Showing posts with label spirit of 1966. Show all posts
Showing posts with label spirit of 1966. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Hukum karma

hola.

this is what happen in the World Cup Final 1966. Its the third 'goal' 'scored' by Geoff Hurst.


bezakan dgn gol lampard tak score mlm td. hukum karma?? huhuhu.

Saturday, June 26, 2010

Jadual Penuh Match Knockout Round WC 2010

26 Jun (Malam ini pukul 10)
-Uruguay Lawan Korea Selatan

27 Jun (Pagi nanti pukul 2.30)
-USA lawan Ghana

27 Jun (10 malam)
-England lawan Jerman (*TERHANGAT !!!)

28 Jun (2.30 pagi)
-Argentina lawan Mexico (*TERHANGAT!!!)

28 Jun (10 malam)
-Belanda lawan Slovakia

29 Jun ( 2.30 pagi)
-Brazil lawan Chile

29 Jun (10 malam)
-Jepun lawan Paraguay

30 Jun (2.30 pagi)
-Sepanyol lawan Portugal (*TERHANGAT !!!)

P/S : Sesape ade prediction cantik mengenai match2 knock-out round kat atas ? Yang pasti England bakal memberikan perfomance terbaik dari ladang menetang Jerman.Remember of spirit 1966.!

Thursday, June 24, 2010

England Versus West Germany - Final WC 1966.Do You Still Remeber ?

Stadium Wembley London dijadikan stadium final bagi wc 1966.Stadium tersebut telah menempatkan sebanyak 98 ribu penonton yang menghadiri match di antara England menetang Jerman Barat.

Selepas 12 minit 32 saat match bermula, Helmut Haller telah meletakkan Jerman Karat...oh minta maaf,..Jerman Barat di hadapan tetapi jaringan Helmut Haller tidak bertahan lama apabila sejurus selepas itu, Geoff Hurst menyamakan kedudukan 4 minit kemudian.Selepas itu, Martin Peters telah menjadikan kedudukan 2-1 untuk England pada minit ke 78.England seolah-olah sudah menghampiri genggaman trofi wc namun referre telah menghadiahkan sepakan percuma untuk Jerman Barat yang mana pada masa itu baki perlawanan tinggal lagi satu minit.Wolfgang Weber menendang dengan kemas serta rapi free kick tersebut dan Jerman berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas 90 minit berakhir.

Dengan scorline masih lagi terikat 2-2 selepas berakhirnya 90 minit, match menuju ke masa tambahan.

Pada minit ke-98, Hurst sekali lagi kembali untuk mengegarkan jaring jerman barat apabila tendangannya itu terkena palang dan melepasi garisan gol.Namun ramai pihak masih tertanya-tanya adakah bola tersebut sudah melepasi garisan gol.

Sampai sekarang ia masih lagi menjadi tanda tanya dan isu hangat yang sering sahaja diperdebatkan oleh orang ramai.Sejarah piala dunia telah menggelarkannya sebagai "ghost goal" atau dalam bahasa melayunya gol berhantu.Rakaman kamera video digital juga tidak mahu menjelaskannya.

Pada minit terakhir perlawanan di masa tambahan, Hurst mencipta hatrik apabila die mudah melepasi benteng kebal jerman barat dan merembat bola tersebut meluru ke jaring gol.

Final score - England 3 Jerman Barat 2

England, juara piala dunia 1966.

Hatrik dari Hurst itu telah berjaya mencatatkan rekod piala dunia apabila die telah menjadi satu2nya pemain yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam final WC di adakan.

Do you still remember it ? This is not comitted to the game but it's is spirit of 1966.

Jerman atau Tidak...Ini Englandlah....

 (Sedap betul makan rojak dengan Heliza petang tadi.Makan rojak sambil minum air mocha.Pergh meleleh..)

Aku hepi giler sekarang ini, bukan sebab england menang 1-0 tadi dengan slovenia tapi gembira dapat pi dating dengan Heliza tadi.

Cume tak nak ulas panjang mengenai match tadi.Mate aku dah mengantuk, kaki aku asyik kebas je(jangkit dengan Yui lah ni).Cume aku hanya boleh bagi point sahaja bagi match tadi :

Man Of The Match (MOTM)

 -Jermain Defoe.Kalau tak de die, konfem England dah berangkat pulang dan Capello dah ready nak resign surat fired dari Donald Trumph.

