Kufazriesyah = Kufazuke
Ronaldinho = Ronnie
Kufazuke: Weh ronnie, thanx tau dtg teman aku makan tghari ni.
Ronnie: Tada hal la beb. Wa pun baru sampai dari Milan ni. Penat seh naek kapal terbang. Bosan giler dalam tu. Nasib baek la kan pramugari sumer terbaik! haha...
Kufazuke: Ni pe cer ko tak dapat main World Cup kang ni?
Ronnie: Tu la pasal bro. Aku pun sebenarnya angin gak la kan si Pak Dunga tu tak panggil aku. Dia cakap kat aku, aku ni selalu gie party and dah lembab skang ni. Dia cakap gak, aku ni dah hilang sentuhan ajaib aku.
Kufazuke: Tapi mmg betul ke apa yang dikatakan oleh Pak Dunga ko tu? eh jap, mapley!! Kasi 3 Mocha ice blended dgn satu set fish n chips! Ko xnak mkn ke Ronnie? (Ronnie geleng2)
(Dari samar2.... "Siap!")
Ronnie: Hm.. Agaknya mmg btul la kot apa dia ckp tu. Siot la paparazi ni. Aku kalo bleh nak je senyap2 gie party, terkantoi lak. Langsung terlepas peluang main WC10.
Kufazuke: Standard la tu bro. Ko tgk je la kes Terry ngan A.Cole kat Chelsea tu. Dalam senyap diorg skandal ngan pompuan simpanan masing2, terbukak jugak akhirnya. Terus kacau sedikit sebanyak emosi n prestasi diorg. Ko plak lain kes, pergi kelab, parti pastu mabuk smpi pagi. Mane ko tak boroi skang dowh.
Ronnie: Haha.. tu la pasal. Hm.. Cakap pasal Chelsea, kalo ko nak tau, aku dulu diorg gembar gembur kan bakal masuk Chelsea zaman Jose' dulu tau.
Kufazuke: Aku tau tu. Sumer surat khabar ader kot papar berita ni hatta akhbar Nanyang Siang Pau sekalipun. Pasal ko tak join Chelsea?
Ronnie: Chelsea? Hm.. Tak masuk la ngan wa beb. Ko tgk je la cara diorg main ngan style aku main. Lain beb. Chelsea amalkan direct football. Ye la kan, team2 eropah or british. Wa plak lain bro. Wa samba punya org. Stok org2 suka menari dengan bola. Kalo wa masuk Chelsea sekalipun, wa tak rasa wa akan makin hebat. Makin teruk ada la. Haha!
Kufazuke: Hm.. betul gak pe ko ckp tu. Tgk je la adik ko sorang tu. Degil. Tamak harta. Skang pe dah jadik? Terus lepak kt Brazil balik.
Ronnie: Sape dia tu?
Kufazuke: Isk, adik sendiri pun tak kenal. Robinho la.
Ronnie: Haha.. tak ye... Wa da ckp kt dia aritu, jgn masuk Man City, tapi dia degil. Kan skang tgk. Dah macam tak bertenaga aku tgk dia tu.
Kufazuke: Eh eh eh ko ni, kutuk dia plak. Sekurang2nya dia masuk skuad Brazil. Ko? (Ronnie tertunduk malu)
(Mapley datang bagi makanan yang dipesan)
Kufazuke: Weh Ronnie, aku makan dulu. Lapa dowh.
Ronnie: Ha, sila-sila... Ko Islam kan? Baca doa dulu. (Kufazuke plak kali ni tertunduk malu)
Kufazuke: Pada pendapat ko la kan, sape akan menang WC10 nanti?
Ronnie: Secara jujurnya, pada pendapat aku, BRAZIL akan menang gak. Tapi maybe setelah berhempas pulas.
Kufazuke: Apsal plak? Naper bukan team lain?
Ronnie: Ko tgk je la. Brazil dah menang lima kali kot sblom ni. Ader ke team lain yang menang sebyk tu beb? Dah mmg jdik darah daging kami utk menang World Cup ni. Nak-nak plak, main kat Afrika Selatan. Dah sah2 panas macam neraka kat sana. Team aku ok je kot main cuaca cmtu. Team lain? Silap2 diorg pengsan plak kt tgh2 padang tu nanti. Hahaha... Biasa la omputih. Tapi kalo Brazil menang pun seperti aku ckp, kena berhempas pulas gak la. Sbb team2 lain pun power2 belaka n Brazil xsamba dah dan hilang satu faktor lain.
Kufazuke: Apa faktor yang Brazil hilang tu?
Ronnie: Aku la sape lagi? Hahahaha!!
Kufazuke: Ceh! Siot je.. Hm.. Aku tgk ko makin power kat Milan. Kire dah dpt sentuhan ajaib tu balik ke? Dan yang ko pandang French Fries aku dari tadi ni kenapa?
Ronnie: Oppss.. sorry. Lapa plak tgk ko makan dowh. Hm.. haha, aku actually takde la dpt blik sentuhan ajaib tu balik. Tapi sebab main kat liga Italy ni agak senang kot. Dah sumer org lembab n tua2 belaka. Mmg kene 'olley' ngan aku la... haha!
Kufazuke: Haha! Bagus2... nah amik, habiskan je la french fries aku.
Ronnie: Thanx bro! Sedap plak makanan mapley kt sini kan?
Kufazuke: Tau takpe. Tapi ada yang lebih best tau.
Ronnie: Ape dia?
Kufazuke: Yang best nyer, disebabkan ko makan french fries aku, meh duit sket. Tong2 la weh... aku gaji tak masuk lagi.
Ronnie: Siot la ko! Takpe2.. nah... (Kufazuke lompat2 kegembiraan)
Kufazuke: Ko pasni nk gerak mana weh?
Ronnie: Aku pasni nak gie Masjid India jap. Nak carik kain pelikat ngan minyak attar.
Kufazuke: Orait2.. sehingga bertemu lagi bro.
Ronnie: Orait! Chow weh...
(Setelah dua2nyer bersalaman, mereka pun berlalu membawa haluan masing2)