Wednesday, July 14, 2010

Kampung Bola Sedunia (KBS)

(Sila klik pada gambar ini untuk ke website KBS)

Tuesday, July 13, 2010

Memorial of a World Cup....

ketika piala dunia baru berlangsung di tempat singa makan orang... ramai yang menjangkakan World Cup kali ni menjadi sangat2 interesting.. semua orang menanti ape yg menarik mengenai edisi kali ni.. permulaan world cup agak hambar dan agak negatif bila orang ramai komplen mengenai vuvuzela dan kekurangan gol.tapi lama kelamaan, semua tu tenggelam dek aksi kehebatan pasukan-pasukan yang beraksi..

disini bagi mengingati semula WC2010 yang berakhir secara rasmi semalam.. aku senaraikan keyword2 dan point2 sepanjang WC.



1. Lagu-lagu bertemakan AFRIKA..

-lagu tema taun ni agak lambat dikeluarkan sampai aku pon tercarik2 yg mane lagu tema yg sebenar dan akhirnya ter-reveal lah lagu Waka Waka oleh SHAKIRA yg sekali lag
i dipilih menjadi penyanyi untuk world cup..lagu dia yg dulu Hips Dont Lie agak fail dan kali ni Waka Waka walaupon masih mengikut tema..still suxx. pilihan aku adalah dari Knaan-Wavin Your Flag(versi Coca Cola),antara lagu lain ialah Akon-Oh Africa
kenangan manis taun ni melihat Shakira in HD..fuhh!!!

2. Vuvuzela

-alat muzik paling tak best dalam sejarah( not insulting) tapi penggunaan yang terabur time world cup kali ni membunuh sorakan penyokong...walaupon time game Brazil ada yang cube buat irama sikit2.tapi nyata tune die tetap satu..."poooonnnnnnnnn"
vuvuzela dan sejarahnye yang ngeri


3. Maradona dan Messi

-kalau nak di'rounded up' diorang ni..hanya one word sahaja yang layak... "Overrated". Lionel Messi tepat seperti dijangka seblom ni, beliau adalah harapan rakyat Argentina dan nyata beban tu terlalu berat untuk si kecik messi... he flop the whole tournament no matter how you want to put it.. yer die maybe satu-satunye pemain yang 'main' untuk argies.tapi ni world cup beb...maradona plak memang hampeh..tapi die tetap hero argentina(katenyer....) beliau seorang religious dan bukan tactician genius.lol. totally overrated and totally flop

blah la korang...

4. Larissa Riquelme

- she came out of nowhere dan dengan beberapa keping gamba kontroversi. Minah ni menempa populariti mendadak tanpa perlu masuk AF atau Mentor. memula die berjanji nak joging bugel kalau paraguay menang WC.tapi disebabkan gian ya amat, Spain menang pon jadi laa..nak gak lari bugel...
Larissa Riquelme bogel?? naaahhh...Sara Carbonero bugel?? yeahh!!! but too bad she's not gonna do it.. beauty with brains

5. Octopus Paul

- seekor sotong yang berusaha mengajak manusia menjadi khurafat. Akhirnya semua ramalan sotong ni menjadi tepat 100%. so.... more alasan untuk khurafat? dunia makin nak tamat.ish ish ish....
errr..gamba ni takde kene mengena ngan aku...

6. Forlan Factor

-pemenang Golden Ball. pemilihan beliau nampak agak mengejut kerana Xavi dan Wesley Sneijder adalah antara nama yang akan menang award sebagai best player of WC. tapi pemilihan ni tepat sbb Forlan mmg layak untuk award ni.. seorang penyerang yang hebat, memiliki skill dead-ball specialist yang jarang striker ade. dan sangat influential through out this tournament. aku teringat member aku yg minat gile forlan nih.. aku
harus berbangga ngan dia sebab tak sangka mamat yang die minat tu menjadi sangat influential...

Diego Forlan...the best number 10 of this WC...

