Showing posts with label aku benci dengar bunyi trompey vuvuzela. Show all posts
Showing posts with label aku benci dengar bunyi trompey vuvuzela. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Bola Jambul Ani

Mungkin korang perasan atau tidak, kenapa dan mengapa setakat ini WC 2010 kekurangan gol ? Faktor utamanya ialah bola Jabulani.

Begitu banyak pemain komplen mengenai bola ini yang dikatakan membawak banyak masalah di atas padang.Manager team jugak turut same mengadu mengenai perkara ini.

Tapi sebelum itu mari aku terangkan secara ringkas mengenai bola jabulani ini,

Bola khusus buatan adidas untuk Piala Dunia FIFA 2010 FIFA, bernama Jabulani, iaitu "menyemarakkan keriangan" dalam bahasa Zulu. Nombor sebelas memainkan peranan penting dalam bola baru yang serba canggih ini: inilah bola perlawanan Piala Dunia ke-11 buatan jenama kelengkapan sukan Jerman itu; dilengkapi 11 warna, satu untuk seorang pemain di padang; dan Afrika Selatan mempunyai 11 bahasa rasmi.[9][10] Sebiji bola istimewa yang berpanel emas bakal digunakan di perlawanan akhir di Johannesburg.

Sumber diketik dari Wikipedia

Mari aku show mangsa2 yang terkena penyakit bola jambul ani setakat ini :

 Paling hot & hangat.Robert Green.Sampai sekarang die mengadu asyik mimpi ngeri je dengan bola jambul ani tu.Makan tak lalu, mandi tak basah , tido kena James temankan....

Lionel Messi.Mangsa kedua jambul ani.Lebih 5 shoot beliau ke arah gawang gol Nigeria tidak berkesan.Sebelum ni die digelarkan kaki "membunuh" tapi ketika menetang Nigeria, ramai pihak menggelarkan kakinya "kaki busuk".

Same seperti Green cume berbeza skit dari segi kekhayalan minda dan gerak geri gasing.Fawzi Kuochi menangkap bola jabulani bak seperti mengangkat dulang untuk memberi kepada dayang istana di raja.

Buffon jugak mengadu mengenai bola jabulani.Die mengatakan kecederaannya itu disebabkan bola jambul ani membulinya semasa menetang uruguay itu hari aaa...

"Ia merupakan bola yang paling hodoh n terburuk yang tak pernah saya lihat sepanjang karier bola sepak saya"(kate fabio Capello)

Actually banyak lagi player2 bola sepak lain yang mengadu masalah diorang mengenai bola jabulani ini.Tapi yang kat atas tu paling hot untuk virus jabulani.

Tapi heran dan pelik, kenapa dan mengapa tiada bantahan atau bebelan dari skuad kem Jerman karat mengenai bola jabulani ini ?

Nak tahu jawapannya ? sila klik & bace kat sini...

 yang ni tak de orang nak komplen ker ?