. Ini terbukti dalam game menentang S.Korea dimana diorang dapat switch dari taktik menyerang kepada bertahan dan kepada menyerang semula. Game ni berlangsung pagi karang.dan aku dijangka terlepas menonton live sebab rasanya menonton mimpi lagi syok.. sebab mimpi random.. kadang2 seronok kadang2 tak....

Player to watch: Arjen Robben, Wesley Sneijder, Diego Forlan dan F.Muslera
Prediction: Horen 2 Uruguay 0
-------------------------------------------------------

Preview 2: Espana lawan Nazi

yes!! the Nazi has fallen. and so is the germans. Dengan harapan menggunung melihat larissa riquelme juging bogel dengan hanya mengecat badannya, Sepanyol harus menang game ni..
aku malas nak review pasal germans coz seblom ni aku dah review dah. so rasanya its the same old story.
Spain..yer aku tak penah review team Spain. walaupon dalam beberapa forum di internet aku telah declare sebagai fan tim spain, tapi aku rasa team ni boring gile taun nih. mungkinkah disebabkan Jesus Navas jarang beraksi dan David Villa dan David Silva blah dari Valencia menyebabkan aku rasa murung dengan team nih(yer saya juga menyokong pasukan Valencia).
apa pong.. Spain must have their tacticals well planned sebab Jerman telah membuktikan mereka adalah Giant that Kills other Giants.. game ni berlangsung pagi esok dan aku akan menonton game ni sebabnya esok tu aku cuti.hahaha..

Player to Watch: Thomas Muller(aku rasa die ni suspended kan?), Mesut Ozil, David Villa dan Andres Iniesta
Prediction: tough to call. But performance wise, Germany 2 Spain 1

Bila hadek Navas nak main nih?? aritu main sekejap je

--------------------------------------------------------
Review 3: Mari sambung hayat BLOG ini
pertama sekali, jutaan terima kasih kepada pemilik blog ini iaitu KC kerana sudi menerima aku sebagai commentator aka writer dalam blog nih.. hahaha finally aku rasa aku jumpe something yang aku sangat minat nak tulis.(blog sendiri pon dah berkurun tak hapdate). dengan World Cup semakin berakhir di sini aku bersetuju dengan beberapa pendapat co-writer yang mencadangkan KC mewujudkan blog Kampung LIGA.

iaitu BLOG yang menggabungkan semua entry dari liga-liga bolasepak antarabangsa.. macam yui bleh tulis pasal tim sengal. tim chelski da ade KC. aku pon bleh tulis pasal Chelsea plak.. tapi priority aku kepada INTER MILAN.. so kat situ dah ade aku selaku wakil serie A.hehehe. yang2 lain2 pon mesti berminat jugak kan???

Moga KC boleh pertimbangkan cadangan ini sebab aku yakin kita boleh setaraf dengan blog bolasepak yang hebat2 macam contohnya s*k*rn*t. kan kan??

sekian, salam dari Bogota, Uruguay. saya pelaung pulau melaporkan untuk Warta Pulau Carey...

Friday, June 11, 2010

Pemain Sepangnyol yang berasal dari Pilahdelphia.....

1st of all.. memula aku nak menyibuk jap posting pasal Spain.muahahah.sori eh wof ngan yui..wa kompem ni last posting wa pasal spain.hehehe

Bila cakap pasal spain mesti nak cakap pasal Xavi laa, Torres laa, Messi laa...eh messi??

tapi of all player Spain yang glemer serta dikatakan hebak tu..cume sorang player yg berjaya mendapat perhatian aku dari dolu sampai skarang. Player itu bernama Jesús Navas González

atau pronunciation spanishnyer ialah [xeˈsuz ˈnaβas]

awww merembes mak tau (motif aku memonen??)


lagi gamba merembes eyzus nabas

ye mamat ni sahihnya hensem..bermata biru dan berambut ala2 cristiano ronaldo.. pelik jugak kenapa ronaldo konda kondi tu lagi ramai awek dari mamat nih...jika pemain import dibenarkan di Malaysia dan beliau bermain untuk negeri kelahiran beliau iaitu Negeri Sembilan, saya percaya beliau boleh merampas Ayu Raudhah dari Zaquan Adha dengan jayanya...

memulakan karier bersama sevilla sejak berumur 15 taun di bawah youth system (umor 15 da bleh jadi glemer macam justin bieber...ish ish) Senior careernya memang dihabiskan sepenuhnya bersama sevilla..bermaksud beliau adalah one man club buat masa nih..

Navas mula mencurik lirikan mata aku 2 taun lepas dalam game CL yg aku tak ingat sevilla lawan sape.. tapi mamat ni aku tengok memang incredible.. memiliki skill footballing yg buleh tahan(walaupon tak sehebak ronaldo konda kondi dan quaresma)... mamat ni memiliki speed yg sangat tinggi.. mampu menggelecek atau meng'ale' kan lawan, memiliki crossing dan pass yang sangat JITU.

beliau mempunyai penyakit anxiety yakni slalu homesick yg pernah memaksa beliau quit international football..tapi pada 2009 beliau telah bertekad untuk mengatasi masalah ni kerana ingin bermain untuk negara beliau yg tercinta.

eden tau laa eden ni anak omak. tapi den tau, main untuk nogagho tu ialah bondo torbaik dan den harap den pon bulehh. den kono la banyak bersoba, dan buek koputusan sondighi..dan den kono toghuihkan mongambil langkah yang boto..

dan beliau membuktikan walaupon beliau manja, tapi beliau hebak di padang..dan sangat terer menjaringkan gol walaupon merupakan winger. Mungkin susah nak melihat beliau bermain dalam first eleven. tapi dalam friendly yg lepas beliau telah melakukan jaringan yg sangat cantik secantik Daniela Urzi..


seorang model yang diperkenalkan kepada aku oleh Jonas Gutierrez. Die kata, "gua nak ngorat cikaro nih. tapi dia taste kat orang kurang tinggi macam si Messi tu. so gua kenalkan die kat lu supaya lu bole ejas die untuk gua".-notakaki: aku kemudiannya memandang gutierrez dengan mata ingin menembak pancaran puspasari penawar putri..

aku akan menonton game Spain dengan gigih lagi pasni bagi menyaksikan gerak geri jesus navas, adakah beliau akhrinya akan berjaya overcome homesick beliau seterusnya merealisasikan perpindahan ke kelab2 lebih besar.. sebagai nota kecil, beliau pernah cuba dibeli oleh Chelsea tetapi akhirnya Navas sendiri menolak tawaran itu..
good luck Navas...