Showing posts with label adriano semakin gemuk. Show all posts
Showing posts with label adriano semakin gemuk. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

New Era of Brazil



Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan Dunga sebagai jurulatih skuad WC Brazil banyak diberi tentangan hebat daripada pelbagai peminat dan juga pengkritik. Semasa awal, beliau melakukan tugas dengan amat baik dengan menyerap ramai pemain muda yang berbakat dan menyusun strategi baru yang beliau sendiri ilhamkan. Tetapi, ramai yang tidaksetuju kerana beliau kini lebih gemar untuk memakai taktik eropah dan tidak lagi menyambung tradisi Brazil iaitu pemainan samba. Lebih direct dan total football. Walaubagaimana pun, beliau masih dapat membuktikan bahawa aliran strategi beliau mampu membawa skuad Brazil ke WC 2010 dengan bergaya di mana Brazil menjuarai kumpulan pusingan kelayakan WC. Di bawah di senaraikan pemain-pemain Brazil yang dipanggil untuk meratah dan menggempur pasukan-pasukan yang sama mendahagakan piala yang amat berprestij itu:

Goalkeeper:
  1. Gomes - Tottenham Hotspur
  2. Doni - AS Roma
  3. Julio Ce'sar - Inter Milan
Defender:
  1. Daniel Alves - Barcelona
  2. Michel Bastos - Lyon
  3. Lucio - Inter Milan
  4. Gilberto - Cruzeiro
  5. Luisao - Benfica
  6. Thiago Silva - AC Milan
  7. Juan - AS Roma
  8. Maicon - Inter Milan
Midfielder:
  1. Gilberto Silva - N/A (Freelance kot)
  2. Julio Baptista - AS Roma
  3. Josue' - Vfl Wolfsburg
  4. Blumer Elano - Galatasaray
  5. Kaka' - Real Madrid
  6. Felipe Melo - Juventus
  7. Ramires - Benfica
  8. Kleberson - Flamengo
Forward:
  1. Robinho -  Santos FC
  2. Grafite - Vfl Wolfsburg
  3. Luis Fabiano - Sevilla FC
  4. Nilmar - Villareal
Nampak daripada senarai-senarai ni, jelas kelihatan yang Dunga kini lebih mempercayai wajah-wajah baru dalam skuad Brazil andai dibandingkan dengan pemain-pemain 'emas' Brazil seperti Ronaldinho dan Adriano yang tidak disenaraikan oleh beliau. Ramai yang beranggapan bahawa Brazil tidak kuat tanpa kelibat dua pemain ini. Namun, dari segi prestasi yang ditunjukkan oleh Ronaldinho dan Adriano, nampak seolah mereka telah kehilangan sentuhan ajaib mereka. Mungkin juga Dunga adalah seorang yang amat menitik beratkan disiplin. Itu lah sebabnya Dunga tak ambil mereka sebab selalu keluar di media mengatakan Ronaldinho ni kaki parti dan Adriano pula seorang yang makin naik berat badan dan selalu ponteng latihan bersama kelab. Walaubagaimana pun, all the best to Brazil squad. Show the new era of Brazil football!!



"adoiyai menyesal aku berparti siang malam... kalo la aku dapat putar masa balik.. isk isk isk..", merajuk Ronaldinho kepada dirinya sendiri.