Showing posts with label Sultan Bola oh sultan bola. Show all posts
Showing posts with label Sultan Bola oh sultan bola. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Kalau Aussie dan Korea DPR dikira memalukan , Malaysia pula bagaimana ?

Semalam lantang saja mulut pembaca berita Tv3 mengatakan Korea Utara memalukan rejim Asia kerana tunduk 7-0 dengan Portugal . Masa awal-awal haritu pengulas sukan RTM selamba saja melabelkan Australia menghina institusi bola sepak Asia setelah tunduk 4-0 pada Jerman .

Bercakap ikut sedap mulut , badan boleh binasa . Mereka tak sedar kah bahawa Malaysia sendiri memalukan kelompok negara Asia dengan prestasi hampeh dan ranking dunia yang tidak dapat mencapai angka 99 ?

Malaysia yang kini ditangga ke 146 dunia , dan tangga 27 AFC belum pernah mendapat tempat ke Piala Dunia , malah nak dapat tempat untuk Qualify pun tidak merasa . Piala AFC pula masih belum pernah dimenangi oleh mana-mana kelab dari Malaysia . Ya , dengan rekod yang cantik ini memang wajar untuk kita BANGGA dengan Malaysia . 



Lazim kita dengar Malaysia tunggu jadi host baru boleh bermain untuk World Cup . Persoalannya , mampukah Malaysia untuk menjadi host ? 

Dengan keadaan padang yang tidak baik , bola melantun-lantun walaupun hanya memberi bola leret .
Tempat duduk yang masih bercampur-campur , tiada tempat duduk tunggal sepenuhnya beserta nombor .
Kawalan kesalamatan yang longgar .
Disiplin rakyat Malaysia terutamanya peniaga yang ikut tekak dia saja .
Sistem kamera di stadium yang masih ditakuk zaman James Wong .
Dan juga ketiadaan penyokong tuan rumah yang pasti akan menyokong negara-negara eropah ataupun paling tidak negara-negara Asia di sebelah Timur .



Adakah Malaysia layak untuk semua ini ?

Dan adakah media Malaysia layak untuk mengatakan negara-negara Asia lain memalukan Zon Asia kerana tumpas pada negara lain pada saingan Piala Dunia , yang mana masih belum ada pintu terbina hasil usaha gigih Malaysia untuk pasukan Malaysia ?

Ini belum kira aduan rakyat terhadap kuasa besar media terrestrial yang dikuasai Media Prima dan Radio Televisyen Malaysia yang menutup peluang rakyat menonton bola sepak secara percuma dan live . Yang ada cuma hiburan percuma dan live . Nak suruh Faizal Tahir jadi pemain bola posisi pertahanan belah kanan skuad kebangsaan kah ? atau Scha Al Yahya main bola posisi penyerang kedua dibelakang Liyana Jasmay ?

Ghua tinggalkan post ini dengan perkataan bersambung untuk luols tambah dan mungkin juga ghua sendiri akan sambung lagi ...

akan bersambung ...

Monday, June 14, 2010

Jerman dan Australia-half time team talk

Its half time now , and i want to see Marin playing in the second half . Khedira , please show your true class , do not just intends to score , passing is your highest quality . 
And Oezil , we are not playing for friendly anymore , show me that you are qualified as Loew thought so . Cacau is ready and roaring to go . focus ! 

Is Scheweni there on the field?