7. And there was the giants..

terlalu banyak kalau nak diperkatakan mengenai gergasi bola sepak dunia dlm tournament kali ni. sebahagiannya menjadi flop dan terus tersembam di pusingan awal.antaranya ialah France, Italy, dan Cameroon. mereka gagal segagal-gagalnya. England, Brazil dan Argentina pulak menjadi gergasi yang tumbang di round of 16 dan suku akhir, sementara Germany iaitu gergasi yang menewaskan gergasi-gergasi lain dengan empat gol pula akhirnya tumbang dek penangan Espana.
untuk England yang menjadi team atas katil taun nih.segalanya serba tak kena.
Golden Generation telah gagal lagi seperti gagalnya mereka ke Euro 2008. nyata golden generation
ini bukanlah golden generation. itu cume retorik semata..



8. Stars top flop.


pemain bertaraf bintang hampir kesemuanya flop. Dalam kita celebrate kelahiran bintang2 baru World Cup. bintang-bintang yang sepatutnya menjadi bintang semuanya pulang dengan bintang2 penuh kat kepala. bukti kukuh boleh dilihat dalam iklan Nike yang nyata semuanya(ya aku maksudkan semuaaa) dalam iklan tu flop.

Sampaikan Roger Federer pon terkene tempiasnya tewas sebelum ke separuh akhir di Wimbledon. kalau taktau sape calon-calon iklan nike tu,meh aku senaraikan..Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Didier Drogba dan Franck Ribery.. sebagai tambahan bintang2 yang turut flop ialah
Steven Pienaar, Harry Kewell, Fabio Cannavaro, Diego Milito(jarang bermain), Kaka dan Fernando Torres.

Wayne Rooney boleh lah dianggap pemain paling FAIL WC kali ni

9.Kontroversi pengadil

-Pengadil jugak tak ketinggalan mendapat nama dalam tournament kali ni.segalanya bermula pada perlawanan England Vs Germany.. Lampard telah di'denied' clear goal dan keputusan pengadil telah menyebabkan mental ingurland koyak sehingga net mereka koyak dikerjakan jerman sebanyak 4 kali..selepas itu perlawanan Mexico VS Argentina jugak menjadi kontroversi bile Tevez yang dilihat ofsaid telah dibenarkan golnya sekaligus mengubah permainan.
antara perkara lain yang akan diingati ialah kes abang sub kita yang ditipu idup2 oleh FIFA.katenye nak bagi semua ref jaga game.penyudahnya abang sub mencatat rekod sebagai pengadil paling banyak sertai game dlm WC taun ni dan semuanya jadi tukang angkat sub board..kontroversi berterusan di final bile Howard Webb melayangkan 13 kad kuning dan 1 kad merah dalam perlawanan kali ni..
well ade orang kata pengadil adalah antara sebab utama kenapa kita suka bola sepak..takde ref,sape lagi kita nak panggil kayu,berat seblah,buta dan sebagainya...ish ish ish...


patut laaa tak gol....

the new Hand Of God......

10. Its all about SPAIN.
-Yang ni aku malas nak ulas banyak2. semua orang da tau SPAIN menang,spain menang.. malah mereka adalah juara yang dicanang sejak awal.ade sedikit kekecewaan bagi aku sebab kemenangan ni tak mengejutkan dan paling aku kecewa corak permainan diorang yang terlalu sama dengan Barcelona. seriously, I dont need all this.
cukuplah sejak 4 tahun lepas aku disajikan corak total football dan short pass dalam permainan Barcelona dan aku tak nak tengok lagi dalam World Cup.tapi tu lah yg disajikan akhirnya..in fact masa Spain menang Euro 2008 pon gaya diorang tak macam ni.. cume kekecewaan aku sedikit terubat bile player pilihan aku Jesus Navas dapat main kat final dan kemasukan dia mengubah corak permainan spain menjadi lebih laju... tahniah untuk Spain.la furia roja..

first time haku terminat ngan San Iker punye personaliti..ni semua Sara Carbonero punye pasal

