Showing posts with label alah.australia je pun. Show all posts
Showing posts with label alah.australia je pun. Show all posts

Monday, June 14, 2010

Cikgu Din kebanggaan kita .

Ghua dengar cerita prediction dekat sokkabar , Tv dan Radio meletakkan Jerman menang 2-1 . Ingat Neuer macam Rob Hijau ke ?

Sebelum luols baca seterusnya , baik rujuk dekat half time team-talk yang ghua luahkan . Jumpa tak ? 
Khedira played a better football , so did Oezil and Schweni . And Cacau enter the game as a World Cup scorer . Marin juga berpeluang untuk bermain walaupun hanya 10 minit .

Separuh masa pertama macam biasa , negara-negara berperang ditambah dengan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu akan mengguna taktik membaca taktik lawan . Dan , ia seperti biasa , membosankan . Jerman didepan pada minit ke lapan hasil jaringan Podolski yang diluru bola cantik oleh Muller . Selepas itu Klose mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang sebelum beliau menjaringkan gol kesebelas Piala Dunianya hasil hantaran lintang jauh oleh Kapten Lahm . 2-0 .

Second half bermula panas bila Neill melutut Klose . Selepas itu beberapa siri keganasan menyaksikan Tim Cahill berjaya menjadi pemain pertama didalam edisi WC2010 mendapat STRAIGHT Red Card . Tahniah .

Jerman terus kedepan hasil jaringan Mueller , pemain berusia 20 tahun dengan penampilan pertama di World Cup . Sepakan sempurna oleh beliau , tiang dan gol . Tahniah .

Cacau masuk padang menggantikan Klose , dan Oezil yang bersyukur bukan beliau yang dikeluarkan telah mencucuk bola kepada Cacau dan hasilnya , GOAL ! . tahniah .

Mario Gomez masuk menggantikan Oezil dan perlawanan kembali seimbang 10 lawan 10 .

Marin masuk walaupun sudah terlambat . Masa tambahan 3 minit dan PRITT . 4-0 .

Pembukaan haritu , Afrika selatan lawan Mexico , Cikgu Din jadi fourth official kan ... Agak-agak dapat gelaran Datuk tak lepas ni ?