Showing posts with label Kem Espana cuma ditakdirkan jadi juara. Show all posts
Showing posts with label Kem Espana cuma ditakdirkan jadi juara. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Viva Espana

hola.

aku rasa sakit di kaki yui dah berkurang sbb dapat tgk match live di kaca televisyen dan bukan lagi di screen lappynye. tambahan plak Kem Espana mng dan layak ke pusingan kalah mati.

pembetulan utk mr KC, kemenangan smlm meletakkan Spain sbg JUARA kumpulan H dan akan bertemu portugal selaku NAIB JUARA kumpulan G. Chile yg dah kene sunat dgn spana selaku NAIB JUARA kumpulan H akan lawan BRAzil yg jadi JUARA kumpulan G. hehehe. pasukan ranking kedua (SPAIN) akan lawan pasukan ranking ketiga (PORTUGAL) dunia. should be an exciting match.


komen ttg game smlm? tak byk komen la sbb Spain dah menang. gol villa tu mmg terbaik la. instict of a true predator. tabik spring la kat ko. klu 1st game hari tu ko main camni kan best. tp takpe. pengalaman mendewasakan kita. bangkit dari kekalahan lebih dramatik dari plain performance. hehehe.

gol iniesta pun hasil gerakan menarik dari villa nih jugak. so mmg layak la dia dapat man of the match. a goal and an assist. performance player lain pun tak kurang hebatnye kecuali fernando torres. dia masih struggle lagi. akhirnye terpaksa dikeluarkan pada 2nd half dan dgantikan dgn balak-tak-jadi yui. iaitu Cesc Fabregas. kononnya torres ngadu sakit otot pada 2nd half. sbb tu dia kene tukar. harap2 lawan portugal nnt dia bleh perform lebih baik.

Xavi the general and xabi alonso mmg control midfield smlm. cuma awal2 2nd half tu diorang tertdo jap. mamai kot. tu yang chile boleh score goal tu. poor pique. deflection kene kepala lutut dia menyebabkan gol itu. but no worries. midfield still controlled by our man. hehehe.

next game lawan portugal. midfield kene lebih mantap lagi. torres perlu cari sentuhan pembunuh dia. xabi alonso terhincut2 gak smlm tapi takpe sbb midfield kita semuanye mantap2. mungkin boleh bagi balak-tak-jadi yui. iaitu Cesc Fabregas start the game nnt. hehehe.

apa2 pun, tahniah kepada semua kem yg melayakkan diri ke pusingan kedua. kepada kem yg gagal layak, kita jumpa lagi di rio de janeiro pada 2014 nnt.

adios amigos. viva espana.

yariba yariba andree!!!

kapitan espana suh pique ngan puyol pi bilik persalinan utk elakkan kontroversi. hahahaha

Tuesday, June 22, 2010

Spain melantun balik

hola.

seperti dijanjikan, Kem Espana melantun semula dgn kemenangan 2-0 ke atas Honduras. peluang untuk layak ke pusingan kedua semakin cerah. kedua2 gol dijaringkan oleh David Villa yg terlepas peluang hatrik sbb miss penalti. ape daa. scoring 2 great goals but miss from penalty spot? only the best can afford that.

actually aku just tgk 30 minit terakhir jer. so. no further comments. hehehe.

gol kedua Villa

'mcm tu la nk score gol!!', kata villa kepada torres

p/s: kem espana tak pernah hilang keyakinan ke atas kem mereka. hahahah

Wednesday, June 16, 2010

Prebiu Spain vs Swiss

salam dunia.

dear yui, im back. hahahaha.

pada malam ini kem Espana akan turun bagi perlawanan pertama mereka utk edisi World Cup kali ini. untuk pertama kalinye Kem Espana akan beraksi di WC sebagai calon juara pilihan ramai setelah memenangi Euro 2008 dan mempamerkan rekod cemerlang di peringkat kelayakan dan perlawanan persahabatan. cuma kalah sekali dalam 48 perlawanan membuktikan kehebatan mereka.

cik yui kita dah bagi prediction ttg barisan kem Espana yang akan melanyak barisan Swiss malam nih. so, no need for me to repeat that. thanx cik yui. lets hope fabregas and torres will come off the bench and score for us. hehehe.

switzerland tak pernah menang dgn kem Espana dalam 18 perlawanan. 15 perlawanan terakhir menentang Espana berakhir dgn kekalahan. kali ini pasukan Swiss yg diketuai oleh pakcik Ottmar Hitzfeld akan menentang pasukan Espana yang terkuat pernah dikumpulkan. aku tak rasa Swiss mampu buat ape2. walaupun track record pakcik ottmar nih agak mengagumkan tapi pasukan Espana skrg lebih2 mengagum dan mengaumkan. hehehe.

masalah kem swiss:
kapten pasukan swiss, Alexander Frei dan Valon Behrami mungkin tak beraksi sbb injured. harapkan Blaise Nkufo yg menang Eredivisie ngan FC Twente hari tu. umur dah 35 tahun. boleh ke harap? Philip Senderos?? dulu kat Arsengal. pastu pindah2. skrg aku tak tau dia kat kelab mana. tp 2nd half of last season asyik injured jer. boleh ke main/tahan Villa/Torres??

masalah kem Espana: 
ramai sgt pemain hebat. pening gak kepala del bosque tu nk pk. patut la nmpk makin kurang rambut dia. huhuhu. goalkeeper (bukan ballpicker), defender dan striker mungkin takde masalah sgt. sbb mmg nmpk sgt sape pilihan utama. tang midfield yg problem sbb semua player hebak2 belaka. kalau Espana tak main winger, kami ada fabregas, xavi, iniesta, xabi alonso, sergio busquets. kalau nak main winger, kami ada david silva, jesus navas, juan mata, pedro. byk tul pilihan kan? pilihan hebak2 plak tu. hehehe.

prediction:
Spain 4 (*2)
Switzeland 0 (*24)

*ranking dunia semasa.

p/s: aku kemalasan nak meletakkan sebarang gmbr. huhuhu.