-David James is much more better than Robert Hijau.Jika lihatkan reaksi dan gaya penangkapan James sangat berbeza dengan Robert Hijau.Kemas,hensem,mantap dan padat dari James.James tak jambu cam Robert Hijau tu pasal tak de sebarang mistake dari beliau.Player2 Slovenia asyik nak tiru shoot Dempsey je.Weh ingat James ni cam Robert Hijau ker.

-Defend memang kemas dan power.Tengoklah player sape beb.John Terry.Pujian jugak untuk Upson kerana sukses mengikut jejak JT.Semua shoot Slovenia kena block dengan diorang,ape cite nih.

-Passing dari James Milner.Very good passing dari beliau.Cume yang kurangnya,die tak leh gelecek.Tapi Lennon dan Wright Philips tak pandai wat passing cam James Milner, diorang hanya tahu gelecek sahaja.


Women Of The Match

-Rooney.Aku tak tahu ape dah jadi dengan budak shrek ni.Semua shoot die tak menjadi.Ni mesti kes boo fans sendiri lah ni, sampai perfomance jadi hampeh.Aku hepi gile kalau pasni tempat die digantikan dengan Joe Cole.

-Otak sebelah kiri Capello.Otak sebelah kanan die still ok cume yang sebelah kiri tu tak betul.Rooney main hampeh lebih dari 60 minit, tapi nape Capello still tak gantikan die dengan Joe Cole lebih awal.Heran bin ajaib betul otak kiri Capello nih.

Ape2pun England dah menang dan sukses jugak mara ke second round walaupun terpaksa menggunakan jalan yang sukar.Hepi dengan kemenangan tadi tapi tidak gembira dengan result group C.USA juara kumpulan dan England naib juara.Ape cite ? Kalau jerman dapat beat Ghana nanti, konfem second round perang dunia kedua bakal meletus semula.

Thursday, June 3, 2010

Sejarah 1966 Kembali Berulang ?

23 pemain sudah dipilih.Sekarang tiba waktu untuk menitis darah merah di padang zoo afrika pulak.Menjelang 8 hari lagi pentas afrika akan bermula,ramai yang tertanya-tanya apakah kemampuan sebenar yang dimiliki oleh skuad england sekarang ?

Para haters pasti akan mengutuk team three lions dengan mengatakan team banyak stars tapi haprak.Tidak lupa jugak sentuhan lemah tenaga defend n attacking game yang kurang bermutu dalam friendly menetang jepun baru2 ini dikutuk hebat oleh para pengutuk professional.

So di manakah kesilapan dan kekuatan sebenar team england ?

Aku tidak mahu membicarakan mengenai kesilapan kerana semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini pernah melakukan kesilapan.

Ayuh,fokuskan kepada kekuatan england sekarang.

Tahun terakhir, england memenangi trofi wc pada tahun 1996.Dan sekarang ialah tahun 2010.Sila buat perkiraan sekarang

2010 - 1966 =

Jawapannya 44.

44 tahun sudah team england tidak menggengamnya.Angka 44 ini juga menyamai umur ratu rock Malaysia,Ella sekarang.
Tapi berbeza dengan ella dengan england kerana england pernah memenangi wc tapi Ella tak pernah memenangi wc.Ciumpun tak,gelekpun tak.Tak lupe jugak,kahwin pun tak.

Tapi jika dinilai balik, ape yang berlaku pada 44 tahun yang lepas tu.Maksud aku, tahun 1966 yang lalu,england memenangi wc tersebut.Ape yang berlaku ?

Kenal dengan Alf Ramsey ?

Bukan pemain yang dibaham oleh Shawcross itu, tapi Alf Ramsey merupakan kapten pasukan England di era 1940-1943.

Kata orang, kerana mulut badan binasa.Tapi mulut Ramsey sangat "ajaib" dan "magik".

Selepas die bersara dari skuad england pada tahun 1962, dia pernah berkata dan membuat prediction.

"England pasti akan juara WC jika mereka menjadi tuan rumah pada tahun 1966"

Tengok,kate2 ajaib dari Ramsey sangat tepat,mantap dan padat..England memenangi wc 1966 buat kali pertama dalam sejarah bola sepak three lions itu.

Pada Final 1966 itu, England terpaksa menghadapi lawan berat iaitu West Germay atau dalam bahasa melayunya Jerman Barat.

