Thursday, May 20, 2010

New Era of Brazil



Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan Dunga sebagai jurulatih skuad WC Brazil banyak diberi tentangan hebat daripada pelbagai peminat dan juga pengkritik. Semasa awal, beliau melakukan tugas dengan amat baik dengan menyerap ramai pemain muda yang berbakat dan menyusun strategi baru yang beliau sendiri ilhamkan. Tetapi, ramai yang tidaksetuju kerana beliau kini lebih gemar untuk memakai taktik eropah dan tidak lagi menyambung tradisi Brazil iaitu pemainan samba. Lebih direct dan total football. Walaubagaimana pun, beliau masih dapat membuktikan bahawa aliran strategi beliau mampu membawa skuad Brazil ke WC 2010 dengan bergaya di mana Brazil menjuarai kumpulan pusingan kelayakan WC. Di bawah di senaraikan pemain-pemain Brazil yang dipanggil untuk meratah dan menggempur pasukan-pasukan yang sama mendahagakan piala yang amat berprestij itu:

Goalkeeper:
  1. Gomes - Tottenham Hotspur
  2. Doni - AS Roma
  3. Julio Ce'sar - Inter Milan
Defender:
  1. Daniel Alves - Barcelona
  2. Michel Bastos - Lyon
  3. Lucio - Inter Milan
  4. Gilberto - Cruzeiro
  5. Luisao - Benfica
  6. Thiago Silva - AC Milan
  7. Juan - AS Roma
  8. Maicon - Inter Milan
Midfielder:
  1. Gilberto Silva - N/A (Freelance kot)
  2. Julio Baptista - AS Roma
  3. Josue' - Vfl Wolfsburg
  4. Blumer Elano - Galatasaray
  5. Kaka' - Real Madrid
  6. Felipe Melo - Juventus
  7. Ramires - Benfica
  8. Kleberson - Flamengo
Forward:
  1. Robinho -  Santos FC
  2. Grafite - Vfl Wolfsburg
  3. Luis Fabiano - Sevilla FC
  4. Nilmar - Villareal
Nampak daripada senarai-senarai ni, jelas kelihatan yang Dunga kini lebih mempercayai wajah-wajah baru dalam skuad Brazil andai dibandingkan dengan pemain-pemain 'emas' Brazil seperti Ronaldinho dan Adriano yang tidak disenaraikan oleh beliau. Ramai yang beranggapan bahawa Brazil tidak kuat tanpa kelibat dua pemain ini. Namun, dari segi prestasi yang ditunjukkan oleh Ronaldinho dan Adriano, nampak seolah mereka telah kehilangan sentuhan ajaib mereka. Mungkin juga Dunga adalah seorang yang amat menitik beratkan disiplin. Itu lah sebabnya Dunga tak ambil mereka sebab selalu keluar di media mengatakan Ronaldinho ni kaki parti dan Adriano pula seorang yang makin naik berat badan dan selalu ponteng latihan bersama kelab. Walaubagaimana pun, all the best to Brazil squad. Show the new era of Brazil football!!



"adoiyai menyesal aku berparti siang malam... kalo la aku dapat putar masa balik.. isk isk isk..", merajuk Ronaldinho kepada dirinya sendiri.

8 comments:

  1. brazil sejak bawah dunga ni memang agak meletop walaupon corak permainan dah x samba sangat. Tapi player2 yg die pilih memang agak meletop walaupon x brape femes sangat macam ramires. Penah gak aku tengok amamt ni main dan memang die pilihan terbaik. Goalkeeper julio cesar memang first class, lg bagus dari dida atau gomes...

    ReplyDelete
  2. bagi nizam,lepas dunga amik alih,brazil punya game boring ar,tak caye,tgk je wc nanti...4 tahun lepaspun xlepas quarter final,eish ape nak jadi dgn wc kali ini team sambal belacan nih...

    ReplyDelete
  3. aik kufaz ? nape pato xde dalam list tuh ?

    ReplyDelete
  4. brazil tak best,spain jugak yang cun

    ReplyDelete
  5. kampungchelsea - Pato xde dlm senarai? eh eh.. tak ye gak... hm.. senarai pemain ni aku amek kt soccernet kot... mne plak dia ek.. kne investigate gak ni... maybe dunga punya game boring.. ini adalah sebab korang compare brazil skang dgn brazil yg dulu.. power tetap power... cume wc lepas, diorg tak bernaseb baik jumpe france.. siot tul.. dah berapa abad dah jmpe france mmg payah gler asyik kalah jer... takpe2 kiter tgk wc nanti.. :)

    ReplyDelete
  6. Aku setuju dengan corak permainan Dunga sekarang. Tak payah lah mau main-main samba2. Mau menari2 dengan bola. Buang masa jak.
    Seperti yang diulas oleh jurulatih England, Fabio Capello:-
    Jaringan gol adalah lebih penting berbanding corak permainan yang cantik. Apa guna bermain dengan cantik kalau kalah tersingkir..

    Tengok la pasukan Itali, bermain corak bertahan yang menjengkelkan, tapi mampu juara Piala Dunia 2006. Kejayaan yang pasti dikenang selama-lamanya.

    ReplyDelete
  7. Pato mmg takde dlm senarai Brazil...sbb dia main tak bagus season nih...
    Dunga ckp laa...aku tak tau plak sbb aku tak penah tgk pun Patok nih main..
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. felipe mello is rubbish, die dah tak sharp macam awal2 season, Nilmar pon tak brapa sangat.. strike force brazil nampak tumpul benor ler.harapkan midfield je la untuk buat something. Ronaldinho patut kene ade dalam team ni untuk inject more penetration kat opponent defence....surprisingly bagi aku,keeper bawak ke defender bawak ke midfield.tu je yg menarik bagi aku.striker mmg boring.... lets just see what dunga can do

    ReplyDelete