1 menang , 1 kalah . Setakat ini tiada kejutan untuk kem dari asia . Kem Korea Republik berjaya membuatkan pengkritik bola sepak tempatan tersenyum menyindir FAM dan tenaga tertinggi badan tersebut . Manakala pasukan dalam ranking nombor satu Asia , Kem Aussie terpaksa akur kepada kehebatan Kem Jerman yang menurunkan rata-rata pemain muda dalam edisi Zoo Afrika tahun ini .
Pengkritik bola sepak dan peminat sukan ini pasti tidak sabar melihat prestasi pasukan Jepun yang akan turun menentang Cameroon 10 malam ini . Dan disusuli pula pasukan yang pertama kali ke Piala Dunia , komunis Kem Korea DPR yang akan menentang Kem Brazil .
Jepun yang akan menentang Cameroon , wakil dari benua Afrika pastinya akan mendapat sokongan terbaik dari hon-hon langau peminat bola sepak Afrika . Buat pasukan jepun , mereka perlu untuk mengambil ubat tahan pening agar tidak terpengaruh dengan bunyi langau yang dikatakan bertujuan untuk memukau dan melekakan pemain lawan .
langau yang berpotensi untuk hipnotis | African horn , made from pure Bull
Korea DPR pula pastinya akan turun dengan senjata-senjata berat yang tersembunyi sekian lamanya . Pertembungan antara negara berperang yang mempunyai banyak rahsia dan negara yang berpolisi mengindustrikan bola sepak ini pasti mendebarkan .
Prediction :
Jepun 3-1 Cameroon
Brazil 2-3 Korea DPR
Brazil je pun , eleh | Kim Jong-Hun , Korea DPR coach