Showing posts with label Spain will win. Show all posts
Showing posts with label Spain will win. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Battlefield 2010 - La Roja or de Oranje !!




01 - Sebanyak 204+1 (tuan rumah) negara yg telah register utk main di World Cup 2010 - Africa Selatan.

02 - Bermula pada 25 ogos 2007 dgn kelayakan peringkat kumpulan negara negara kepulauan Saloman - 2007 South Pacific Games Football hinggalah 18 november 2009 - playoff New Zealand vs Bahrain sebanyak, 2337 gol dari 848 matches telah berlangsung

03 - dari angka itu hanya 32 negara yang membawa 736 cowok cowok ganteng di berikan tiket itu naik feri , kapal terbang , keretapi or naik bas ke South Africa. bravo !!!

04 - 63 perlawanan telah berlangsung sepanjang sebulan 11 june - 10 julai .
Berbagai suka dan duka, rumors, cerita ceritu ceriti disajikan - twitter, Larissa riquelme, Paul Octopus, Bobbi Eden, Sara Carbone, Robert Green , Patrick Evra, Maradonna menjadi drama dan program realiti yg akan jadi sejarah bolasepak dunia.
This is Festival , football festival - Great festival on the earth every 4 years.



kini countdown ke last game perlawanan ke 64 .

Spain or Holland



Octopus pilih Spain , Burung Mani pilih Holland , Kabinet Malaysia Majoriti pilih Spain, Kawan kawan aku pilih Spain , aku pun pilih Spain .
What ever happen kedua dua team telah mencipta sejarah tersendiri.

Holland ..







or Spain ..







Choose you faveret bumper .! :))

Penutup tirai dengan Real Football Game

Ghua sekali lagi tersalah predict bahawa Jerman akan menang besar , tapi 3-2 is quite good , isnt it ? 
Pasukan Jerman untuk edisi kali ini telah bertambah matang . 2 kekalahan sebelum ini dengan keputusan 1-0 bagi kedua-dua lawan ( Serbia dan Sepanyol ) jelas menampakkan skuad kali ini kurang dapat bermain di bawah tekanan terutama ketika ketinggalan . Manakala rekod 4-0 ( Australia) 1-0 ( Ghana ) 4-1 ( England ) dan 4-0 ( Argentina ) disebabkan skuad ini berjaya mencari gol pendahuluan .

Perlawanan semalam Jerman sekali lagi didepan hasil jaringan Mueller setelah penjaga gawang sensasi , Muslera memuntahkan bola percubaan Scheweni . Namun Uruguay kembali menyamakan kedudukan hasil counter attack dan finishing yang baik dari Cavani sebelum Diego Forlan menjaringkan gol kelima beliau untuk Piala Dunia 2010 . 

Jerman ketinggalan . Namun hasil hantaran jauh dari Boateng berjaya singgah dikepala Jansen sebelum menerjah gawang . Gol penentuan pula dijaringkan Sami Khedira yang menggantikan Ballack untuk piala dunia kali ini setelah kecelaruan berlaku di dalam kotak penalti Uruguay . Forlan hampir berjaya menjaringkan gol peribadi keenam dan menyamakan kedudukan namun percubaan beliau terkena palang . Tamat , 3-2 .

Perlawanan ini ghua klasifikasi sebagai Perlawanan Bola Sepak Sebenar . Pergerakan menyerang yang baik dari kedua-dua pihak , pergerakan bertahan yang konsisten juga buat kedua-dua pasukan . Selain itu , Uruguay dan Jerman menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi , tiada kekasaran yang bahaya dan motivasi yang tinggi . Berlaku sedikit kesilapan antara kedua-dua pasukan serta pengadil dan penjaga garisan . Kedua-dua pasukan ada yang baran dan asik tak puas hati . Sempurna .
Dan yang paling penting , tiada sebarang lakonan di atas padang .


MOTM : Mueller
Flop : Jansen
Top Flop : Cacau

Lepas ni ghua akan rumuskan aksi Jerman untuk edisi kali ini dan it will be the last post about Jerman .