Tapi ape sudah jadi, Jerman Barat sudah jadi karat.3 gol dari  Geoff Hurst dan satu lagi gol sagu paru2 dari Martin Peters sudah cukup buat England untuk menggengam trofi wc dengan membenam cabaran dari skuad jerman karat dengan 4-2.

Match tersebut dikuasai penuh oleh skuad England sampaikan 2/3 player jerman barat terpaksa diusung keluar kerana cirit birit.

Kata commentator Piala Thomas, Hasbullah Awang.

"Hafiz sudah menemui "kelahiran semulanya" itu"

Tapi lawan China, aku tak nampakpun kelahiran semula si Hafiz itu.

Lupakan kata2 Hasbullah Awang itu kerana kata2 commentator BBC, Kenneth Wolstenholme lebih bersemangat dari Hasbullah Awang itu...

"Jerman ingat mereka sudah memenangi match ini, tapi mereka silap, Hurst penyelamat England".

Kata2 tersebut diungkapkan selepas Hurst menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-120.

Jadi ape harapan team england sekarang ?

Tiada jaminan dari diri aku mengenai prospek untuk juara piala dunia 2010 buat england namun jika keazaman serta semangat yang tinggi, tidak salah untuk england menggengam buat kali kedua trofi berprestij ini.

Jika anda lihat, stail,gaya,patterns jersi merah england lebih kurang sama dengan jersi skuad time 1966.Lagu tema piala dunia untuk england, kalau tak silap aku, lebih underground seperti biasa.

Ape2pun i'm still remember spirit 1966.


P/S : Entri ini tidak sedikitpun ade kaitan dengan lagu "Sejarah Mungkin Berulang" nyanyian kumpulan New Boyz.

Wednesday, June 2, 2010

Finally 23 Lions Man Standing For Zoo African.!

Goalkeepers: Joe Hart, David James, Robert Green.

Defenders: Jamie Carragher, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Glen Johnson, Ledley King, John Terry, Matthew Upson, Stephen Warnock.

Midfielders: Gareth Barry, Michael Carrick, Joe Cole, Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, James Milner, Shaun Wright-Phillips.

Forwards: Peter Crouch, Jermain Defoe, Emile Heskey, Wayne Rooney.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guess, sape yang tertinggal dan sempat naik flight sekarang ?


-Joe Cole (Sempat naik...)

-Theo Walcott.(tertinggal walaupun 2/3 bag die dah ready bawak untuk ke afrika)


Berita yang kurang hepi untuk aku dengar tapi berbeza dengan fans arsenal.Kebanyak daripada mereka sangat gembira dengan berita penyisihan Walcott ini.

Sebab ape ? Cube tanye fans arsenal sekarang, faveret nation wc diorang ape ? Absouletly bukan kem England...That why they like this news and say now "Fuh,akhirnya tiada pemain arsenal di skuad england.!"

Theo Walcott is best attacking winger bagi aku.Die kecik,laju,bijak,good shoot tapi nak wat cmner, itulah keputusan akhir dari Pak Cik Capello.Capello merasakan Aaron Lennon & Shaun Wright Philips lebih baik dari die,lebih bijak n lebih bagus perfomance die.

Ape kate Theo Walcott mengenai penyisihannya itu ?

"I am very disappointed not to be included in the squad going out to South Africa, but completely respect Mr Capello's decision.I would like to wish the team the best of luck and hope they have a really successful tournament."


 Still remember for this scene ? Hatrik dari Theo semasa Croatia dibelasah 4-1 di Zagreb.

Jangan bersedih Walcott, bukan ko sorang sahaja yang tertinggal, 3/4 player lain iaitu Scott Parker,Darrent Bent,Michael Dawson,Adam Johnson & Baines juga turut terlepas ke wc.

Yang terlepas atau tertinggal,jangan bersedih, sila bagi sokongan moral kepada mereka yang berjuang di afrika.Kalau malas nak bagi sokongan moral secara face to face,malu dengan penyisihan itu,sila support dengan menonton di kaca tv sahaja apabila match england beraksi.

I wish gud luck for our 23 squad now to wc...

Remember for Spirit 0f 1966.....

Friday, May 28, 2010

Spirit Of 1966

Kami ade spirit 1966, kem oranje ape ade ? Spirit of buah oren ade ar....