Deutsher Fußball-Bund telah memutuskan bahawa Michael Ballack tidak akan bermain untuk Piala Dunia di Afrika Selatan . Pemeriksaan yang dilakukan di Munich menunjukkan Ballack menghadapi masalah kekoyakan ligamen di pergelangan kaki beliau .
Beliau masih berpeluang untuk bermain tetapi TIDAK dalam jangka masa untuk Piala Dunia . Ballack yang pasti akan memakai sarung kaki untuk 4 minggu dan selepas itu belum tentu beliau akan fit untuk bermain bola . Deutsher Fußball-Bund dijangka akan mengumumkan keputusan untuk mengenepikan Ballack untuk skuad Piala Dunia 2010 dalam masa terdekat .
Ballack mendapat kecederaan pada pergelangan kaki akibat kekasaran-tidak-patut yang dilakukan oleh Kevin-Prince Boateng of Ghana semasa aksi perlawanan akhir Piala FA England yang menyaksikan Chelsea menang ke atas Pompey , 1-0 .
Adik Boateng , Jérôme Boateng , pertahanan Hamburger Sport-Verein mempunyai peluang untuk bermain dalam skuad Jerman apabila nama beliau ada dalam provisional list untuk pasukan Jerman . Jika beliau bermain untuk Jerman semasa menentang Ghana didalam aksi kumpulan di Piala Dunia nanti , ia pasti akan menarik perhatian ramai kerana Keparat-Prince Boateng pasti bermain untuk Ghana . Mungkin kali itu , Boateng pula akan cedera dibengkes oleh adiknya .
Michael Ballack , dengan 98 penampilan bersama skuad Jerman dan 42 gol antarabangsa , Jerman telah kehilangan satu prospek yang akan membantu mereka memenangi Piala Dunia tahun ini . Buat peminat Jerman yang true , luols pasti rasa gundah tapi ghua percaya , luols masih mampu bersorak riang ! Jerman adalah skuad yang bermain dengan semangat berpasukan dan tak mengenal erti kalah , believe !
Deutschland wird immer in meinem Herzen bleiben !
ouch!! | the clash of two Germany-born Players (Ghana vs Gemany)


