Thursday, June 17, 2010

Argentina yang pertama ke KO round!!!

Entry pantas tanpa gambar....


lama seh tak jenguk blog ni.bukan ape, wa baru je dapat keje smalam..tapi suweii sikit, ade yg kene keje malam
tak dapat nak layan world cup.. demmm.

apa pun takziah kepada semua fan ESPANA.yer ia sesuatu yg mengejutkan. kekalahan yang tak disangka..aku
sebagai peminat espana sejak zaman gaizka mendieta merasa sangat malu dengan kekalahan ini..
posession football ptuiii... tewas jugak dengan gaya permainan stail kampung swiss.

ketepikan semua isu2 ini.. isu utama di sini ialah ARGIES...yeahh!! walaupon team ni sangat mengecewakan aku dari
segi team selection, tetapi prestasi nya sangat tidak mengecewakan.. dan di Soccer Stadium mereka membuktikannya.


Laporan yang pendek ini tidak ditaja..(pendek je cukup janji menang.tulis panjang2 pastu main posession football pon kalah, tak gune gak..)

ARGIES adalah pasukan pertama melayakkan diri ke pusingan knock out round atau round of 16. Argentina yang turun dengan formasi 4-4-2(diamond mid) satu formation yang lebih sesuai untuk team ni.. dengan Messi selaku AMF dan Cikun serta Maxi sebagai winger. gaya permainan Argentina kali ini kelihatan seperti gabungan posession football ala2 Spain dan short passing game ala2 arsengal...

gol pertama hadir melalui chu young yang tertampan bola ke gol sendiri akibat bola jabulani yang khabarnya akan meletakkan Jerman sebagai juara pada edisi kali ini. Gol kedua pula hadir melalui tandukan melantun Gonzalo Higuain. ironinya aku telah meletakkan beliau dalam senarai top flops terlebih dahulu kerana sangat kecewa dengan beliau yang tenggelam timbul. Gol ketiga dan keempat sekali lagi discore oleh Gonzalo Higuain. dan ini mengejutkan kerana Higuain yang aku sumpah dan laknat selama ni.. berjaya menghasilkan hatrik. -_____-

South Korea, menepati ramalan ramai apabila masih mengekalkan reputasi sebagai pasukan yg paling digeruni di ASIA. Bak kata commentator kat tv tu. "they were good in attacking but not defending". Berjaya diowned oleh Argentina, tetapi berjaya mencurik satu gol melalui LEE CY hasil kesilapan Martin Demichelis..

Argentina top flops: Jonas Gutierrez,Lionel Messi,
Argentina MOTM : Gonzalo Higuain

Final remarks:
-Bile daaa Messi nak score nih
-Aku masih tak suke ngan Gonzalo Higuain..ye aku ade sebab2 tersendiri.
-Next game, aku harapkan Tevez dan Higuain ditukar ngan gandingan Diego Milito dan Kun Aguero/Martin Palermo
-Sekiranya ada Right Back lain, sila turunkan..aku nak tengok Jonas Gutierrez bermain di posisi asal beliau di Newcastle( sebagai Right Wing iaitu tempat Maxi/Veron sekarang)

15 comments:

  1. apsal aku tak ley bace entri ko nih... font webding.. aku kena copy and paste kat word, convert ke font times new roman baru ley baca..

    tapi aper2 pun mmg terbaik~ arr argentina, kali ni nampak perubahan dari permainan diorang.. tp maser kun aguero masuk baru nmpak lagi mantap serangan diorang.. lepas nih aku harap aguero turun sbg first eleven, tp maner tahu argentina akan turunkan pemain2 sub, sbb diorang da tentu layak utk ke pusingan knock out..

    aper2 pun~

    La buena suerte Argentina

    ReplyDelete
  2. akan diedit...thanks sebab bagitau

    ReplyDelete
  3. haha pp,aku baru nak bgtahu kat ko..asal font ko pelik dari orang lain ? hahaha...ko tulis kat microsoft word dulu ke n then ko paste kat blogger ? haha cantik habis,kahkah

    ReplyDelete
  4. tak ler KC. aku mmg tulis kat blogger.cume aku pakai webdings font.. sebab ade yg komplen diorang tak dapat baca tulisan default aku tu.. so aku edit ke webdings.taktau pulak ade orang yg tak boleh baca...

    skang aku tukar normal ARIAL jer.. kalau ni pon tak nampak gak tak tau arr.

    ReplyDelete
  5. ceh,susah betul probs ko ni..aku mmg xleh solve pasal masalah ni boleh selesai kalau jumpe face to face je,hehe...ko post jelah..yg penting org bleh bace n faham,...hehe

    ReplyDelete
  6. top flop lionel messi?
    dude, kalau tgk game smalam, banyak peluang n goal datangnya dari messi. tak semestinya tak score, tak berguna. messi ada semangat berpasukan n tak tamak bola

    ReplyDelete
  7. aku tak tgk game smlm so aku takleh nk komen...
    nak tgk ulangan nnt baru aku komen...
    heheheh

    ReplyDelete
  8. tapi kalo 2-2 korea tu bergabung mesti mantapkan..

    korea utara mempunyai defen terbaik..

    korea selatan terbaik dari segi serangan..

    amacam..

    ReplyDelete
  9. messi mmg bagus,sebab suke bagi assist...same cam aguero...cume aku pelik je nape dah 2 match die score,tu je...lalala

    ReplyDelete
  10. top flop yg aku letak adalah kerana mereka tak menepati spesifikasi aku...jadi peminat messi sila jangan sentap...anda bebas memberi komen balas...die bukan tak berguna tapi telah flop pada pandangan aku..

    FACT:

    -he was playing 2 game full 90 minutes..
    -he was the MAN who should and expected to score
    -cube ko main fantasy football pastu kau letak messi jadi striker dan kau akan rasa apa yang aku rasa.
    -FACT. dalam 4 gol argentina semalam mmg messi menjadi backbone(literally),but FACT he only assisted 1 goal( and that was supposely HIS goal)
    -tak caya?? gol kedua assisted by mascherano yg kemudian ditanduk oleh heinze dan kemudiannya ditanduk higuain, gol ketiga assist by messi.gol keempat assisted by aguero

    -ya messi adalah backbone dalam keempat-empat gol ini.TAPI masih tak menepati spesifikasi aku...

    ReplyDelete
  11. diorang ni yang tak puas hati pp...kkdg diorang ni bace entri xhabis,tapi komen mengarut habis....cakap tu ar,,cakap messi bagi semua assist gol argentina semalam...

    pesanan aku kepada pihak2 yang tak puas hati:

    "sila bace habis dulu satu entri n then baru komen.pastu fikir dulu sebelum komen.kkdg korang terpaksa terima dengan opinion orang lain dan jangan terlalu mengikut sngt perasaan nafsu korang tu...orang lain cakap pasal something yang happen,bukan something yang mengarut...kalau benda2 yang xde dalam fakta,xdelah aku nak buat blog kpd neh..."

    ReplyDelete