Thursday, June 3, 2010

Sejarah 1966 Kembali Berulang ?

23 pemain sudah dipilih.Sekarang tiba waktu untuk menitis darah merah di padang zoo afrika pulak.Menjelang 8 hari lagi pentas afrika akan bermula,ramai yang tertanya-tanya apakah kemampuan sebenar yang dimiliki oleh skuad england sekarang ?

Para haters pasti akan mengutuk team three lions dengan mengatakan team banyak stars tapi haprak.Tidak lupa jugak sentuhan lemah tenaga defend n attacking game yang kurang bermutu dalam friendly menetang jepun baru2 ini dikutuk hebat oleh para pengutuk professional.

So di manakah kesilapan dan kekuatan sebenar team england ?

Aku tidak mahu membicarakan mengenai kesilapan kerana semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini pernah melakukan kesilapan.

Ayuh,fokuskan kepada kekuatan england sekarang.

Tahun terakhir, england memenangi trofi wc pada tahun 1996.Dan sekarang ialah tahun 2010.Sila buat perkiraan sekarang

2010 - 1966 =

Jawapannya 44.

44 tahun sudah team england tidak menggengamnya.Angka 44 ini juga menyamai umur ratu rock Malaysia,Ella sekarang.
Tapi berbeza dengan ella dengan england kerana england pernah memenangi wc tapi Ella tak pernah memenangi wc.Ciumpun tak,gelekpun tak.Tak lupe jugak,kahwin pun tak.

Tapi jika dinilai balik, ape yang berlaku pada 44 tahun yang lepas tu.Maksud aku, tahun 1966 yang lalu,england memenangi wc tersebut.Ape yang berlaku ?

Kenal dengan Alf Ramsey ?

Bukan pemain yang dibaham oleh Shawcross itu, tapi Alf Ramsey merupakan kapten pasukan England di era 1940-1943.

Kata orang, kerana mulut badan binasa.Tapi mulut Ramsey sangat "ajaib" dan "magik".

Selepas die bersara dari skuad england pada tahun 1962, dia pernah berkata dan membuat prediction.

"England pasti akan juara WC jika mereka menjadi tuan rumah pada tahun 1966"

Tengok,kate2 ajaib dari Ramsey sangat tepat,mantap dan padat..England memenangi wc 1966 buat kali pertama dalam sejarah bola sepak three lions itu.

Pada Final 1966 itu, England terpaksa menghadapi lawan berat iaitu West Germay atau dalam bahasa melayunya Jerman Barat.

Tapi ape sudah jadi, Jerman Barat sudah jadi karat.3 gol dari  Geoff Hurst dan satu lagi gol sagu paru2 dari Martin Peters sudah cukup buat England untuk menggengam trofi wc dengan membenam cabaran dari skuad jerman karat dengan 4-2.

Match tersebut dikuasai penuh oleh skuad England sampaikan 2/3 player jerman barat terpaksa diusung keluar kerana cirit birit.

Kata commentator Piala Thomas, Hasbullah Awang.

"Hafiz sudah menemui "kelahiran semulanya" itu"

Tapi lawan China, aku tak nampakpun kelahiran semula si Hafiz itu.

Lupakan kata2 Hasbullah Awang itu kerana kata2 commentator BBC, Kenneth Wolstenholme lebih bersemangat dari Hasbullah Awang itu...

"Jerman ingat mereka sudah memenangi match ini, tapi mereka silap, Hurst penyelamat England".

Kata2 tersebut diungkapkan selepas Hurst menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-120.

Jadi ape harapan team england sekarang ?

Tiada jaminan dari diri aku mengenai prospek untuk juara piala dunia 2010 buat england namun jika keazaman serta semangat yang tinggi, tidak salah untuk england menggengam buat kali kedua trofi berprestij ini.

Jika anda lihat, stail,gaya,patterns jersi merah england lebih kurang sama dengan jersi skuad time 1966.Lagu tema piala dunia untuk england, kalau tak silap aku, lebih underground seperti biasa.

Ape2pun i'm still remember spirit 1966.


P/S : Entri ini tidak sedikitpun ade kaitan dengan lagu "Sejarah Mungkin Berulang" nyanyian kumpulan New Boyz.

6 comments:

  1. asal kuar jugak name hafiz hashim,wakaka

    ReplyDelete
  2. wlpn ko dah post satu artikel yg cun pasal england,tapi jiwa aku tetap untuk spain,huhu

    ReplyDelete
  3. ah umar...tahun 1966...atuk ko pun lom lahir..

    ReplyDelete
  4. sejak bile kc pandai cite bab2 sejarah lame ni,klakar aaa

    ReplyDelete