Showing posts with label panas badan panas jari amacam England? takkan nak harapkan rooney ?. Show all posts
Showing posts with label panas badan panas jari amacam England? takkan nak harapkan rooney ?. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Cacau masih berccbisa !

Untuk sesi panas badan sempena World Cup 2010 , pasukan negara Jerman bertemu Malta melalui terma perlawanan persahabatan .  Perlawanan berlangsung di Tivoli , Itali . 

Perlawanan ini berlangsung meriah dengan kedua-dua pasukan bermain bolasepak agresif , secara profesional bukannya emotional . Rekod pertemuan antara Malta dan Jeman sebelum ini menyaksikan Jerman hanya seri sekali dan menang sebanyak tujuh kali , dicampur hari ini ia menjadi 8-1-0 . Rekod terakhir perlawanan adalah pada tahun 2004 dimana Jerman menang besar , 7-0 .

Gol pertama perlawanan disumbangkan oleh Cacau of Stuttgart . Tidak banyak aksi dipamerkan pada aksi separuh masa pertama . Separuh masa kedua bermula rancak dimana barisan pemain Jerman tampak kekurangan dalam aspek bertahanan . Malta dilihat beberapa kali berjaya menguji pertahanan Jerman namun sia-sia . Pada minit ke 58 , satu low cross cantik oleh Podolski disambut cemerlang sekali lagi oleh Cacau . GOL !

2 minit kemudian , dari posisi yang sama , Podolski sekali lagi dengan low cross beliau mencari Cacau tetapi gagal . Bola disambut baik oleh Kenneth Scicluna of Malta dan bola dirembat kuat menerjah jaring . OWN GOAL !! 

Cacau dilihat berusaha mencari hattrik , dan Stefan Kießling of Bayer Leverkusen , pemain berusia 26 tahun macam nak mati cari sebiji gol , namun lady luck tak bersama beliau . Minit-minit akhir menyaksikan banyak percubaan cantik oleh pasukan Jerman . Trochowski dengan dua freekick , Cacau dengan dua header dan Jerman mempunyai sekuran-kurangnya 5 shot ke arah gol dalam pergerakan cantik bola pada minit ke 90 .
Wisel dibunyikan dan PRITTT .. Jerman menang 3-0 .

Perlawanan ini tidak disertai oleh Ballack , Bütt , Lahm , Badstuber , Schweinsteiger , Müller , Gómez , Klöse , Wiese , Mertesacker , Özil dan Marin disebabkan komitmen kepada kelab seperti luols semua tahu bawa Ballack bersama Chelsea untuk English FA Cup ; Bütt , Lahm , Badstuber , Schweinsteiger , Müller , Gómez dan Klöse bersama Bayern untuk European Champions League ; Wiese , Mertesacker , Özil dan Marin pula bersama Werder Bremen untuk domestic cup final . Keeper utama , Adler pula cedera dan tidak akan beraksi untuk Jerman semasa world cup nanti . 

Diharapnya kemenangan ini dapat membakar semangat pemain kerana ramai pemain muda didalam provisional Scuad yang di beri oleh Loew . Tu nanti ghua cerita lepas ni . Sikit-sikit lah oke !? Tahniah Jerman ! 

Cacau - Pemain Jerman kelahiran Brazil