Monday, July 12, 2010

Cetusan Akhir Kem Oranje


ORANJE - 2ND PLACE WORLD CUP 2010



Sedar tak sedar, kem oranje terpaksa menerima hakikat kekalahan ini dengan terbuka....kekalahan di minit 116 setelah perlawanan berlanjutan ke masa tambahan...kekalahan pertama sejak kempen awal kelayakan piala dunia.....sekalung tahniah khas buat penyokong Spain terutamanya Yui dan pasangannya Nirewolf.....anda berhak meraikan kemenangan ini...kepada penggemar CD blue, anda juga berhak melayan badan Larissa Riquelme...tiada apa yang diratapi buat kami, kejayaan skuad Oranje sehingga ke tahap ini sudah memadai untuk menutup mulut pengkritik dan pemerhati bola sepak...kini, pasukan Holland ini bukan lagi sebuah pasukan yang boleh dipandang sebelah mata...


****

Tewas bermakna Belanda masih belum mendakap piala yang berprestij ini walaupun ini merupakan kali ketiga di final, tewas juga menyebabkan inbox handphone ku dipenuhi dengan ucapan takziah.....tapi malangnya satu habuk pun aku tak reply...jadi, elok rasenya ghua merumuskan perlawanan final semalam di sini...hanya dua ...



1. Howard Webb


Maaf sekiranya mamat ini antara refree yang kurang disukai oleh aku sendiri...sebaris dengan Martin Hansson, pengadil yang sukakan kontroversi...entah mengapa kadang-kadang perasaan aku terusik dengan keputusannya...13 kad kuning dan 1 kad merah..9 daripadanya berpihak kepada kem Oranje termasuk 1 kad merah yang dihadiahkan untuk John Heitinga...
yang paling penting, setiap kali Arsenal main kalau mamat ni jadi referee, aku dapat rasakan yang Arsenal akan kalah.....the most damn referee in the world...




2. Iniesta dan Robben itu klon

Ya, mereka klon...Iniesta itu juga Robben...dahinya yang seakan sama juga membuktikan DNA mereka serupa...itu persamaan fizikal..persamaan dalaman pula, klon ini mengada-ngada...good actor...sperma mereka juga seakan-akan sama....kebiasaanya mereka berdua akan menggelupur macam sial setiap kali diterjah... cuma perbezaan kali ini, Iniesta berjaya menjaringkan gol, tapi tidak bagi Robben...






LEGENDA SEPANJANG ZAMAN - ANDRES INIESTA & ARJEN ROBBEN



Akhir kata, sedey doe...kamu semua di KPD memang fabulous, baik writers mahupun pelawat setia blog ini...ini merupakan entry terakhir dari kem Oranje - BujanG bahaGia...

adios amigos~




p/s: R.K, KC, Yui, PP, MFF, Kufa, Nirewolf, JE & Sukarno..baru sebulan tapi serasa ada titik pusaran ikatan antara kita semua....

Final Entry From Kufazriesyah: The Final Picture of Speculations...

hye...
this going to be the last entry from me.. WC pun da abes kan.. so, tahniah ESpanayuinirelwolf... Spain main bagus n deserve to win.. syabas...sian horen fans.. a.k.a bujang... azam tu ader.. usaha tu ader.. takdir tu xde.. hahaha.. cuber lgik yer?

Aku duk tgk2 la korang post entry picture of speculation.. takde aper yg pelik... berbanding dgn aper yg aku ader.. hehee... tapi still yg aku favourite, si gadis bogel tak jadik tu.. hehe.. tu mmg mantop...
so, try this one lak utk picture of speculation...



hehehe.. agaknya perlawanan pertandingan aper la agaknyer ni kan... hehehe...

n finally...



hehehe.. pelik kan? haa.. jgn terpedaya dgn first impression korang... huhu~


WC da abes, tahniah spain... sedih Brazil... jumpa lagi 4 thn akan dtg... (time tu insyaallah aku dah kawen) hahaha~

Sunday, July 11, 2010

Battlefield 2010 - La Roja or de Oranje !!




01 - Sebanyak 204+1 (tuan rumah) negara yg telah register utk main di World Cup 2010 - Africa Selatan.

02 - Bermula pada 25 ogos 2007 dgn kelayakan peringkat kumpulan negara negara kepulauan Saloman - 2007 South Pacific Games Football hinggalah 18 november 2009 - playoff New Zealand vs Bahrain sebanyak, 2337 gol dari 848 matches telah berlangsung

03 - dari angka itu hanya 32 negara yang membawa 736 cowok cowok ganteng di berikan tiket itu naik feri , kapal terbang , keretapi or naik bas ke South Africa. bravo !!!

04 - 63 perlawanan telah berlangsung sepanjang sebulan 11 june - 10 julai .
Berbagai suka dan duka, rumors, cerita ceritu ceriti disajikan - twitter, Larissa riquelme, Paul Octopus, Bobbi Eden, Sara Carbone, Robert Green , Patrick Evra, Maradonna menjadi drama dan program realiti yg akan jadi sejarah bolasepak dunia.
This is Festival , football festival - Great festival on the earth every 4 years.



kini countdown ke last game perlawanan ke 64 .

Spain or Holland



Octopus pilih Spain , Burung Mani pilih Holland , Kabinet Malaysia Majoriti pilih Spain, Kawan kawan aku pilih Spain , aku pun pilih Spain .
What ever happen kedua dua team telah mencipta sejarah tersendiri.

Holland ..







or Spain ..







Choose you faveret bumper .! :))

Penutup tirai dengan Real Football Game

Ghua sekali lagi tersalah predict bahawa Jerman akan menang besar , tapi 3-2 is quite good , isnt it ? 
Pasukan Jerman untuk edisi kali ini telah bertambah matang . 2 kekalahan sebelum ini dengan keputusan 1-0 bagi kedua-dua lawan ( Serbia dan Sepanyol ) jelas menampakkan skuad kali ini kurang dapat bermain di bawah tekanan terutama ketika ketinggalan . Manakala rekod 4-0 ( Australia) 1-0 ( Ghana ) 4-1 ( England ) dan 4-0 ( Argentina ) disebabkan skuad ini berjaya mencari gol pendahuluan .

Perlawanan semalam Jerman sekali lagi didepan hasil jaringan Mueller setelah penjaga gawang sensasi , Muslera memuntahkan bola percubaan Scheweni . Namun Uruguay kembali menyamakan kedudukan hasil counter attack dan finishing yang baik dari Cavani sebelum Diego Forlan menjaringkan gol kelima beliau untuk Piala Dunia 2010 . 

Jerman ketinggalan . Namun hasil hantaran jauh dari Boateng berjaya singgah dikepala Jansen sebelum menerjah gawang . Gol penentuan pula dijaringkan Sami Khedira yang menggantikan Ballack untuk piala dunia kali ini setelah kecelaruan berlaku di dalam kotak penalti Uruguay . Forlan hampir berjaya menjaringkan gol peribadi keenam dan menyamakan kedudukan namun percubaan beliau terkena palang . Tamat , 3-2 .

Perlawanan ini ghua klasifikasi sebagai Perlawanan Bola Sepak Sebenar . Pergerakan menyerang yang baik dari kedua-dua pihak , pergerakan bertahan yang konsisten juga buat kedua-dua pasukan . Selain itu , Uruguay dan Jerman menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi , tiada kekasaran yang bahaya dan motivasi yang tinggi . Berlaku sedikit kesilapan antara kedua-dua pasukan serta pengadil dan penjaga garisan . Kedua-dua pasukan ada yang baran dan asik tak puas hati . Sempurna .
Dan yang paling penting , tiada sebarang lakonan di atas padang .


MOTM : Mueller
Flop : Jansen
Top Flop : Cacau

Lepas ni ghua akan rumuskan aksi Jerman untuk edisi kali ini dan it will be the last post about Jerman .

