Tuesday, May 25, 2010

Brader D

27 / 3 /2010
Brader D dah tak tegur ghua masa tu . Beliau tahu kalau nak ade rasa-rasa nak makan siku cuba lah try tegur . Biarpun beliau tukang punya tivi , tukang punya kedai , bila nak blah nanti ghua kene ngadap beliau jugak nak bayar duit perkhidmatan , tapi beliau sedar kondisi ghua masa tu .
Dah agak reda sikit , bila ghua dah stat ada borak-borak baru beliau tegur . " mu minak jermey ko jack ? " . Orang tua ni spesel sikit bab borak bola sepak . Beliau boleh ulas lagi baik dari Haji Hasbullah , HH . HH kalau ulas bolasepak ikut keadaan semasa sahaja . Tapi beliau ni , boleh siap predict pergerakan pemain dalam padang lagi , spesel .

Ghua iakan pertanyaan beliau . Bagus , jelasnya jarang orang yang minat EPL suka team seperti Jerman , Perancis , Itali , Slovakia , mahupun negara-negara Afrika . Mereka yang tengok bola sepak Inggeris lebih kepada pasukan Inggeris , Sepanyol , Belanda , dan tak lupa juga , Brazil . 

Ini adalah kerana 1 : kualiti pengiklanan mereka atau 2 : Gaya permainan mereka . Ghua tak berapa paham tapi ghua terus dengar ja , orang tua bercakap tak baik menyampuk . " Abe minak brazil , kalu brazil tokleh gi taun ni , abe pilih engley sebak kito memey tengok EPL . " tambah beliau lagi .

Peminat bola sepak ni boleh dikategorikan sama seperti keadaan pasukan negara masing-masing . Kalau peminat Inggeris , dikategorikan mereka yang suka cakap pasal bola . Kalau pasal bola dia lah nombor satu , segalanya dalam kepala kecuali hal-hal taktikal .

Peminat Brazil pula katanya , memang superb dalam membaca taktik . Kalau pasukan lawan yang kurang terkenal seperti Malaysia , mereka akan bermain bertahan dahulu dan bila dah mula dapat baca taktik dan detect kelemahan .. masa tu , lebih baik Zaquan Adha jadi penjual cendol saja . Sebab tu kot beliau ni spesel sikit bab bola , beliau peminat Brazil . 

Jadi lepas tu beliau terangkan kenapa beliau tahu ghua peminat Jerman . Sebab beliau dapat lihat reaksi ghua yang masih yakin boleh menang walaupun pasukan ghua malam tu main 10 orang dan yang l0  tu macam cibai . Tapi semangat ghua tak mengaku kalah ghua menyebabkan beliau boleh agak ghua peminat Jerman . Sepertimana pasukan Jerman , tak kisah lah kapten versatil tak boleh main , keeper utama tak boleh main , hubungan coach dengan pemain tak berapa bagus , tapi lawan tetap lawan . Spesel Brader D ni .

Brazil memang hebat , tak dinafikan . Brazil cari makan pun dari sumber bola . Pernah luols dengar , mari melawat Brazil ? Ataupun pelabur-pelabur ke Brazil ? Import minyak sawit Brazil ? MLM dari syarikat Brazil ?
Luols tahu tentang akademi bola yang dibuka oleh Ronaldinho ? Luols rasa sebab apa semua tu hanya berlaku di Brazil ? Takkan ghua nak terangkan lagi .... 

Tetapi , harus diingat , kejayaan Brazil di WC selalunya disebabkan pemain tak ternama mereka tapi kali ni barisan pemain mereka adalah pemain yang hebat-hebat belaka . Hilangnya tradisi Samba selari dengan hilangnya tradisi barisan pemain .. 

Dan seperti biasa , pasukan Jerman akan turun dengan semangat Hitler yang tak mengaku kalah , minda Einstein yang mencuba yang luar biasa dan semangat Schmeichel yang terus mengejar kejayaan walau ditinggalkan . Because We Are Wehrmacht and making Deutschland proud is our life task .
Dan seperti biasa juga , slot final akan diisi skuad Jerman . Menang atau kalah final , tu belakang kira . 

Malam tu , ghua pulang dengan sedikit tambahan ilmu bolasepak . Spesel Brader D ni .

1 comment: