Entry pantas tanpa gambar....
lama seh tak jenguk blog ni.bukan ape, wa baru je dapat keje smalam..tapi suweii sikit, ade yg kene keje malam
tak dapat nak layan world cup.. demmm.
apa pun takziah kepada semua fan ESPANA.yer ia sesuatu yg mengejutkan. kekalahan yang tak disangka..aku
sebagai peminat espana sejak zaman gaizka mendieta merasa sangat malu dengan kekalahan ini..
posession football ptuiii... tewas jugak dengan gaya permainan stail kampung swiss.
ketepikan semua isu2 ini.. isu utama di sini ialah ARGIES...yeahh!! walaupon team ni sangat mengecewakan aku dari
segi team selection, tetapi prestasi nya sangat tidak mengecewakan.. dan di Soccer Stadium mereka membuktikannya.
Laporan yang pendek ini tidak ditaja..(pendek je cukup janji menang.tulis panjang2 pastu main posession football pon kalah, tak gune gak..)
ARGIES adalah pasukan pertama melayakkan diri ke pusingan knock out round atau round of 16. Argentina yang turun dengan formasi 4-4-2(diamond mid) satu formation yang lebih sesuai untuk team ni.. dengan Messi selaku AMF dan Cikun serta Maxi sebagai winger. gaya permainan Argentina kali ini kelihatan seperti gabungan posession football ala2 Spain dan short passing game ala2 arsengal...
gol pertama hadir melalui chu young yang tertampan bola ke gol sendiri akibat bola jabulani yang khabarnya akan meletakkan Jerman sebagai juara pada edisi kali ini. Gol kedua pula hadir melalui tandukan melantun Gonzalo Higuain. ironinya aku telah meletakkan beliau dalam senarai top flops terlebih dahulu kerana sangat kecewa dengan beliau yang tenggelam timbul. Gol ketiga dan keempat sekali lagi discore oleh Gonzalo Higuain. dan ini mengejutkan kerana Higuain yang aku sumpah dan laknat selama ni.. berjaya menghasilkan hatrik. -_____-
South Korea, menepati ramalan ramai apabila masih mengekalkan reputasi sebagai pasukan yg paling digeruni di ASIA. Bak kata commentator kat tv tu. "they were good in attacking but not defending". Berjaya diowned oleh Argentina, tetapi berjaya mencurik satu gol melalui LEE CY hasil kesilapan Martin Demichelis..
Argentina top flops: Jonas Gutierrez,Lionel Messi,
Argentina MOTM : Gonzalo Higuain
Final remarks:
-Bile daaa Messi nak score nih
-Aku masih tak suke ngan Gonzalo Higuain..ye aku ade sebab2 tersendiri.
-Next game, aku harapkan Tevez dan Higuain ditukar ngan gandingan Diego Milito dan Kun Aguero/Martin Palermo
-Sekiranya ada Right Back lain, sila turunkan..aku nak tengok Jonas Gutierrez bermain di posisi asal beliau di Newcastle( sebagai Right Wing iaitu tempat Maxi/Veron sekarang)
Showing posts with label how possesion football should be play. Show all posts
Showing posts with label how possesion football should be play. Show all posts
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