Balls and babe can never get along.....

sempena final awal pagi esok..marilah rehatkan minda dengan melihat VC nih...sambil2 cuci mata. dan mungkin juga pemberi sokongan kepada YUI untuk blaja main bola pakai heels..hehehe....

layaannnn

Saturday, July 10, 2010

Paul last World Cup , So Long Mr Octopus

The cute Paul will retire from football after this World Cup . The two years and a half old Octopus is reaching his top lifetime . Octopus are known can live for only 3 years . Paul however never having sex even once . Its good to see Paul mate before he die . And for the football 'people' , Paul will be long remembered and become a legend of its own league . So long Pauly .

His two last predictions picks Germany and Spain to win their game respectively . Uruguay and Oranje will lose , says Paul .
Die Mannschaft were hit by flu and fitness . But in the bright sight , wonder-kid with legendary ' Gerd Mueller ' name's and jersey number's on his back , Thomas Mueller are available for the third place match late today . 
They are still in disappointment after lose to Spain but as a Die Mannschaft , they never quit . And that what makes Germans , Germans !



Preduction ghua for this match :
Klose will score goals and Germany will win with a huge margin . Not because they are facing Uruguay BUT because they are simply Die Mansschaft .

Adidas - Golden Ball World Cup 2010



Secara Tradisinya adidas selaku official bola utk W cup dgn kerjasama unit teknikal FiFa akan memilih pemain terbaik sepanjang kejohanan. "terbaik" disini dilihat dari semua aspek. tidak semestinya penjaring terbanyak, pelakon terbaik, rambut "still standing", jambu, tamak bawa bola atau ada wags cantik dan seksi tapi secara amnya pemain yg meninggalkan impak dan Kesan khas kepada team .

1982 : Paolo Rossi (Italy), 1986 Diego Maradona (Argentina),
1990 Salvatore Schillaci (Italy) 1994: Romario (Brazil),
1998 Ronaldo (Brazil) 2002 Oliver Kahn (Germany)
dan 2006 Zinedine Zidane (France) adalah Pemenang yg telah bawa pulang bolaemas ini.

Gerrard houlier , Karembeu dan kawan kawanya telah memilih 10 nama tanpa bantuan si Paul yg glamer.



Diego Forlan (Uruguay)
Architect of the team’s attack, very influential, great impact for his team, provider of quality final passes, goal scorer, set pieces/shots from long range



Asamoah Gyan (Ghana)
Huge work rate, efficient, good dribbler, creates problems to each defence, good goal scorer

Andres Iniesta (Spain)
Very fine ball-playing attacking midfielder, a star for the team, impressive dribbling ability

Lionel Messi (Argentina)
Outstanding in his pace and creativity for his team, dribbling, shooting, passing – spectacular and efficient

(image via globo.com )

Mesut Oezil (Germany)
A real talent for the present and the future, quick feet and great vision, good final and decisive passes

Arjen Robben (Netherlands)
Very good pace and dribbling skills, wonderful ability to cut inside from the right, good acting and cheating, best actor and very impress with dive .

Bastian Schweinsteiger (Germany)
Impressive by his first pass (forward and accurate), very good passer, has moments of individual brilliance, ball-winner

Wesley Sneijder (Netherlands)
A maestro in midfield, exceptional work rate, the engine of Netherland’s attacks, excellent passer and scorer

David Villa (Spain)
Top scorer; quick, two footed, very good on one-on-one situations, provides good final passes, excellent finisher

Xavi (Spain)
The metronome and the engine of the Spanish team, very influential in the passing style of the game, one of the finest midfielders in the tournament

Pilihan aku - D.I.E.G.O.F.O.R.L.A.N.

Sementara itu bagi shortlist for the Hyundai Best Young Player Award
ada 3 org kanak kanak riang ribena Muller (Ger) , Giovani Dos Santos (MEX) and Andre Ayew (GHA)

Pilihan aku - Thomas Muller - German

saper pula anda pilih ??

Friday, July 9, 2010

The final bet- Paul si sotong pilih SEPANYOL

aku malas nak cite panjang..... korang layan je laa.hahaha

Picture With thousand Speculation 7



Auto boot .. Transform gejek gejek gejek [bunyi mesin ]
Robben bertukar jadi bulat.
Gambar nie di ambil masa Lwn Brazil .
dan gambar nie telah menjadikan Robben pofular mcm Larissa










saper yg kreatif guna photoshop boleh juga jointventure kat twitter #arjenrobbeninternetstar
More Gallery

Antara Espana atau Oranje....

Dipagi jumaat selepas melakukan amalan sunat seperti potong kuku, cukur misai...hati aku tergerak untuk mendapatkan pandangan kamu semua pasal perlawanan akhir antara pasukan Belanda dengan Sepanyol....


bakal diadili oleh howard webb

Disebalik kegembiraan makcik Yui dan kesedihan pakcik R.K, kebenaran perlu dicari....Melalui suara-suara pembaca, pemerhati, pengkritik dan penulis blog kpd ini sendiri, gambaran siapa yang bakal menjadi Juara Piala Dunia edisi Kulit Hitam bakal diketahui.............


ESPANA atau ORANJE ???

Thursday, July 8, 2010

of si Sutun dan kejatuhan Nazi dan Berlin Wall sama seperti Die Nationalmannschaft ...

------------------------------------------------------

Review 1

akhirnyaaaa jerman tewas. seperti yang aku post di FB beberapa jam lalu......



"sekebal mane pon tembok berlin.kalau hari-hari kene cungkil ngan spanar pon,runtuh gak. morelnya... spain monang lah malam nih"


dan nyatanya Die Nationalmannschaft telah gugur akhirnya... gugur seperti pejuang-pejuang NAZI jerman.... dan roboh seperti tembok Berlin pada taun 1988 yang ketika itu keruntuhannya diiringi lagu Wind Of Change- Scorpions




sama macam Argentina, England, Italy dan France.. jersi anda juga sah boleh diperlakukan sebegini. Dan sangat afdhal sekiranya jersi tu beli kat butik adidas dan al-ikhsan...


--------------------------------------------------------


Review 2


Perihal Paul si sutung....


ku sangkakan diorang nak buat goreng tepung, rupanya buat masak asam pedas kering je


Paul the predictor telah spot on sekali lagi dalam bab tikam tikam nombor..aku saspek die ni makhluk busut yang telah disumpah menjadi sotong kurita oleh Sang Kelembai beberapa ribu taun dulu..

Prediction Paul menjadi tepat sekali lagi apabila Paul yang juga teruja nak tengok Larissa Riquelme lari bogel telah menuruti nafsu sotongnya untuk memilih Spain..


Apakah nasib Paul selepas ini? adakah Paul masih hidup sebab SMS yang aku dapat daripada Shermine Shahrivar iaitu responden aku di Berlin telah memberitahu bahawa khabar angin menyatakan Paul telah dibuat masak asam pedas kering.. untuk sapa taktau asam pedas kering ni apa. kene try pegi restoran cina makan.. best wooo, on par with asam pedas gelegak Melaka.


---------------------------------------------------------------------


Review 3

and there was the game...

it may looks interesting but seriously bagi seseorang yg mmg tengah mengantuk, game pagi tadi relatively boring dengan bola banyak berlegar-legar di depan penalty box kedua-dua pasukan.

Germany

bermain dengan baik dan hampir sama seperti game2 sebelumnya cuma dengan thomas muller menjadi missing link, jelas dan nyata Piotr Trachowski gagal menggantikan tempat muller dengan baik malah dengan beliau digantikan Tony Kroos pon tetap gagal memprovide bola seperti muller.. kalau Hitzlsperger mungkin boleh tu kot? ramai comment bahawasanya Spain main parking bas tapi actually it was the germans that parked the bus..

dengan defender malah almost sume player diorang relatively tinggi berjaya mengekang semua high ball cross dari player spain except for the decisive cross dari corner yang menyebabkan Puyol header dengan cantik kedalam net...

Spain

Its Barcelona really.. seriously aku tak prasan sangat menda ni seblom-seblom match ni.tapi match pagi tadi terlalu jelas dan nyata milik pasukan Barcelona. Pedro dan Busquets starting the game ahead of Silva dan Cesc, malah Torres pon dianak tirikan. mmg Del Bosque rasanya opted for Barcelona approach dengan lebih setengah starting 11 spanar adalah Blaugrana. They opted for fast short pass sebijik taktikal blaugrana.. dan nyatanya itu sedikit bosan bagi aku sebab dah setaun disumbatkan aksi sedemikian dalam CL dan La Liga.

IRONIC....gol datang bukan dari short pass tersebut.. but datang daripada routine corner yang di tanduk cantik oleh Kapten Blaugrana... Carles Puyol....

p/s: moga Jesus Navas dapat bermain di Final

Overall

Game tersebut taklah sehebat game horenn lawan uruguay. tapi ia tetap disajikan dengan aksi menarik dan hype yang menarik...sama seperti awek kat bawah ni... ^___^

yang belah kiri tu yang baju biru tu..cun weii.. Ruhila Roslan nama die.. korang tolong ejaskan untuk aku bleh? tapi aku bukan anak datuk atau tan sri laa.hehehe

so SPAIN vs Holland....

pilihan aku adalah SPAIN!!!!! viva el ESPANA

Spain Juara Piala Dunia 2010

Ghua dah cakap , Larissa Riquelme punye pasal , Sepp Blater , PENGADIL , dan pundits mesti sokong Spain . Perlawanan yang cukup berhati-hati oleh kedua-dua pasukan . Ianya seimbang dengan keputusan bangsat oleh pengadil tapi still sepanyol hanya jaringkan gol melalui sepakan penjuru .

Ia memberi bukti bahawa , Sepanyol is not better than Jerman . Tapi ya , pemain Sepanyol lebih bagus dari barisan pelakon Oranje . Sepanyol deserve to win kerana berjaya membawa taktikal pertahanan sebiji bas . Dah lama tak tengok taktikal ni digunakan . Kali terakhir dilihat masa Maurinho menjadi manager Chelsea . Masa dekat Inter Milan pun , tak berapa nak jadi . Klasik . Teringat aku dekat The Special One .

Torres ada peluang lagi nak skor , dont blow it dude . Leave the blowing to the fans and Vuvuzelas .

Paul pula mengekalkan rekod 100% setakat ini berbanding 80% pada 2006 . Impressive , banyak training ini sotong miang .

Fair match ended professionally . Just like the Matadors and Nazis . With Respect , Congratulation  to Spain for becoming the World Cup 2010 Champion .
Lawan Oranje tu pelengkap jadual saja .

: adakah ghua akan kata ni last entri ? TIDAK ! : haha

Wednesday, July 7, 2010

Messi di Perlawanan AKHIR WC2010 .

Nasib baik bukan Peraguay yang pergi semifinal . Ghua takut jadi macam Serbia pulak . Nak jadi cerita Paul pulak dok kate Sepanyol menang , tapi dak Loew pasti tak leka , takkan nak repeat match Serbia lagi . Yang pasti , ia akan memberi semangat ekstra , macam kopi tongkat ali keluaran orang kampung .

Bagi ghua , match pagi nanti adalah Final . kalau Sepanyol menang , Sepanyol Juara WC . kalau Jerman menang , Jerman juara kali ke empat . Oranje bukan boleh pakai pun , nak berlakon masuk anak wayang la !

Sepanyol memang satu pasukan yang ghua respek . Sebelum WC bermula pun , ghua bersama kerabat asik bercakap tentang kebolehan Sepanyol untuk memenangi WC . Tapi dekat kedai kopi saja lah , mana ada can nak ada kamera , jurumekap mahupun pengerusi majlis .
Jika Messi adalah simbol taraf dunia , maka Sepanyol dibarisi dengan 11 orang Messi . Tu tak termasuk yang dibangku simpanan .  Dari penjaga gawang hinggalah ke gawang lawan , penuh dengan Messi saja . Kalau satu Messi boleh dikekang dengan 2 orang pemain lawan , macamana nak kekang 11 orang Messi ?

Jerman pula dibarisi pemain muda yang tak berapa terkenal . Lepas WC baru lah ada kelab Eropah nak bida . Sebelum WC , langsung tak dikenali . Messi-less .
Tapi satu yang bagusnya dengan pasukan yang tiada Messi adalah mereka bersama . Unity , siapa yang layan wwe mesti tahu dengan The NEXUS seven . Lepas ni tujuh orang akan lawan satu orang . NEXUS Seven lawan Cena . Cena ni kira macam Messi jugaklah . Lebih kurang la macamtu . Die Mannshaft . The Team !

Persamaan England , Argentina dan Sepanyol adalah , WR tak score , Messi tak score , Torres juga tak score lagi . Persamaan lain adalah , Gerrard , Higuain dan Villa tamak-bola-tak-nak-bagi-member . Satu lagi persamaan adalah mereka adalah pasukan bertaktik menyerang dan menguasai bola .Kami sukakannya !

Walau apa pun , ghua hanya boleh yakin 70% untuk match ini . Seperti yang ghua kata , game malam ni Final . dan ghua respek sama pasukan Sepanyol . Viva Messiah . LOL !

Man to Watch : 
Xavi , Villa , Casillas
Scheweni , Aril AF , Ballack .

JERMANG vs ESPANYUI :: yang pengabisan

bak kata Ahmad Nisfu!! ini yang pengabisan!!!



ye game Jermang vs Espana ni, betul-betul yang pengabisan. Betul-betul dah macam final. Ibarat peretemuan buku dengan ruas. Gua, sebagai seorang penyokong yang berwibawa, seperti biasa dengan penuh tawakkalnya, aku berserah bulat-bulat kepada bebudak Espana untuk berusaha, dan selebihnya kita hanya mampu berharap dan berdoa supaya Espana layak ke final.


Aku tak suka percaya kepada ramalan Octopus yang sangatla syirik-khurafat-dan kalau dibuat makan tu konfem tak sedap. Apa yang penting, aku ingin Espana menang. Sekiranya Espana menang, aku sangat harap Lerisa Riquelme akan eksiden dilanggar lori najis, atau apa sahaja malapetaka yang menimpa beliau agar niatnya yang tak suci , lagi tak murninya iaitu, berbogel-bogelan di khalayak ramai akan terbantut!!! --- oh ye anak-anak sekalian adalah sangat tidak wajar mendoakan sesuatu yang buruk ke atas orang lain. hih-hi!!


Aku sangat lah bengkek dengan nirelwof yang dah lama balik kampung tanam kuaci ke hape, sampai satu entry pasal Espana pon dia tak post. Dah la dunia perblogan e-blogger ni agak sewel semenjak, dua menjak ni. Ni mesti aura si Puyol dengan Podolski la ni, sampai blog pun sewel-miring-asthma!! Aku tak tahu la nak menonton kat mana game ni. Alih-alih duduk sorang2 depan laptop je la. Cesc!! Ada Kufaz dengan Bujang Bahagia pun tak guna. Dah dua puluh lapan belas ratus kali aku ajak dating, haram sorang pun tak datang jumpa aku naik helikopter!! Cesc!! Memang la ah!sengal lu orang ni. Hahahahah!! Dah la sekarang ni semua game live 2.30 pagi. Semi finals membawak le sampai ke Final ........... Mata aku pun naik lebam je, dah jadik macam mamat kat bawah ni





ini la paul Bearer , manager si Under Taker
amacam? ada iras-iras PP tak??


Aku cuak!! Cuak!! Cuak!! Sapa yang sakit jantung tu, cepat-cepat la standby medical equipments ke hape -hape je larh!! Takut something happen kan,  during the match. 

Okek, Jom kita tengok game ni yer. Entry kali ni aku malas nak cakap apa-apa, or lebih-lebih pasal game. Sebab betul-betul UNPREDICTABLE .......... Siot!


Viva Espana.
Nak jumpa HOREN kat Final!!
Aminnn!!


peace out.
Wassalam